AHLI Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat mengutuk keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel hingga membawa kepada tunjuk perasaan di wilayah Palestin.
Lapan negara menggesa mesyuarat tergempar di Ibu Pejabat PBB di New York, AS itu diadakan ketika rakyat Palestin membuat bantahan di seluruh Tebing Barat dan Semenanjung Gaza berikutan keputusan Trump tersebut.
Beberapa negara dengan tegas mengutuk langkah 'satu pihak' AS dalam mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Trump yang mengabaikan amaran masyarakat dunia pada Rabu mengumumkan AS secara rasmi mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel selain akan memulakan proses pemindahan kedutaannya dari Tel Aviv ke bandar tersebut.
Dalam konflik tersebut berlaku pertindihan apabila rakyat Palestin mahu timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara mereka pada masa depan manakala Israel pula mengatakan bandar itu yang berada di bawah pendudukan rejim zionis tersebut, tidak boleh dibahagikan.
Bagaimanapun, masyarakat antarabangsa tidak pernah mengiktiraf tuntutan Israel ke seluruh bandar tersebut.
Berikut adalah apa yang dibangkitkan semasa mesyuarat tergempar itu:
PBB: Keputusan Trump 'melemahkan' usaha perdamaian
Penyelaras Khas PBB bagi proses perdamaian Timur Tengah Nickolay Mladenov, PBB berulang kali mengatakan bahawa sebarang keputusan satu pihak yang bertujuan untuk mengubah status Baitulmaqdis termasuk prinsip-prinsip lama bakal 'melemahkan' usaha damai semasa sekali gus memberi kesan di seluruh rantau ini.
Beliau turut melahirkan kebimbangan apabila keputusan itu memberi risiko peningkatan keganasan sebagai tindak balas kepada keputusan tersebut.
Jordan: Kebebasan agama mesti ditegakkan
Sementara itu, Jordan, yang bertindak sebagai penjaga kota suci Muslim dan Kristian di Baitulmaqdis, mengatakan ia menolak keputusan AS sekali gus menyifatkannya sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.
"Kerajaan percaya bahawa sebarang keputusan satu pihak untuk membina situasi baru adalah tidak sah dan tidak sah," kata wakil negara itu di PBB, Sima Bahous.
Bahous berkata keputusan itu boleh memburukkan ketegangan, mencetuskan kemarahan dan membawa kepada konfrontasi antara orang-orang agama yang berbeza di bandar.
Beliau berkata ia juga boleh menjejaskan status akhir dalam usaha proses perdamaian konflik sebelum ini.
Bahous mengesahkan semula dan timur Baitulmaqdis harus diakui sebagai ibu negara Palestin.
"Perlindungan Baitulmaqdis yang juga merupakan tempat suci untuk semua agama mesti beri keutamaan," katanya.
Mesir: Tiada kesan kepada status undang-undang Baitulmaqdis
Bagi Duta Mesir ke PBB, Amr Abdellatif Aboulatta, menegaskan Mesir mengutuk keputusan AS mengenai Baitulmaqdis yang disifatkan boleh menyalakan kemarahan dalam kalangan umat Islam dan negara-negara Arab".
Katanya, keputusan satu pihak itu dilihat pelanggaran undang-undang sah antarabangsa.
"Mesir akan sentiasa menegakkan ikrarnya untuk mencapai keamanan yang adil dan tahan lama di rantau ini," katanya.
AS: PBB 'berat sebelah' terhadap Israel
Namun bagi Duta AS ke PBB Nikki Haley dengan tegas menolak kritikan dari negara-negara lain pada mesyuarat itu dan berkata, ia adalah 'sesuatu perkara biasa' untuk meletakkan kedutaan di Baitulmaqdis.
"Kami komited untuk mencapai perjanjian damai yang berkekalan. Kami menyokong penyelesaian dua negeri jika dipersetujui oleh pihak terlibat," katanya.
"PBB telah melakukan lebih banyak kerosakan kepada prospek perdamaian Timur Tengah daripada memajukannya," katanya.
Israel: Ia peristiwa penting buat keamanan
Selain itu, Duta Israel ke PBB Danny Danon mengatakan keputusan trump satu peristiwa penting bagi Israel, untuk keamanan dan dunia.
"AS mempunyai keberanian dan pengetahuan adil mengenainya (iktiraf) seperti yang diketahui umum bahawa Baitulmaqdis akan menjadi ibu negara Israel," katanya.
Agensi
Fri Dec 08 2017

Ahli Majlis Keselamatan PBB mengutuk keputusan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip
Presiden AS telah lama mengkritik layanan tidak adil terhadap eksport kenderaan Amerika di pasaran luar terutama kadar tarif EU yang mencapai 10 peratus.

Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden
Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun.

WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri
Tiada negara boleh melindungi diri sendiri daripada pandemik yang akan datang secara bersendirian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ahli Kongres kemukakan usul jadikan hari lahir Trump sebagai cuti umum
Ahli Kongres Amerika Syarikat Claudia Tenney mengemukakan usul menjadikan hari lahir Presiden Donald Trump pada 14 Jun sebagai cuti umum persekutuan.

Tukar nama Teluk Mexico, Presiden Mexico beri amaran tindakan undang-undang terhadap Google
Sheinbaum menegaskan bahawa perintah eksekutif Trump hanya terpakai kepada pelantar benua Amerika Syarikat dan bukan keseluruhan teluk, yang turut melibatkan tuntutan wilayah oleh Mexico dan Cuba.

Hanya segelintir pemimpin AS setuju ambil alih Gaza - Senator AS
Hanya segelintir pemimpin Amerika Syarikat (AS) yang senada dengan hasrat Presiden AS, Donald Trump untuk mengambil alih Gaza.

Arab Saudi bakal anjur mesyuarat 5 Pihak Arab bincang pembinaan semula Gaza
Arab Saudi akan menganjurkan Mesyuarat Lima Pihak Arab pada 20 Feb untuk membincangkan cadangan Mesir bagi pembinaan semula Semenanjung Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

Pasaran getah KL ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh isyarat lemah daripada pasaran niaga hadapan serantau.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.