Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching, mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga Diraja Johor di atas kemangkatan almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Ibrahim pada Sabtu.
Menerusi laman rasmi facebook, beliau turut menyatakan kekesalan kerana tidak dapat menghadiri istiadat pemakaman Tunku Abdul Jalil kerana perlu menghadiri Konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP).
Menurut Hsien Loong, beliau dan isterinya sedih atas kemangkatan putera Sultan Johor.
Tambahnya lagi, almarhum Tunku Abdul Jalil dikenang kerana sikap belas ihsan, kerja amal dan kecintaan beliau terhadap alam sekitar serta haiwan.
Hsien Loong berkata, beliau masih ingat bagaimana almarhum memberitahunya berkenaan kerja sukarela baginda di zoo Singapura dan betapa baginda gembira ketika bersiar-siar di Singapore Botanic Gardens.
Sementara itu Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara Teo Chee Hean dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Menteri Undang-undang dan Pemangku Menteri Dalam Negeri K Shanmugam memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Tunku Laksamana Johor, di Istana Besar, Johor Baharu hari ini.
Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat pada 7.11 malam tadi di Hospital Sultanah Aminah di sini akibat kanser.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Menteri Hal Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan juga mengirim perutusan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, bagi menyampaikan ucapan takziah atas kemangkatan Tunku Abdul Jalil.
Dalam surat beliau yang dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Luar di sini, Lee berkata: "Ho Ching dan saya amat sedih dengan kemangkatan putera tersayang Tuanku, Yang Mulia Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim.
"Kami ingin menyampaikan salam takziah kami kepada Tuanku, Raja Zarith (Sofiah) dan keluarga Tuanku.
"Tunku (Abdul) Jalil amat disenangi kerana sifat belas ihsan Almarhum, kerja amal Almarhum untuk masyarakat Johor dan polis serta kecintaan Almarhum terhadap alam sekitar dan haiwan.
"Saya masih ingat Almarhum menceritakan kepada kami tentang tugas amalnya di Zoo Singapura dan kisahnya bersiar-siar di Taman Botani kami. Almarhum akan dikenang sebagai putera raja yang sentiasa merendah diri serta rela berbakti dan berkhidmat untuk rakyat.
"Doa dan harapan kami sentiasa mengiringi Tuanku dan Raja Zarith serta rakyat Johor dalam menghadapi detik-detik memilukan ini," kata Lee.
BACA: 'Kepada adikku yang dikasihi ... inilah malam yang paling sukar untuk saya' - TMJ
BACA: "Lil, Siti hilang pemberi semangat di kala kesedihan" - Siti Nurhaliza
BACA: 10 fakta berkenaan putera kesayangan Johor, Almarhum Tunku Jalil
Dalam suratnya pula, Balakrishnan berkata: "Saya sungguh sedih apabila mendapat perkhabaran tentang kemangkatan putera kesayangan Tuanku, Yang Mulia Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim.
"Tunku (Abdul) Jalil amat meminati dan sentiasa bermurah hati memberi sokongan kepada bidang seni, muzik, sukan dan alam sekitar. Sifat Almarhum yang mengambil berat serta prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik, menyentuh hati seluruh rakyat Johor. Pemergian Alhmarhum amat dirasai.
"Saya ingin mengutuskan doa dan ucapan simpati kepada Tuanku dan keluarga Tuanku serta rakyat Johor dalam menghadapi detik-detik yang memilukan ini," kata Balakrishnan.
BACA: "Saya mungkin di hospital bila awak datang," pesan akhir Tunku Jalil buat Faizdickie
FOTO: Tunku Abdul Jalil, damailah Almarhum di sana
Bernama
Sun Dec 06 2015
![Pemimpin Singapura beri penghormatan terakhir kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil Pemimpin Singapura beri penghormatan terakhir kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/81449403079_950x600.jpg)
Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat pada 7.11 malam tadi di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru akibat kanser. - Foto Bernama
Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar
Sesi persekolahan 2025/2026 melibatkan hampir lima juta murid dan pelajar daripada Kumpulan B di semua sekolah di 11 negeri hari ini berjalan dengan lancar dan teratur.
Ragam hari pertama sesi persekolahan 2025/2026
Ikuti rakaman wartawan Astro AWANI, Faida Rahim mengenai suasana sesi persekolahan hari pertama tahun 2025/2026 Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi, Semenyih hari ini yang meriah dengan ratusan kehadiran ibu bapa dan penjaga menemani anak-anak mereka.
[TERKINI] Jenayah: Wanita curi wang majlis kahwin direman empat hari
Seorang wanita yang tular sebelum ini di media sosial kerana disyaki mencuri wang pada majlis perkahwinan di Kampung Tasek Berangan, Pasir Mas, Kelantan direman selama empat hari di Mahkamah Majistret Pasir Mas, hari ini bagi membantu siasatan.
![Bank Islam akan lakukan peralihan automatik aplikasi GO ke BIMB Mobile Bank Islam akan lakukan peralihan automatik aplikasi GO ke BIMB Mobile](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739763453_tbBankIslam.jpg)
Bank Islam akan lakukan peralihan automatik aplikasi GO ke BIMB Mobile
Aplikasi BIMB Mobile merupakan aplikasi terbaharu Bank Islam yang dikatakan menyediakan penawaran lebih moden dan lancar kepada pengguna.
![FIFA: Thailand kini huni ranking ke-97, Harimau Malaya ke-132 dunia FIFA: Thailand kini huni ranking ke-97, Harimau Malaya ke-132 dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731975760_harimaumalaya.jpg)
FIFA: Thailand kini huni ranking ke-97, Harimau Malaya ke-132 dunia
Thailand terus memperkukuhkan nama selaku pasukan gergasi Asia Tenggara selepas melonjak ke kedudukan ke-97 dunia.
