Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) yang terbang buat kali pertama dari Los Angeles ke Singapura terpaksa berpatah balik selepas kru pesawat mengesan masalah bacaan meter minyak enjin.
Pesawat SQ37 dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada jam 11.24 malam waktu tempatan dan sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi selepas menempuh penerbangan selama 18 jam.
“Keputusan untuk berpatah balik ke Los Angeles diambil selepas 40 minit berlepas setelah kru pesawat mengesan masalah pada bacaan meter minyak enjin,” ujar jurucakap SIA kepada portal berita Channel NewsAsia.
Pesawat itu mendarat semula di Los Angeles pada jam 1.33 pagi pada Sabtu.
“Jurutera telah memeriksa pesawat dan memberitahu bahawa ia boleh dibaiki,” tambahnya.
Pesawat itu kemudiannya kembali dibenarkan membuat penerbangan dari Los Angeles pada jam 4.41 pagi, dengan membawa sejumlah 141 penumpang.
Pada Julai, SIA mengumumkan untuk melancarkan semula penerbangan tanpa henti antara Singapura dan Los Angeles, dengan pesawat Airbus A350-900ULR baharu.
Bulan lalu, Singapore Airlines juga mengembalikan laluan penerbangan komersial paling panjang di dunia, iaitu hampir 19 jam tanpa henti dari Singapura ke New York.
Agensi
Sat Nov 03 2018

Pesawat itu kemudiannya kembali dibenarkan membuat penerbangan dari Los Angeles pada jam 4.41 pagi, dengan membawa sejumlah 141 penumpang. -

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pesawat Hawaiian Airlines berpatah balik selepas asap memasuki kokpit
Hawaiian Airlines memaklumkan bahawa asap itu tidak kelihatan dan menggambarkannya sebagai wap.

Pesawat SWISS Airbus lakukan pendaratan cemas akibat asap dalam kabin dan kokpit
Pesawat Airbus milik syarikat penerbangan SWISS yang dalam perjalanan dari Bucharest ke Zurich pada Isnin terpaksa melakukan pendaratan cemas.

Perkhidmatan terbaik bakal jadikan Malaysia peneraju sektor penerbangan - Loke
Loke berkata MAG memainkan peranan besar dalam menjadikan KLIA hab penerbangan utama dunia.

Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.

Asia Pasifik perlukan 19,500 pesawat baharu dalam tempoh 20 tahun - Airbus
Airbus mengunjurkan sektor penerbangan Asia Pasifik memerlukan kira-kira 19,500 pesawat baharu dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.

Sayap dua pesawat Japan Airlines berlanggar di Lapangan Terbang Haneda
Tiada kecederaan dilaporkan, namun penerbangan 503 menuju ke Lapangan Terbang Chitose Baru di Hokkaido, Sapporo telah dibatalkan.

Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.

Asia Tenggara berpotensi keluarkan bahan suapan SAF - Airbus
Rantau ini mempunyai potensi pengeluaran yang besar disebabkan oleh banyaknya bahan suapan selain kewujudan industri biodiesel sedia ada.