Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat (AS) meneruskan kegemilangan penerbangan angkasa setelah hampir satu dekad tertangguh dengan pelancaran bersejarah roket Falcon 9 pada petang Sabtu.
Pelancaran dengan kerjasama syarikat roket swasta milik usahawan bilionair Elon Musk, SpaceX itu menyaksikan dua angkasawan warga AS diterbangkan ke orbit dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida.
Falcon 9 dilancarkan pada jam 3.22 petang waktu tempatan itu membawa angkasawan Doug Hurley dan Bob Behnken di dalam kapsul Crew Dragon dalam perjalanan 19 jam ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Crew Dragon terpisah dari pelancar roket tahap dua pada jam 3.35 petang sebelum seminit kemudian memasuki orbit.
Presiden AS Donald Trump yang turut berada di lokasi di Cape Canaveral berkata: “Luar biasa, kekuatannya, teknologinya. Pemandangan yang indah untuk dilihat.”
Terdahulu, percubaan pelancaran pertama misi sepatutnya dijadualkan pada Rabu, namun dibatalkan kurang 17 minit sebelum berlepas disebabkan cuaca buruk sebelum ditunda ke hari ini.
Pentadbir NASA, Jim Bridenstine berkata meneruskan semula misi menghantar angkasawan AS menggunakan roket buatan negara Uncle Sam itu merupakan keutamaan agensi itu.
“Saya menarik nafas lega, tetapi saya tidak akan meraikannya sehingga Bob dan Doug pulang dengan selamat,” jelasnya.
Bagi Elon Musk, pelancaran itu merupakan satu kejayaan baharu untuk roket yang boleh digunakan semula yang dipelopori syarikatnya bagi menjadikan penerbangan angkasa lebih murah dan kerap.
Ini juga menandakan kali pertama kenderaan ruang angkasa yang dikembangkan secara komersial yang dimiliki dan dikendalikan oleh entiti swasta dan bukannya NASA yang membawa warga AS ke orbit.
Kali terakhir NASA melancarkan angkasawan ke angkasa dengan roket baharu adalah pada 40 tahun lalu ketika permulaan program ulang-alik angkasa.
Musk merupakan seorang usahawan teknologi tinggi kelahiran Afrika Selatan yang mencipta kekayaan di Silicon Valley dan juga ketua eksekutif syarikat kereta elektrik dan pengeluar bateri Tesla Incorporation.
Hurley, 53, dan Behnken, 49, dijangka berada di Stesen Angkasa Lepas selama beberapa minggu bagi memenuhi kekurangan kru di makmal stesen itu.
Dalam perkembangan sama, Syarikat Boeing Co, juga sedang menghasilkan sistem pelancarannya sendiri dalam persaingan dengan SpaceX dan berharap dapat menerbangkan kenderaan angkasanya Starliner CST-100 dengan angkasawan untuk pertama kalinya tahun hadapan.
NASA telah menyalurkan dana hampir AS$8 bilion kepada SpaceX dan Boeing dalam projek pembangunan roket mereka.
Trump dalam pada itu berkata pelancaran itu menjadi titik tolak kepada pelancaran roket ke planet Marikh.
Astro Awani
Sat May 30 2020

Falcon 9 dilancarkan pada jam 3.22 petang Sabtu membawa angkasawan Doug Hurley dan Bob Behnken ke Stesen Angkasa Antarabangsa. -Reuters
Pasaran saham AS naik berikutan data inflasi yang lebih rendah
Saham AS meningkat pada hari Rabu selepas data inflasi yang lebih rendah daripada jangkaan membantu menghentikan penjualan besar-besaran, walaupun perang tarif yang berterusan oleh Presiden Donald Trump mengekang kenaikan. S&P 500 dan Nasdaq ditutup dalam wilayah positif, manakala Dow Jones berakhir sedikit lebih rendah.
Trump ancam tarif tambahan apabila EU, Kanada bertindak balas tarif sedia ada
Presiden Donald Trump mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua import keluli dan aluminium ke Amerika Syarikat, mencetuskan tindak balas daripada Kesatuan Eropah dan Kanada. Trump mengancam untuk mengenakan tarif tambahan jika EU melaksanakan tarif balas terhadap barangan AS. Kanada, pembekal utama keluli dan aluminium ke AS, mengumumkan tarif balas sebanyak 25% ke atas logam tersebut serta produk lain bernilai C$29.8 bilion.

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya
Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 9.48 pagi ini untuk dirakam keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram dihadapinya.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 13 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 13 Mac 2025
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran bimbang mengenai perang perdagangan yang semakin meningkat, yang menjejaskan sentimen risiko. Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain
Pada 8.02 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4150/4305 berbanding dolar AS daripada 4.4260/4300 ketika ditutup semalam.
Pelaburan RM1.1 Bilion MDH dalam Sapura Energy: Langkah besar keluar PN17
Sapura Energy Bhd (SEB) memperoleh pelaburan RM1.1 bilion melalui langganan saham pinjaman boleh tebus boleh tukar oleh Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDH). Pelaburan ini akan digunakan untuk membayar liabiliti SEB kepada penyedia perkhidmatan Malaysia dalam sektor minyak dan gas, menyokong kestabilan kewangan vendor tempatan.
Pelaburan MDH dalam Sapura Energy: Manfaat kepada vendor tempatan
Pelaburan oleh Malaysia Development Holdings Sdn Bhd (MDH) dalam Sapura Energy Bhd (SEB) akan digunakan untuk membayar vendor tempatan, menyokong perniagaan tempatan dan mengekalkan integriti rantaian bekalan dalam industri minyak dan gas Malaysia. PNB menjelaskan kepentingan pembiayaan ini untuk kelangsungan kewangan SEB dan kesan positifnya terhadap ekonomi negara.
[TERKINI] Rasuah: Ismail Sabri dijadual beri keterangan kepada SPRM pagi ini
Wartawan Astro AWANI, Khalis Khadir berada di perkarangan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk membawakan perkembangan terkini susulan siasatan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

ASEAN tingkat usaha perteguh keselamatan siber, depani peningkatan ancaman
Ancaman siber adalah antara cabaran utama, meliputi jenayah seperti penipuan dalam talian dan serangan penggodam ke atas infrastruktur kerajaan.

NASA, SpaceX lancar Falcon 9 dalam misi bersejarah ke ISS
Falcon 9 dilancarkan pada jam 3.22 petang waktu tempatan itu membawa angkasawan Doug Hurley dan Bob Behnken di dalam kapsul Crew Dragon dalam perjalanan 19 jam ke Stesen Angkasa Antarabangsa.