"Definisi 'peniaga mikro' kita tak termasuk restoran" - Fuziah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh memaklumkan jumlah kuota minyak masak paket bersubsidi setakat ini mencukupi dan tidak ada apa apa penambahan.
Beliau juga menambah, jumlah tersebut dilihat akan dapat menampung keperluan bagi golongan yang layak memperoleh subsidi tersebut disamping mengelakkan berlakunya ketirisan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Beliau juga menambah, jumlah tersebut dilihat akan dapat menampung keperluan bagi golongan yang layak memperoleh subsidi tersebut disamping mengelakkan berlakunya ketirisan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
"Kuota 60 ribu matrik tan sebulan adalah mencukupi" - Fuziah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh memaklumkan jumlah kuota minyak masak paket bersubsidi setakat ini mencukupi dan tidak ada apa apa penambahan.
Beliau juga menambah, jumlah tersebut dilihat akan dapat menampung keperluan bagi golongan yang layak memperoleh subsidi tersebut disamping mengelakkan berlakunya ketirisan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Beliau juga menambah, jumlah tersebut dilihat akan dapat menampung keperluan bagi golongan yang layak memperoleh subsidi tersebut disamping mengelakkan berlakunya ketirisan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705634447_TBBursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.
![Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739762514_HARIPERTAMASEKOLAH.jpg)
Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar
Semalam, sesi sama telah dimulakan awal di Kedah, Terengganu dan Kelantan melibatkan 632,268 pelajar daripada Kumpulan A.
Hari Pertama Persekolahan 2025: SK Taman Pelangi Meriah dengan Kehadiran Ibu Bapa dan Menteri
Suasana sesi persekolahan hari pertama tahun 2025/2025 Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi hari ini meriah dengan ratusan kehadiran ibu bapa dan penjaga yang menemani anak-anak mereka. Kehadiran Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shaari turut mengadakan kunjungan melihat persekitaran sekolah baharu, SK Taman Pelangi, Semenyih. #AWANInews
![Singapura arah Kedutaan Israel padam catatan kontroversi tentang Palestin Singapura arah Kedutaan Israel padam catatan kontroversi tentang Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653301053_TBSINGAPORE.jpg)
Singapura arah Kedutaan Israel padam catatan kontroversi tentang Palestin
Kedutaan Israel di Singapura akur dengan arahan pemerintah negara itu yang mendesak supaya memadamkan catatan kontroversi tentang Palestin di media sosial.
![Sultan Johor terima kunjungan hormat menteri, isteri perdana menteri Singapura Sultan Johor terima kunjungan hormat menteri, isteri perdana menteri Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686913646_TBSULTANJOHOR.jpg)
Sultan Johor terima kunjungan hormat menteri, isteri perdana menteri Singapura
Sultan Johor hari ini berkenan menerima kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang Singapura K Shanmugam dan isteri perdana menteri Singapura Datin Paduka Ho Ching.
![7 daripada 10 penduduk Singapura sokong hukuman mati mandatori terhadap pesalah dadah 7 daripada 10 penduduk Singapura sokong hukuman mati mandatori terhadap pesalah dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662045404_TBSHANMUGAMjpg.jpg)
7 daripada 10 penduduk Singapura sokong hukuman mati mandatori terhadap pesalah dadah
Sejak hukuman mati mandatori diperkenalkan, terdapat pengurangan kira-kira 66 peratus penyeludupan dadah jenis opium ke Singapura.
![Singapura dalam proses mansuh Akta Hasutan selepas 83 tahun Singapura dalam proses mansuh Akta Hasutan selepas 83 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/81594345284_PilihanRayaUmum.jpg)
Singapura dalam proses mansuh Akta Hasutan selepas 83 tahun
Singapura dalam proses memansuhkan Akta Hasutan yang digubal 83 tahun lepas, satu akta yang menetapkan kesalahan jenayah bagi perbuatan mempunyai unsur hasutan.
![Malaysia, Singapura bincang isu hukuman mati mandatori Malaysia, Singapura bincang isu hukuman mati mandatori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81563288845_MuhyiddinYassin.jpg)
Malaysia, Singapura bincang isu hukuman mati mandatori
Rang undang-undang bagi meminda perkara berkenaan hukuman mati mandatori dijangka dibentang pada Oktober di Dewan Rakyat.
![Liew nafikan campur tangan keputusan mahkamah Singapura Liew nafikan campur tangan keputusan mahkamah Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51557459454_LIEWVUIKEONG.jpg)
Liew nafikan campur tangan keputusan mahkamah Singapura
Liew menjelaskan, beliau telah bercakap dengan Menteri Kanan Singapura di Kementerian Undang-Undang Rabu lepas mengenai kes Pannir.
![Menteri Undang-Undang Singapura terkandas dalam insiden gempa bumi di Lombok Menteri Undang-Undang Singapura terkandas dalam insiden gempa bumi di Lombok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61533504758_KShanmugam.jpg)
Menteri Undang-Undang Singapura terkandas dalam insiden gempa bumi di Lombok
Mereka berada di Mataram, Lombok kerana menghadiri satu persidangan keselamatan.
![Pemimpin Singapura beri penghormatan terakhir kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil Pemimpin Singapura beri penghormatan terakhir kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/81449403079_950x600.jpg)
Pemimpin Singapura beri penghormatan terakhir kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil
Pemimpin Singapura antara yang turut memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil yang mangkat pada Sabtu akibat barah hati.