Israel diingatkan sekali lagi supaya tidak mengambil sebarang langkah yang "tidak boleh diterima" dalam usaha rejim itu untuk mengubah status quo di Baitulmaqdis, jika tidak dunia Islam bersedia bertindak balas, lapor agensi berita China Xinhua.
Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sepakat menyuarakan ingatan itu pada mesyuarat tergempar di Istanbul semalam.
Amaran merujuk kepada percubaan terancang rejim Israel baru-baru ini, untuk mengubah status quo Baitulmaqdis termasuk langkah kawalan keselamatan dengan pemasangan alat pengesan logam dan kamera pengawasan.
Israel mengenakan sekatan ke atas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis selepas tiga rakyat Palestin menembak mati dua pegawai polis Israel pada 14 Julai sekaligus mencetuskan pertempuran berdarah.
Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dan lebih daripada 500 yang lain cedera.
Pada Jumaat lepas Israel membenarkan rakyat Palestin dari semua peringkat umur memasuki semula Masjid Al-Aqsa.
Pada masa sama, Menteri Luar Palestin Riad Al-Malki menyeru lebih banyak kerjasama dalam kalangan masyarakat antarabangsa dan negara Islam memandangkan pendudukan Israel sudah mencecah hampir 50 tahun di Baitulmaqdis.
"Israel tidak akan menerima kekalahan kerana itu kita perlu menunjukkan kepada Israel bahawa kerjasama kita sangat dalam hingga ke akar umbi dan berkekalan," kata Malki pada sidang akhbar bersama rakan sejawatannya, Mevlut Cavusoglu dan Setiausaha Agung OIC, Yousef Ahmed Al-Othaimeen.
OIC terdiri daripada gabungan 57 negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara Timur Tengah dan utara Afrika, Caucasus, Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan dan Asia Selatan.
Ia merupakan pertubuhan kedua terbesar selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2017
Pada Jumaat lepas Israel membenarkan rakyat Palestin dari semua peringkat umur memasuki semula Masjid Al-Aqsa. - Gambar fail
Hampir tiga perempat universiti di England dijangka alami defisit
Sektor pendidikan tinggi di England berdepan tekanan kewangan yang berterusan akibat penurunan bilangan pelajar yang memasuki pendidikan tinggi.
Menurut laporan Pejabat Untuk Pelajar (OFS), badan pengawalselia pendidikan tinggi di Britain, tanpa langkah-langkah untuk menangani risiko kewangan, 72 peratus penyedia pendidikan tinggi mungkin mengalami defisit menjelang 2025-2026.
Menurut laporan Pejabat Untuk Pelajar (OFS), badan pengawalselia pendidikan tinggi di Britain, tanpa langkah-langkah untuk menangani risiko kewangan, 72 peratus penyedia pendidikan tinggi mungkin mengalami defisit menjelang 2025-2026.
Curi kandungan: Astro tegas menentang pencerobohan digital
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro), syarikat peneraju dalam bidang kandungan dan hiburan, menggiatkan usaha memerangi pencerobohan digital melalui langkah-langkah yang signifikan pada separuh pertama tahun kewangan (FY) 2025.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah minta perlindungan SPRM - Azam
SPRM sahkan individu sebar video dakwaan rasuah seorang ADUN pernah datang minta perlindungan.
Tragedi water rafting: Mangsa petugas JKR SPT dan Langkawi - Polis
Tiga mangsa yang lemas ketika melakukan aktiviti water rafting di Sungai Jahang, Gopeng di sini petang tadi merupakan petugas Jabatan Kerja Raya (JKR) Seberang Perai Tengah (SPT), Pulau Pinang dan JKR Langkawi, Kedah.
Utara Gaza terputus daripada perkhidmatan kesihatan, bantuan - Pertahanan Awam
Pertahanan Awam Palestin menyeru organisasi kemanusiaan antarabangsa segera menangani kesengsaraan ribuan orang awam yang terperangkap di utara Gaza.
Warga palestin di Israel sertai protes desak perang dihentikan
Ratusan warga Palestin di Israel berkumpul pada Jumaat bagi mengadakan protes mendesak agar perang di Gaza dan Lubnan dihentikan.
Para penunjuk perasaan dilihat berarak di Umm Al-Fahm, antara bandar dengan populasi penduduk berketurunan Arab terbanyak di negara haram itu.
Para penunjuk perasaan dilihat berarak di Umm Al-Fahm, antara bandar dengan populasi penduduk berketurunan Arab terbanyak di negara haram itu.
