Warga Malaysia merupakan dalang penculikan habuan kewangan di perairan pantai timur Sabah yang pernah meragut nyawa rakyat Malaysia suatu masa dahulu.
Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari, berkata beliau mempunyai bukti dakwaan tersebut.
Menurut pemimpin kumpulan pemisah Islam Filipina itu, beliau tidak akan teragak-agak untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan, termasuklah mahkamah antarabangsa.
"(Warga) Malaysia adalah dalang yang terlibat dalam penculikan demi habuan kewangan di perairan pantai timur Sabah. Mungkin satu hari nanti saya akan bawa mereka yang bertanggungjawab ke mahkamah antarabangsa (untuk dibicarakan).
"Saya ada semua bukti ditangan saya dan orang saya ada di mana-mana. Malah, dalang disebalik penculikan ini sebenarnya mengupah orang-orang saya sendiri bagi melakukan penculikan itu," katanya.
Misuari berkata demikian sewaktu sidang media selepas pertemuannya dengan Presiden Filipina Rodrigo Duterte di Malacanang, Filipina, pada Khamis.
Pertemuan itu merupakan salah satu usaha Duterte bagi menamatkan pemberontakan masyarakat Islam di selatan Filipina yang berlarutan sedekad lamanya.
Dalam pertemuan tersebut, Misuari juga menyatakan rasa kesalnya dengan kepimpinan bekas Presiden Filipina, Benigno Aquino, yang tidak mahu bekerjasama dengan masyarakat Islam Filipina bagi mencapai perdamaian.
Pada 2014, kerajaan Malaysia pernah menuduh Misuari sebagai dalang kes penculikan di Sabah bagi mengumpul dana untuk membentuk semula tentera upahannya.
Astro Awani
Thu Nov 03 2016
Misuari (empat dari kiri) bertemu Duterte (tiga dari kiri) di Istana Malacanang, Manila pada Khamis. - Foto AFP
Ramai anak-kanak GISB diselamatkan di Selangor ada masalah bantut, kemurungan, 'anxiety'
Hasil saringan kesihatan terhadap 266 kanak-kanak yang diselamatkan daripada GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Selangor mendapati 26.8 peratus mempunyai masalah bantut.
Pengambilan vape haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis
Pengambilan rokok elektronik atau vape adalah dilarang dan haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengenai peranti itu pada 2022.
Luruan monsun: Hujan lebat berterusan dijangka hingga hujung November
Luruan monsun membawa hujan lebat berterusan yang kini berlaku di timur dan selatan Semenanjung dijangka berlanjutan hingga hujung November ini.
LKIM sedia peruntukan bantu nelayan terjejas banjir
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyediakan peruntukan sebanyak RM200,000 dalam bentuk bakul makanan untuk membantu nelayan terjejas banjir.
Amaran Hujan Berterusan tahap buruk di tiga negeri hingga 23 Nov
MetMalaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang dan Johor berkuat kuasa sehingga 23 Nov ini.
Lebih 6,000 pegawai kanan, rendah polis dikenakan tindakan tatatertib - Ayob Khan
Seramai 6,646 pegawai kanan dan rendah polis telah dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan sejak 2020 hingga September lepas.
Peniaga didakwa pandu kereta laju, sebabkan kematian kanak-kanak perempuan
Seorang peniaga didakwa memandu kereta dengan laju sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.
Taufan Filipina: Lebih 20 juta penduduk terkesan, jambatan runtuh sukarkan misi Mercy
Lebih 20 juta penduduk di Filipina terkesan akibat enam siri taufan yang berlaku di Filipina dalam tempoh sebulan.
Lelaki Singapura dipenjara 6 bulan, denda RM6,000 mengaku sebar ajaran salah
Seorang lelaki warga Singapura dipenjara enam bulan dan didenda RM6,000 atas tiga pertuduhan mengajar dan menyebar ajaran salah.
Pemimpin Abu Sayyaf penggal kepala rakyat Malaysia ditahan
Penjenayah Filipina iaitu Sub-Komander Abu Sayyaf, Idang Susukan yang bertanggungjawab memenggal kepala rakyat Malaysia Bernard Then Ted Fen ditahan polis Filipina semalam.
Nur Misuari dakwa warga Malaysia dalang penculikan Sabah
Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari, berkata beliau mempunyai bukti dakwaan tersebut.
Usaha keamanan: Nur Misuari diterbangkan khas ke Manila bertemu Duterte
Pengasas Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) itu diterbangkan sejauh 900 kilometer dari wilayah selatan ke Manila bagi pertemuan bersama Duterte.
KDN percaya Nur Misuari dalang serangan terkini di Pulau Mabul
Pencerobohan dan penculikan yang dilakukan oleh Nur Misuari dipercayai bagi mengumpul dana untuk kumpulannya.
Misuari didakwa atas pemberontakan berdarah di Filipina
Nur Misuari telah didakwa atas pemberontakan yang diketuainya berikutan serangan maut oleh beratus-ratus pengikut bersenjata.
Nur Misuari bakal didakwa atas tuduhan keganasan
Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari akan berdepan tuduhan pemberontakan dan Akta Republik 1985 atau Undang-undang Kemanusian Antarabangsa.
MILF sangkal dakwaan Nur Misuari
MILF bantah dakwaan Nur Misuari yang mengatakan Malaysia sebagai bertanggungjawab menyemai perpecahan dalam kalangan bangsa Moro.
Tun M: Penceroboh perlu serah diri
Gencatan senjata unilateral yang diumumkan itu tidak memadai sebaliknya mereka perlu segera menyerah diri kepada pihak keselamatan negara.