New Zealand pada Isnin meraikan kemenangan memerangi wabak novel koronavirus (COVID-19) selepas Perdana Menteri Jacinda Ardern mengumumkan negara itu tidak lagi mempunyai kes aktif, lapor agensi berita Anadolu.
Pada satu sidang akhbar di Wellington, Arden berkata pesakit COVID-19 terakhir telah disahkan sembuh, berita gembira itu mendapat pujian banyak pihak dan menjadi antara tajuk utama di seluruh dunia.
Kes COVID-19 pertama di New Zealand dilaporkan pada 28 Februari, serentak dengan itu negara berkenaan turut mengumumkan larangan perjalanan untuk Iran dan China bagi mengekang penularan virus itu.
Pada awalnya Ardern hanya mengenakan sekatan separa pada 23 Mac. Dua hari selepas itu, kerajaan mengisytiharkan sekatan pergerakan di seluruh negara apabila negara itu mengesahkan 200 kes.
Kemudian pada 27 April, sekatan pergerakan dilonggarkan dengan Wellington membenarkan beberapa perniagaan beroperasi semula dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan.
Bagaimanapun, perintah duduk di rumah masih dikuat kuasa.
Pada 13 Mei, New Zealand semakin melonggarkan sekatan, membenarkan perniagaan, kafe dan restoran dibuka semula, majlis perkahwinan dan pengebumian juga dibenarkan dengan mematuhi syarat penjarakan sosial.
Sebahagian sektor pendidikan juga dibenar beroperasi semula.
Pada Isnin, Kementerian Kesihatan mengatakan tiada lagi kes aktif COVID-19 di New Zealand, pesakit terakhir berjaya sembuh.
"Ini berita baik. Tidak mempunyai kes aktif buat pertama kalinya sejak 28 Februari amat bermakna dalam perjalanan melawan COVID-19, namun, langkah pencegahan dan berwaspada perlu terus diamalkan," kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Ashley Bloomfield.
Pada Selasa, Ardern mengumumkan kehidupan di New Zealand akan kembali seperti biasa dan menarik balik sekatan.
"Kita tidak mempunyai lagi kes baharu COVID-19 dan mulai hari ini kita bergerak ke Tahap Satu daripada Tahap Dua, tetapi sempadan masih ditutup," katanya.
Penduduk yang tiba di negara ini masih perlu dikuarantin selama dua minggu dan akan menjalani saringan dua kali dalam tempoh kuarantin.
New Zealand mencatatkan kes COVID-19 sebanyak 1,504 dengan 22 kematian.
Sejak pertama kali muncul di Wuhan, China pada Disember, virus maut itu sudah menular ke sekurang-kurangnya 188 negara dan wilayah.
Wabak itu telah membunuh lebih 406,400 orang di seluruh dunia dengan lebih 7.09 juta kes disahkan manakala lebih 3.18 juta pesakit pulih, menurut data Johns Hopkins University yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 09 2020
Kanak-kanak sekolah bermain di bawah pengawasan orang dewasa pada hari pertama persekolahan selepas Perdana Menteri mengumumkan sekatan ditarik balik dan kehidupan kembali seperti biasa, di Nelson, New Zealand, 9 Jun, 2020. REUTERS
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas risiko keselamatan
Presiden Amerika Syarikat mengumumkan larangan terhadap teknologi dari China dan Rusia dalam kenderaan, berikutan kebimbangan keselamatan.
China akan ambil tindakan lindungi kepentingan daripada sekatan AI AS
China dengan tegas menentang sekatan AS terhadap eksport AI dan akan mengambil tindakan tegas untuk melindungi hak sah syarikat China.
Elak ketagih, China hadkan kanak-kanak layan permainan video hanya 15 jam sebulan
Tencent dan NetEase mula kenakan had kepada yang berumur bawah 18 tahun, untuk bermain maksima hanya 15 jam ketika cuti sekolah.
1,211 gempa susulan dikesan selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud Xizang
Gempa susulan terbesar mempunyai magnitud 4.4 dan berlaku kira-kira 18 kilometer dari pusat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud.
Pasaran getah ditutup lebih tinggi susulan trend serantau, kestabilan harga minyak
Pasaran getah tempatan ditutup lebih tinggi pada hari ini selepas disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan penanda aras harga minyak mentah yang stabil.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerajaan kenakan duti anti lambakan sementara import PET dari China, Indonesia
Menurut MITI, penyiasatan duti anti lambakan import PET yang berasal atau dieksport dari negara tersebut dimulakan pada 9 Ogos 2024.
Angka korban gempa bumi di Tibet meningkat kepada sekurang-kurangnya 95 orang
Sekurang-kurangnya 95 orang maut dan 130 yang lain cedera setakat ini akibat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda kawasan terpencil di Tibet, China.
China sasar siapkan prasarana data nasional menjelang 2029
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha China untuk membangunkan pasaran data nasional yang disatukan dan memperkukuh ekonomi digital.
8 maut, 15 cedera dalam kebakaran pasar di Hebei, utara China
Lapan maut dan 15 lagi cedera dalam kebakaran sebuah pasar di Daerah Qiaoxi, Bandar Zhangjiakou, Wilayah Hebei, utara China, pada Sabtu.