Kekejaman zionis: EU akan bincang sanksi, tangguh dialog politik dengan Israel
Dalam pada itu, menteri-menteri luar Kesatuan Eropah (EU) akan mengadakan perbincangan mengenai cadangan untuk melarang import produk dari penempatan haram Israel dan menangguhkan dialog politik dengan negara haram itu.
Ketuanya, Josep Borrell, mengumumkan bahawa beliau mencadangkan langkah-langkah tersebut berikutan pelbagai pelanggaran undang-undang antarabangsa yang dilakukan Israel di Gaza dan Lubnan.
Ketuanya, Josep Borrell, mengumumkan bahawa beliau mencadangkan langkah-langkah tersebut berikutan pelbagai pelanggaran undang-undang antarabangsa yang dilakukan Israel di Gaza dan Lubnan.
Kekejaman zionis: EU kecam serangan Israel hingga 15 paramedik maut di Lubnan
Kesatuan Eropah (EU) mengecam serangan rejim Israel di Baalbek, Lubnan pada Jumaat.
Ketua dasar luarnya, Josep Borrell menerusi hantaran di X berkata, serangan ke atas petugas kesihatan dan kemudahan perubatan adalah pelanggaran serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Ketua dasar luarnya, Josep Borrell menerusi hantaran di X berkata, serangan ke atas petugas kesihatan dan kemudahan perubatan adalah pelanggaran serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Tokoh terkemuka, media tinggalkan platform X susulan kemenangan Trump
Keputusan itu sebahagian besarnya didorong oleh kebimbangan terhadap hubungan rapat Elon Musk dengan Trump.
Kekejaman zionis: Menteri Israel bantah rayuan bantuan ke Gaza utara
Menteri Keselamatan Negara Israel yang berhaluan kanan, Itamar Ben-Gvir, menolak rayuan untuk menghantar lebih banyak bantuan ke Gaza utara meskipun keadaan kemanusiaan di kawasan tersebut semakin parah.
Menurut laporan media tempatan Israel, Ben-Gvir menyatakan tindakan itu tidak boleh dilaksanakan selagi Israel masih mempunyai tebusan di Gaza.
Menurut laporan media tempatan Israel, Ben-Gvir menyatakan tindakan itu tidak boleh dilaksanakan selagi Israel masih mempunyai tebusan di Gaza.
10,000 bantah kerajaan Netanyahu di Baitulmaqdis
Demonstrasi pada Ahad menentang kerajaan Netanyahu dan menentang pengecualian kepada lelaki Yahudi ultra-ortodoks daripada perkhidmatan tentera.
Raja Maghribi Mohammed VI arah bantuan kemanusiaan untuk Palestin
Raja Maghribi Mohammed VI mengarahkan penghantaran bantuan makanan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Gaza dan Kota Suci Baitulmaqdis.
Perarakan bendera Israel di Baitulmaqdis cetus kemarahan Palestin
Perarakan Bendera oleh Israel di Baitulmaqdis pada Khamis mencetuskan kemarahan dan kecaman orang awam dan pegawai Palestin.
Bukan Islam diharamkan berkunjung ke Al-Aqsa hingga Ramadan berakhir
Israel mengharamkan pengunjung bukan Islam daripada mengunjungi Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis sehingga berakhirnya Ramadan.
Palestin, Israel setuju wujud mekanisme bendung keganasan menjelang Ramadan
Persetujuan dicapai dalam satu rundingan di Mesir yang dihadiri pegawai Amerika Syarikat (AS), Mesir dan Jordan pada Ahad.
'Jangan ubah status quo Masjid al-Aqsa' - Hamas kepada Israel
Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan kedua-dua belah pihak semakin meningkat terutama ketika menjelang bulan Ramadan.
Hari Al-Quds Sedunia: Kesedaran, naratif perjuangan pembebasan Palestin perlu terus diperhebat - Adly Zahari
Jelas Adly, naratif perjuangan dan kesedaran masyarakat terhadap isu Palestin di negara ini amat penting.
Parlimen Israel lanjutkan undang-undang larang penyatuan semula keluarga Palestin
Lanjutan undang-undang itu diluluskan dengan 20 undi menyokong manakala sembilan membantah.
Indonesia kecam lawatan Menteri Israel ke Masjid Al-Aqsa
Kementerian Luar Indonesia mengecam pencerobohan menteri Israel ke kompleks Masjid Al-Aqsa baru-baru ini, dengan menyifatkannya sebagai 'tindakan provokasi'.
Liga Arab kecam kempen 'sistematik' Israel terhadap Baitulmaqdis
Liga Arab mengecam peningkatan kempen "sistematik" Israel di Baitulmaqdis dan serangan ke atas rakyat Palestin serta mencemarkan kesucian tempat ibadat umat Islam dan Kristian