Pemimpin demokratik Itali, Nicola Zingaretti disahkan positif wabak coronavirus (COVID-19) dan kini sedang menjalani kuarantin di kediamannya.
Dalam pengumuman yang dibuat di Facebook, Zingaretti bagaimanapun, memaklumkan beliau berada dalam keadaan stabil.
"Maka, ia (COVID-19) sudah tiba, saya juga dijangkiti (COVID-19). Saya kini menjalani kuarantin di rumah. Dari sini (rumah) saya akan terus lakukan apa yang saya mampu.
"Keluarga saya juga mengikuti protokol dan dan ASL (pihak berkuasa kesihatan tempatan) sedang berhubung dengan mereka yang bekerja rapat dengan saya sejak beberapa hari lalu untuk lakukan pemeriksaan.
"Seperti yang selalu saya katakan, jangan panik dan kita akan memeranginya," kata Zingaretti.
Zingaretti merupakan ahli politik Itali pertama yang mengesahkan beliau dijangkiti wabak yang menjadi kebimbangan di seluruh dunia ketika ini.
Itali merupakan antara yang turut terkena penyebaran wabak COVID-19.
Negara itu berdepan penularan wabak COVID-19 paling besar di luar benua Asia.
Sehingga Sabtu, lebih 4,600 orang sudah disahkan positif manakala 197 pesakit meninggal dunia akibat virus itu di Itali.
Itali mencatat angka kematian kedua tertinggi dan kes jangkitan ketiga terbanyak di dunia selepas China.
BACA: Kematian akibat COVID-19 di Itali hampir cecah 200, jalanan Rom bertukar sepi
Rakyat negara itu kini ‘setia’ menonton program televisyen penting pada jam 6 petang setiap hari iaitu siaran daripada Agensi Perlindungan Awam yang mengemas kini perkembangan status jangkitan dan kematian.
Kerajaan negara itu pada minggun ini mengarahkan penutupan sekolah, universiti dan pawagam dalam usaha mencegah penyebaran virus itu.
Wabak COVID-19 pada hari ini juga meragut nyawa seorang lagi Ahli Parlimen Iran.
Agensi berira IRNA melaporkan, Fatemeh Rahbar, 55, merupakan salah seorang Ahli Parlimen konservatif merupakan ahli politik kedua di negara itu yang maut akibat COVID-19.
BACA: Seorang lagi Ahli Parlimen Iran maut akibat COVID-19
Agensi
Sat Mar 07 2020
Nicola Zingaretti disahkan positif COVID-19 dan kini sedang menjalani kuarantin di kediamannya. - Gambar REUTERS
Tulang ditemui di Pantai Batu Buruk 2 bukan tulang manusia
Pengesahan itu hasil pemeriksaan dan bedah siasat oleh pakar forensik Unit Patalogi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.
Banjir: Ratusan penumpang bas Indonesia dipindahkan melalui sempadan Malaysia
Ratusan penumpang bas dan pengguna kenderaan peribadi daripada Pontianak, Kalimantan Barat dipindahkan ke Entikong dengan melalui sempadan Malaysia susulan banjir yang melanda wilayah berkenaan.
Empat individu ditahan terlibat 11 kes ragut di Selangor
Polis Daerah Serdang berjaya menyelesaikan 11 kes jenayah samun dan ragut yang berlaku di sekitar Serdang, Petaling Jaya dan Subang Jaya selepas penahanan empat suspek dalam operasi khas baru-baru ini.
Pakai ala pasukan beruniform, polis panggil 40 individu
Polis telah mengambil keterangan 40 individu berhubung kehadiran mereka dalam sebuah majlis dengan memakai pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat pasukan beruniform, bulan lalu.
Sindiket warga asing curi telefon tumpas
Polis Selangor berjaya menahan empat individu warga asing yang disyaki terlibat dalam kes kecurian telefon bimbit melibatkan lapan kes di enam daerah sekitar Lembah Klang.
Tukang rumah ugut Harith Iskander dan keluarga dipenjara lima bulan
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM2,000 ke atas seorang tukang rumah selepas dia mengaku bersalah mengugut dan menakutkan bekas isteri pelawak dan pelakon, Harith Iskander, minggu lalu.//
Majistret S. Mageswary turut memerintahkan Izzudin Md Salim yang berusia 31 tahun menjalani hukuman penjara tambahan sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Majistret S. Mageswary turut memerintahkan Izzudin Md Salim yang berusia 31 tahun menjalani hukuman penjara tambahan sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.
KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Malaysia terus amal dasar berbaik dengan semua negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan terus mengamalkan dasar berbaik dengan semua negara termasuk negara-negara besar seperti China dan Amerika Syarikat.
Nahas udara Washington DC: Kedua-dua kotak hitam CVR, FDR American Airlines ditemukan
Punca nahas yang mengorbankan 67 nyawa itu, sama ada faktor manusia atau mekanikal, masih belum jelas, kata pegawai NTSB.
Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.