Keputusan menamakan Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Varnavadi sebagai calon perdana menteri pada pilihan raya umum Thailand 24 Mac ini dibimbangi bakal mencemarkan imej institusi diraja negara itu.
Pada lapis lain, Penganalisis Politik Antarabangsa, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed melihat keputusan julung kali dibuat ini akan mempengaruhi pilihan rakyat tempatan.
Menjelaskan lebih lanjut, Dr Ahmad Martada berkata, rakyat Thailand sebelum ini memandang tinggi institusi diraja apabila bukan sahaja simbol malah berjaya menyatu padukan rakyat yang terbahagi kepada dua kepercayaan politik, kumpulan merah dan kuning.
“Penghormatan yang tinggi kepada institusi diraja menyebabkan keadaan politik tidak terlalu bergolak dan ia merupakan sifat unik yang ada pada Thailand.
“Namun apabila ada ahli kerabat contohnya, kakak sulung kepada Raja Thailand ingin melibatkan diri dalam politik, ia akan mencemarkan imej institusi diraja Thailand.
“Ini kerana institusi diraja Thailand akan mempengaruhi persepsi masyarakat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
BACA: Pilihan raya Thailand: Kakak Raja Thai jadi calon PM
Pemilihan Puteri Ubolratana, kakak kepada raja Thailand Maha Vajiralongkorn dan bertanding atas tiket Parti Thai Raksa Chart, sebuah parti yang setia kepada bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra juga akan menimbulkan perspektif negatif rakyat.
“Secara umum, kita tahu sebelum ini Thaksin dengan institusi diraja mempunyai hubungan baik namun tidak lebih sebagai bekas pemimpin dengan diraja.
“Namun, keputusan Puteri Ubolratana untuk bertanding menggunakan tiket parti bekas pimpinan Thaksin akan menimbulkan tanggapan negatif dalam kalangan rakyat,” jelasnya.
Beliau mengulas keputusan Pemimpin Parti Thai Raksa Chart Preechapol Pongpanich yang menamakan Puteri Ubolratana sebagai calon dan akan bertanding secara adil mengikut perlembagaan.
Proses demokrasi 24 Mac ini dilihat jadi medan ujian antara penyokong dan sekutu Thaksin serta kerajaan yang disokong tentera.
Prayuth Chan-Ocha, yang menjadi perdana menteri sejak mengetuai rampasan kuasa pada 2014, turut dipilih sebagai calon untuk memimpin kerajaan seterusnya.
Nursyazwani Saiful Sham
Fri Feb 08 2019

Keputusan menamakan Puteri Ubolratana sebagai calon perdana menteri pada pilihan raya umum Thailand 24 Mac ini dibimbangi bakal mencemarkan imej institusi diraja negara itu. Foto: REUTERS
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.
Trump akan maklum mengenai perbincangan galian Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memberikan maklumat terkini mengenai perjanjian galian Ukraine pada Selasa.
Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Inflasi global menekan ekonomi dan meningkatkan kos sara hidup rakyat Singapura. Perdana Menteri Lawrence Wong menegaskan cabaran ini melangkaui GST, didorong oleh ketidaktentuan global, sementara Bajet 2025 memperkenalkan langkah tambahan, termasuk Pakej SG60, untuk meringankan beban dan mempersiapkan negara menghadapi masa depan yang mencabar.

Aidilfitri: 12,600 tiket tambahan ETS mula dijual hari ini
Tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual pukul 10 pagi ini (4 Mac).

Sultan Selangor terima zakat perniagaan anak syarikat negeri RM13.2 juta
Sultan Sharafuddin berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah lebih RM13.2 juta daripada enam anak syarikat kerajaan negeri, pada Isnin.

Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Penyertaan wanita penting dalam membawa perspektif yang lebih inklusif dalam perbincangan dan mesyuarat sesebuah parti politik.

Seorang maut, beberapa individu cedera dalam insiden kereta rempuh pejalan kaki di Mannheim, Jerman
Pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada insiden itu diklasifikasikan sebagai serangan pengganas.

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Pencalonan Puteri Thai sebagai PM cemar institusi diraja
Keputusan menamakan Puteri Ubolratana sebagai calon perdana menteri pada pilihan raya umum Thailand 24 Mac ini dibimbangi bakal mencemarkan imej institusi diraja negara itu.