PELAMIN anganku musnah!
Majlis persandingan pasangan pengantin baharu yang sepatutnya memberi seribu satu kenangan indah kepada mempelai bertukar sebaliknya apabila ia terbongkar sebagai ‘perkahwinan sejenis’.
Dalam insiden yang berlaku di Desa Baringeng, Kecamatan Lilirilau, Sulawei Selatan pada 9 Jun lalu, tetamu yang menghadiri majlis tersebut didakwa mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada personaliti 'pengantin lelaki'.
Menurut laporan Tribunnews.com, majlis persandingan pengantin perempuan yang dikenali sebagai MT dengan ‘pasangannya’, MTR, 24, pada mulanya berjalan lancar.
Bagaimanapun, identiti 'pengantin lelaki' itu gagal disembunyikan selepas tetamu mula curiga dengan perwatakannya yang didakwa mirip seorang wanita.
Keraguan itu membawa kepada tindakan penduduk setempat untuk mencari asal usul ‘jejaka itu’ melalui ketua kampung di kawasan tersebut.
Hasil maklumat yang diperoleh daripada ketua kampung pasangan tersebut akhirnya membawa kepada pembongkaran kisah sebenar bahawa 'lelaki itu' rupa-rupanya seorang wanita.
“Ramai orang kampung membuat laporan mengenai keraguan pengantin lelaki itu dan akhirnya saya berhubung dengan ketua kampung pengantin itu.
“Ternyata daripada maklumat, dia adalah perempuan,” kata ketua kampung Desa Baringeng, Andi Aris melalui mesej pesanan ringkas kepada portal tersebut pada Sabtu.
Sementara itu, Ketua Kampung Pising, Kecamatan Donridonri, Sitti Salmiah mengakui, pihaknya tidak mengetahui mengenai perkahwinan pasangan tersebut.
“Memang benar dia penduduk (kampung) saya dan dia seorang perempuan. Mengenai pernikahannya, kami tidak tahu sebab tiada laporan yang diterima di pejabat,”katanya.
Difahamkan, pasangan itu menjalin cinta sejak lima bulan lalu.
MT dilaporkan mengetahui identiti MTR adalah seorang wanita sejak dua bulan lalu.
Bagaimanapun, kerana cinta, MT sanggup menerima lamaran 'kekasihnya' itu.
Agensi
Sun Jun 14 2020
Dalam insiden yang berlaku di Desa Baringeng, Kecamatan Lilirilau, Sulawei Selatan pada 9 Jun lalu, tetamu yang menghadiri majlis tersebut didakwa mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada personaliti 'pengantin lelaki'. - Gambar hiasan
Perang dagang: ASEAN dijangka menerima manfaat terbesar
Firma penyelidikan RHB Investment Bank menjangka, manfaat terbesar akan dinikmati oleh Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat lima sen kepada RM3.38 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Jan.
IPO Oriental Kopi dilebih langgan hampir sembilan kali
Tawaran awam permulaan syarikat itu, yang akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 23 Januari depan, menarik minat runcit bernilai RM1.61 bilion.
Dagangan saham MAHB demi mencapai sasaran dividen, kata KWSP
KWSP berkata, tawaran pembelian saham MAHB melalui konsortium baru-baru ini juga selaras dengan perancangan jangka panjangnya untuk mencapai pertumbuhan dan pulangan yang mampan.
Pesara Komander TLDM didakwa 89 tuduhan tipu lebih RM1 juta
Dia didakwa menipu Kapten TLDM dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa pelbagai kerja perolehan di Rumah Keluarga Angkatan Tentera, KD Sultan Ismail telah selesai dilaksanakan.
Rangkaian 5G kedua: U Mobile mungkin pertimbang penggabungan
Hong Leong Investment Bank menjangka, saiz dan kekuatan kewangan terhad U Mobile mungkin menyebabkannya berdepan kesukaran untuk melaksanakan projek 5G kedua negara secara bersendirian.
Kenaikan tarif elektrik dijangka pacu permintaan tenaga boleh diperbaharui
Firma penyelidikan RHB Research menjangka, permintaan juga dijangka disokong oleh pelancaran subsektor RE baharu oleh bursa tempatan.
Sarawak kukuhkan kedudukan selaku peneraju teknologi hidrogen
Penganalisis berkata, ini dapat dilihat menerusi sembilan projek utama yang sedang dalam pembangunan di negeri tersebut.
PETROS akan laksana fungsi sebagai agregator tunggal
Kerajaan Sarawak memberi jaminan bahawa PETROS akan memberikan kerjasama kepada kerajaan persekutuan dan petronas setelah diiktiraf sebagai agregator gas tunggal di wilayah itu.
Sektor penerbangan Malaysia 2025 bakal alami pertumbuhan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menjangkakan sektor penerbangan Malaysia mengalami pertumbuhan yang ketara pada tahun 2025.
Indonesia rancang tetapkan had umur minimum penggunaan media sosial
Indonesia merancang keluarkan peraturan bagi menetapkan umur minimum untuk pengguna media sosial dalam usaha melindungi kanak-kanak.
Indonesia cadang pengurangan tarif perdagangan kepada AS
Inisiatif ini bertujuan sebagai langkah menghadapi dasar tarif import yang dijangka akan dilaksanakan oleh Trump.
Indonesia hantar 221,000 jemaah haji pada 2025
Indonesia akan menghantar 221,000 jemaah haji pada musim haji 2025, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.
Tiga nelayan hilang ketika merawai ditemukan selamat di Indonesia
Tiga nelayan yang dikhuatiri hilang setelah menjalankan aktiviti merawai dekat Pulau Payar ditemukan selamat dan berada di Indonesia.
Gunung Ibu meletus, orang ramai digesa jauhi zon bahaya
Gunung Ibu di wilayah Maluku Utara, Indonesia meletus pada Sabtu, memuntahkan awan yang mengandungi abu setinggi 4,000 meter dari puncaknya.
Imigresen Indonesia tahan buruan AS dakwaan eksploitasi kanak-kanak
Direktorat Jeneral Imigresen menahan TJC, seorang buruan warga Amerika Syarikat (AS) yang dicari oleh Marsyal AS atas pertuduhan berkaitan eksploitasi seksual, cubaan eksploitasi kanak-kanak dan porno
Indonesia nyata hasrat bantu Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Indonesia telah menyatakan komitmen untuk membantu dan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Anwar, Prabowo bincang perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengadakan perbincangan tertutup yang memfokuskan kepada usaha mengukuhkan hubungan dua hala.
Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.
PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia
Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu.