Pihak berkuasa wilayah Switzerland pada Rabu menegaskan, kepercayaan agama bukan alasan untuk tidak berjabat tangan dengan guru, sekali gus menolak tindakan sebuah sekolah yang memberi pengecualian kepada pelajar Islam yang memilih untuk tidak bersentuhan orang berlainan jantina.
AFP melaporkan, ibu bapa atau penjaga pelajar yang tidak mahu berjabat tangan dengan guru di wilayah Basel-Country akan berdepan denda sehingga 5,000 Swiss franc (RM20,500).
"Seorang guru mempunyai hak untuk berjabat tangan,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Keputusan itu dibuat selepas masyarakat negara itu dikejutkan mengenai tindakan sebuah sekolah yang membenarkan dua adik-beradik lelaki, berusia 14 dan 15, agar tidak perlu bersalaman dengan guru mereka, selepas mereka mengadu bahawa perbuatan itu bertentangan dengan Islam.
Dua pelajar itu sebelum ini menegaskan bahawa Islam tidak membenarkan sentuhan antara orang yang berlainan jantina, dengan pengecualian sesama ahli keluarga dan saudara mahram.
Untuk mengelakkan diskriminasi ke atas guru wanita, sekolah itu sebaliknya mengecualikan dua beradik itu daripada berjabat tangan dengan mana-mana guru, baik lelaki ataupun wanita.
Keputusan itu dibuat secara bebas oleh pihak sekolah di perbandaran Therwil tanpa campur tangan pihak berkuasa tempatan atau wilayah, namun ia telah menimbulkan kontroversi besar di seluruh Switzerland.
“Kepentingan umum berkaitan kesamarataan gender dan juga integrasi dengan orang asing lebih besar daripada isu kebebasan kepercayaan pelajar,” jelas pihak berkuasa.
Campur tangan pihak berkuasa itu membuatkan keputusan yang dibuat pihak sekolah tersebut serta-merta dibatalkan.
Jika dua beradik itu masih tidak bersalaman, ‘tindakan undang-undang akan diambil’.
Switzerland mempunyai populasi 8 juta orang termasuk kira-kira 350,000 orang Islam.
Agensi
Wed May 25 2016
Isu berkaitan berjabat tangan itu telah menimbulkan kontroversi di seluruh Switzerland. - Gambar hiasan
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
Klopp ketepikan sentimen jabat tangan dengan Simeone
Liverpool bakal melayani kunjungan Atleti dalam UCL awal pagi esok, dua minggu selepas kemenangan 3-2 di Wanda Metropolitano.
Pelajar Islam enggan bersalam bukan mahram cetus kontroversi di Switzerland
Ibu bapa atau penjaga pelajar yang tidak mahu berjabat tangan dengan guru di wilayah Basel-Country akan berdepan denda sehingga 5,000 Swiss franc (RM20,500).