Keluarga Siti Aisyah, suspek wanita dalam kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, hairan bagaimana anak bongsu mereka boleh berada di Malaysia.
Malah, setahu mereka, wanita berusia 25 tahun itu hanya bekerja sebagai jurujual pakaian di Batam.
Ayah wanita itu, Asria Nur Hasan, 56, berkata seluruh kaum keluarganya masih kebingunan dan tidak tahu berbuat apa-apa kecuali menangis bagaimana Siti Aishah boleh merantau ke Malaysia tanpa pengetahuan keluarga.
Katanya, anaknya telah berhijrah ke Batam untuk bekerja sebagai jurujual pada 2012 selepas bercerai dengan suaminya, Gunawan Hasyim @Ajun, seorang ahli perniagaan dan mempunyai seorang anak lelaki, Rio, berusia tujuh tahun.
"Sejak dia berhijrah ke Batam, kami jarang jumpa dan kali terakhir dia pulang ialah pada Tahun Baharu Cina, bulan lepas," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rancasumur, Sindangsari Pabuaran, Serang, di sini.
"Dia hanya beritahu bekerja sebagai jurujual jadi kami terkejut apabila dia telah melangkah jauh ke Malaysia," katanya.
"Siang malam kami asyik menangis mengenang nasib anak bongsu kami dan saya sangat-sangat ingin bertemu dengan dia," kata Asria.
Siti Aisyah adalah antara empat suspek ditahan oleh polis Malaysia bagi membantu siasatan kes pembunuhan Jong-nam pada 13 Feb lepas.
Pada hari kejadian, Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila seorang wanita menekup mukanya dengan sehelai kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.
Beliau yang dipercayai tiba di Malaysia dari Macau pada 6 Feb menggunakan nama Kim Chol dalam pasportnya, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas mengadu kurang sihat kepada petugas di lapangan terbang itu dan diberi rawatan awal di klinik di situ.
Siti Aishah adalah anak bongsu daripada tiga beradik - dua abangnya hanya bekerja sebagai buruh dan dibesarkan di sebuah kawasan terpencil manakala kehidupan ibu bapanya bergantung kepada jualan ubi dan kunyit.
Asria berkata anak perempuannya itu tidak berpelajaran tinggi tetapi dia seorang yang rajin bekerja dan nekad untuk keluar dari belenggu kemiskinan sejak kecil lagi.
"Walaupun hidup dalam kemiskinan, Siti Aisyah seorang yang rajin bekerja, bersikap manja dan tidak pernah nakal," katanya yang hanya mengetahui kes anaknya ditahan di Malaysia menerusi bekas besannya, Khamis lepas.
Menurutnya, hanya dua hari lepas, wakil Kementerian Luar Indonesia mengunjungi mereka untuk mengesahkan anaknya ditahan di Malaysia tetapi tidak memaklumkan apa sebenarnya berlaku.
Beliau juga menafikan laporan media tempatan kononnya Siti Aisyah fasih berbahasa Inggeris dan Korea kerana anaknya itu hanya berpendidikan sekolah agama peringkat sekolah rendah sahaja.
Dalam usia belasan tahun dia telah telah mula bekerja sebagai jurujual pakaian di Jakarta dan menjadi kebangaan ibu bapa kerana dia mampu berdikari dan tidak pernah mengeluh kesusahan hidup yang dilaluinya, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2017

Siti Aisyah dilihat sebagai suspek yang terlibat secara langsung dengan insiden 'misteri' di KLIA2. - Foto PDRM

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA

Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.

Lapan maut, empat kritikal selepas minum alkohol tulen di Indonesia
Lapan orang maut manakala empat lagi kritikal selepas meminum alkohol tulen dengan kepekatan 96 peratus di Cianjur, Jawa Barat.

Indonesia rancang had umur untuk platform digital, lindungi kanak-kanak
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital.

Pempengaruh media sosial diingatkan tidak keterlaluan hasilkan kandungan - Fahmi
Pempengaruh media sosial diingatkan untuk berpada-pada dan tidak keterlaluan dalam menghasilkan kandungan semata-mata bagi mendapatkan tontonan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.

Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.

Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.

Gempa bumi 5.8 magnitud landa Sulawesi Tengah Indonesia
Pada mulanya, agensi itu melaporkan magnitud gempa bumi itu berskala 6.1 tetapi kemudian menyemaknya kepada 5.8.

Bekas pemain kelab Indonesia, Belgium ditahan atas penyeludupan kokain
Pemain berusia 36 tahun itu merupakan salah seorang suspek yang diberkas polis selepas melakukan serbuan berskala besar di seluruh negara.