Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan angka kematian meningkat kepada lebih 1,800 orang di Nepal, kebanyakannya di Kathmandu.
Manakala India pula melaporkan 51 kematian dan 10 cedera di Tibet susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 melanda kawasan Himalaya itu tengah hari semalam.
Gempa bumi itu yang menyebabkan runtuhan besar-besaran berhampiran kem 1 dan 2 Gunung Everest, setakat ini merekodkan 18 kematian.
Menurut pegawai Nepal, terdapat hampir 1,000 orang di kawasan gunung itu semasa gempa bumi itu berlaku pada kira-kira tengah hari (waktu tempatan) semalam.
Pusat Kaji Ukur Geologi Amerika Syarikat berkata gempa bumi itu berlaku pada 11.56 pagi (2.56 petang waktu Malaysia).
Gempa pada awalnya dilaporkan berukuran 7.7 pada skala Richter sebelum dipinda kepada 7.5 dan kemudiannya dinaikkan kepada 7.8.
Setakat ini, 45 gempa susulan dilaporkan dengan ada antaranya berukuran 5 hingga 6 pada skala Richter.
Gempa bumi itu mengakibatkan kemusnahan besar-besaran harta benda dan juga merosakkan banyak mercu tanda bersejarah termasuk tapak warisan diiktiraf UNESCO seperti Menara Dharahara Tower dan Dataran Durbar.
Bekalan elektrik, air dan rangkaian telekomunikasi dilaporkan mengalami gangguan semalam dan awal pagi ini talian komunikasi kembali pulih secara berperingkat di beberapa kawasan.
Pihak berkuasa di India dan Nepal berkata berlaku krisis kemanusiaan dengan kebanyakan penduduk di bandar raya terjejas masih belum dapat menerima hakikat kejadian bencana alam itu.
Penduduk dilaporkan berada dalam keadaan tidak keruan dan kesedihan jelas terpancar pada wajah mereka yang kematian anggota keluarga dan rakan dengan angka kematian dijangka terus meningkat tatkala pasukan mencari dan menyelamat dilaporkan sudah sampai ke kawasan bukit lebih tinggi dengan Lembah Kathmandu dilaporkan paling teruk terjejas.
Susulan banyak maklumat dilaporkan tentang tahap kemusnahan, media tempatan di ibu negara Nepal pula memaparkan visual beribu-ribu penduduk bermalam di kawasan terbuka, dengan pihak berkuasa mengeluarkan amaran lebih banyak gempa susulan dijangka berlaku dalam 24 jam akan datang.
Pihak berkuasa India menghantar bantuan perubatan dan makanan manakala kira-kira 150 anggota Pasukan Respons Bencana Negara (NDRF) sudah berada di kawasan terjejas bagi membantu pasukan keselamatan Nepal yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat.
India turut menghantar kira-kira 40 doktor yang telah memulakan kerja dan mendirikan hospital lapangan dengan ribuan orang dilaporkan mengalami kecederaan teruk.
Awal pagi ini pada kira-kira 1 pagi, kumpulan pertama 102 warga India yang terkandas telah dibawa pulang ke Delhi menggunakan dua pesawat tentera.
Bernama
Sun Apr 26 2015

Operasi menyelamat di Nepal giat dijalankan, banyak mercu tanda bersejarah rosak. -Gambar fail

Elon Musk akan sertai mesyuarat Kabinet rasmi pertama Trump hari ini - White House
Bukan jemaah menteri, tetapi Musk akan menyertai anggota Kabinet lain atas kapasiti beliau sebagai penasihat Presiden Trump.

White House rancang perubahan akses media ke atas Presiden Trump
Pasukan media White House akan tentukan wartawan mana yang akan dibenarkan dekat dengan Presiden sepanjang masa.

Liga Super: "Tahniah JDT, mereka memimpin bola sepak Malaysia" - Jurulatih Selangor
Kinoshi harap JDT teruskan memimpin bola sepak Malaysia dan pamerkan penguasaan Malaysia di seluruh dunia.

JBPM siap siaga hadapi musim kemarau dijangka bermula Mac
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini memberi tumpuan berhadapan peralihan cuaca daripada Monsun Timur Laut (MTL) kepada musim kemarau, yang dijangka bermula pada pertengahan Mac depan.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 27 April hingga 2 Mei di Perlis
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTQHK) Tahun 1446H/2025M akan diadakan pada 27 April hingga 2 Mei ini di Perlis.

KKR perluas penggunaan teknologi BIM dalam pembinaan jalan raya
Penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) akan diperluas dalam pembinaan lebuh raya dan jalan raya, sebagai satu usaha memendekkan tempoh pengurusan sesuatu projek siap.

MTCDP sokong pertumbuhan 348 MTC sehingga kini - MATRADE
MATRADE berhasil dalam memperkasakan dan membimbing 348 MTC daripada pelbagai sektor melalui MTCDP sehingga kini.

Terengganu semak semula garis panduan hiburan, persembahan kebudayaan dan sukan
Kerajaan Terengganu akan menyemak semula Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan dan Sukan negeri.

KPWKM sasar 13,000 kaunselor berdaftar hujung tahun ini
Setakat ini, 11,700 kaunselor sudah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

Operasi menyelamat di Nepal giat dijalankan, banyak mercu tanda bersejarah rosak
Gempa bumi itu mengakibatkan kerosakan banyak mercu tanda bersejarah seperti Menara Dharahara dan Dataran Durbar.