Para saintis menyuarakan kebimbangan tentang keadaan lapisan ais di Greenland yang mencair lebih pantas daripada daripada yang dijangkakan sebelum ini, lapor Reuters.
Dalam laporan yang turut disiarkan dalam jurnal Nature, kajian mendapati peningkatan paras laut kini semakin mengancam bandar-bandar di tanah rendah, pulau dan juga industri di seluruh dunia.
Data ramalan tentang bila ia berlaku dan berapa tinggi paras kenaikan bagaimanapun masih berbeza-beza, sebahagiannya kerana para saintis masih belum jelas tentang kadar pemanasan laut dengan pencairan ais di kutub.
Menurut Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA), pencairan ais di Greenland, yang juga kawasan ais kedua terbesar selepas Antartika, dijangka meningkatkan paras air dunia sehingga 0.8 millimeter.
Kajian yang dijalankan oleh kumpulan saintis dari Amerika Syarikat, Belgium dan Netherlands itu menganalisa lapisan cecair dalam teras ais di barat Greenland, untuk membangunkan rekod catatan selama 350 tahun.
Pasukan saintis itu mendapati, kadar pencairan ais Greenland begitu ketara sepanjang 350 tahun yang lalu dan peningkatan berterusan suhu purata global menyumbang kepada pencairan tersebut sekali gus mempercepatkan kenaikan paras air laut dunia.
Kajian itu menunjukkan, walaupun insiden pemanasan yang tidak terlalu serius pada masa lalu hanya memberi sedikit atau tiada langsung kesan terhadap aktiviti pencairan ais, namun kejadian yang sama di kawasan beriklim lebih panas, mampu menyebabkan impak pencairan lebih ketara.
“Pada masa akan datang, bagi setiap darjah pemanasan, kita akan kehilangan lebih banyak ais. Ia terjadi sehingga dua kali ganda atau lebih, dan lebih tinggi risikonya berbanding impak akibat darjah pemanasan yang sama sebelum ini,” menurut kajian itu.
Agensi
Wed Dec 05 2018

Kadar pencairan ais Greenland begitu ketara sepanjang 350 tahun yang lalu dan peningkatan berterusan suhu purata global menyumbang kepada situasi itu. - Reuters

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

New York alami salji lebat lebih 1.5 meter
Wilayah ini telah menerima 30 hingga 91sm salji dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Ais cair mendadak di Antartika, penyelidik 'panik'
Antartika boleh hilang ais sepenuhnya dan ia bakal disaksikan oleh generasi yang akan datang.

'Iceberg' terbesar dunia, separuh saiz negeri Kedah kini hanyut di lautan
Terbaru, sebuah bongkah ais terbesar di dunia - panjang 175 kilometer, lebar 25 kilometer - terpisah dari lokasi asalnya di Antartika.

MBI keluarkan surat amaran kepada peniaga ais tanpa lesen
Isu peniaga ikan itu menjual ais tanpa lesen menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan peniaga lain.

Berdiri dalam kotak dipenuhi ais, lelaki Austria ini cipta rekod baharu!
Josef Koeberl, 42, berjaya menahan diri dalam suhu sejuk itu selama dua jam, 30 minit dan 57 saat.

Fenomena aneh hamparan 'ais telur' di pantai Finland
Risto Mattila tidak menyangka kunjungannya ke kawasan pantai bersama isteri memberikan pengalaman dan anugerah luar biasa yang tidak pernah dialaminya.

Jalan dipenuhi ais di Oklahoma, kemalangan jalan raya meningkat
Keadaan cuaca yang sejuk melampau menyebabkan pemanduan menjadi sukar dan memaksa sekolah di sekitar bandar itu ditutup.

'Ada ais di sayap pesawat bawa Emiliano Sala' - Pakar penerbangan
Pesawat yang membawa bintang bola sepak Emiliano Sala mungkin telah terhenti di atas udara dan jatuh ke laut akibat pembentukan ais yang berlaku di kipas sayap pesawat, kata pakar penerbangan.

Pencairan ais di Greenland berlaku lebih pantas daripada yang dijangka
Peningkatan berterusan suhu purata global menyumbang kepada pencairan tersebut sekali gus mempercepatkan kenaikan paras air laut dunia.

Ais Artik semakin pantas mencair, bakal cetus kerugian trilion dolar - Kajian
Ais Artik yang sedang mencair kini sedang mencairkan permafrost di bawah bangunan dan jalan raya dari Siberia ke Alaska, dan menaikkan paras laut di seluruh dunia dan menggangu suhu.