Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, pada Khamis menggelar Amerika Syarikat (US) sebagai rakan sejenayah Israel dalam menganiaya penduduk Palestin, lapor agensi berita China Xinhua.
"Al-Quds (Baitulmaqdis) adalah ibu negara Palestin dan ia akan dibebaskan daripada musuh-musuh dengan pertolongan Tuhan," katanya dalam hantaran terkini di laman sesawang rasmi beliau.
Ali Khamenei turut menggesa negara-negara Islam "untuk menyatakan pendirian terhadap jenayah ini."
'’AS dan Israel akhirnya akan menyerah kepada kehendak umat Islam,'’ katanya.
BACA: Pertempuran berdarah di Gaza: Putin, Erdogan lahir kebimbangan serius
BACA: Israel mengganas, puluhan warga Palestin maut dalam tunjuk perasaan
Presiden Iran, Hassan Rouhani, pada Rabu menyelar beberapa negara Arab dan negara Islam kerana "berdiam diri" susulan pembunuhan beramai-ramai penunjuk perasaan Palestin oleh tentera Israel.
Pada 14 Mei, tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin di Gaza, yang mengadakan tunjuk perasaan membantah pembukaan Kedutaan AS di Baitulmaqdis menyebabkan 62 orang terbunuh manakala beribu-ribu lagi cedera.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 18 2018

Ali Khamenei turut menggesa negara-negara Islam menyatakan pendirian terhadap jenayah tersebut. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Lima video 'deepfake' penipuan pelaburan dikesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

Duta Palestin seru rakyat M'sia bantu isu keamanan, keselamatan di Al-Quds
Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali menyeru rakyat Malaysia supaya sentiasa memberikan penumpuan kepada isu utama di Palestin iaitu mengembalikan keamanan dan keselamatan di Al-Quds.

Anwar seru semua kerajaan negara Islam bantu Palestin tuntut keadilan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada semua kerajaan negara Islam agar terus membela nasib umat Islam yang ditindas di Palestin.

Ahli Parlimen Liga Al-Quds Palestin bincang cabaran dihadapi umat Islam
Delegasi membincangkan peranan ahli Parlimen dalam mempertahankan hak rakyat Palestin dan melindungi Masjid Al-Aqsa dari ancaman rejim Israel yang berterusan.

Pemimpin agung Iran gelar AS rakan sejenayah Israel aniaya penduduk Palestin
Ali Khamenei turut menggesa negara-negara Islam "untuk menyatakan pendirian terhadap jenayah ini."

OIC desak tindakan segera ke atas pencabulan Masjid Al-Aqsa oleh tentera Israel
OIC mendesak ketua beberapa pertubuhan antarabangsa yang terkenal supaya mengambil tindakan segera berhubung pencerobohan dan pencabulan tentera Israel ke atas tempat suci Islam, Masjid Al-Aqsa.

Pejuang bedil roket ke Israel sejurus gencatan Gaza berakhir
Pejuang di Semenanjung Gaza melepaskan tembakan roket ke Israel sejurus selepas gencatan senjata 72 jam di antara Hamas dan negara Yahudi itu berakhir tanpa perjanjian untuk memanjangkannya.

Korban di Gaza meningkat kepada 30 nyawa
Serangan udara rejim Israel berterusan hari ini dengan ibu pejabat Hamas di Gaza antara yang menjadi sasaran.