Allahyarham Datin Habibah Mahmud, isteri kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar, sempat menelefon anggota keluarganya di sini, hari ini.
Panggilan telefon itu dibuat sebelum Habibah dan Dr Hasrul Sani menyertai rombongan diplomat asing dan isteri masing-masing mengikuti program rasmi kerajaan Pakistan ke Lembah Naltar.
Bagaimanapun, Habibah dan Duta-duta Besar Norway, Belanda dan Filipina serta isteri Duta Besar Indonesia terbunuh apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas di kawasan Lembah Naltar awal pagi tadi.
Seorang anggota keluarga Habibah yang enggan dikenali berkata dalam perbualan telefon itu, Allahyarham meminta mereka membantu menjaga anak-anaknya.
"Kali terakhir arwah menelefon kami ialah kira-kira jam 11 pagi tadi dan meminta menjaga anak-anaknya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam nahas itu, Dr Hasrul Sani cedera dan kini dirawat di Hospital Gilgit.
Allahyarham Habibah merupakan anak kedua daripada sembilan beradik.
Anggota keluarganya berkata kali terakhir mereka bertemu Allahyarham Habibah ialah kira-kira 50 hari lepas semasa bapanya Mahmud Abdul Aziz, 80-an, meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.
"Ketika itu, mereka memaklumkan akan pulang ke Malaysia selepas suaminya menamatkan perkhidmatan (di Pakistan)," katanya.
Beliau berkata Allahyarham Habibah mengikut suaminya bertugas di Pakistan sejak hampir tiga tahun lepas setelah berpindah dari Algeria.
Allahyarham Habiban adalah bekas pelajar Kolej Tunku Kursiah, Seremban dan melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya sebelum bekerja sebagai guru.
"Habibah mengambil cuti tanpa gaji daripada perkhidmatannya bagi menemani suaminya.
"Apa pun kami kini menunggu perkembangan lanjut daripada Wisma Putra," katanya.
Beliau berkata kesemua anak Allahyarham iaitu Haziani Sofia, 27, Haziani Farhana, 26, dan Haziq Fazli, 19, kini berada di Nilai, Negeri Sembilan manakala adik beradik arwah berkumpul di rumah ibu mertua di Batu Pahat, Johor.
Bernama
Sat May 09 2015

Allahyarham Habibah mengikut suaminya bertugas di Pakistan sejak hampir tiga tahun lepas setelah berpindah dari Algeria.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Nahas Pakistan: Habibah sempat hubungi keluarga pagi sebelum nahas
Panggilan telefon itu dibuat sebelum Habibah dan Dr Hasrul Sani menyertai rombongan diplomat asing ke Lembah Naltar.