Seorang penyanyi rap Kanada maut akibat terjatuh dari pesawat sewaktu melakukan penggambaran muzik videonya yang terbaharu.
Jon James McMurray, 34, dilaporkan terjatuh ketika melakukan aksi untuk muzik videonya di sayap pesawat yang sedang meluncur di udara.
McMurray sedang membuat penggambaran di British Columbia pada Sabtu lalu, dengan berjalan di atas salah satu sisi sayap pesawat Cessna itu.
Meskipun sudah berlatih banyak kali untuk aksi lagak ngeri berkenaan, pesawat itu bagaimanapun telah jatuh menjunam dan berputar-putar di udara.
Juruterbang Cessna itu pula tidak dapat menstabilkan semula penerbangan itu.
Meskipun, McMurray memakai beg payung terjun sewaktu kejadian, namun dia tidak sempat membukanya.
Menurut teman baiknya, Rory Wayne Bushfield, McMurray sedar akan risiko yang akan dihadapinya.
Tambah Bushfield, kemalangan itu merupakan satu tragedi kepada McMurray yang terkorban akibat tulang belakangnya patah.
Namun, lebih mengejutkan, Bushfield tetap memandang perkara itu sebagai sesuatu yang positif kerana McMurray cuba untuk 'melakukan sesuatu yang menakjubkan'.
“Tujuannya adalah untuk menghasilkan muzik video serta melakukan lagak ngeri, dan pada masa yang sama mahu membawa sesuatu yang baharu dalam industri,” kata salah seorang kru muzik video tersebut.
Begitupun, berita yang mengejutkan industri hiburan Kanada itu turut menerima maklum balas orang ramai yang marah dengan tindakan pengurusan artis tersebut, yang disifatkan cuai dalam aspek keselamatan serta sengaja mencari risiko.
McMurray merupakan seorang bekas pemain ski profesional dan mempunyai pengalaman dalam melakukan aksi lagak ngeri.
Tiga minggu sebelum kematiannya, dia telah memuat naik gambar dua pesawat ringan yang akan digunakan untuk penggambaran muzik videonya itu di akaun media sosialnya.
Agensi
Wed Oct 24 2018

Jon James McMurray maut apabila terjatuh dari pesawat ringan ketika penggambaran video muziknya. - Instagram @jonjames

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Van Toan layak jadi pelakon lagak ngeri, kata Sathianathan
Seloroh bekas jurulatih kebangsaan itu merujuk kepada Nguyen Van Toan yang dikasari Brendan Gan untuk memenangi sepakan penalti buat kemenangan 1-2 Vietnam awal pagi Sabtu.

'Jetman Dubai' maut ketika sesi latihan
Vince sering melakukan aksi dramatik dengan terbang di bandar negara Teluk itu, termasuk di sekitar bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa.

Waris pelakon lagak ngeri 'The Walking Dead' maut ketika penggambaran dapat pampasan RM33 juta
Pampasan ke atas kematian Bernecker, yang diwakili ibunya itu meliputi ganti rugi sivil, dan diputuskan oleh juri di Mahkamah Negeri Atlanta.

Penyanyi rap Kanada maut terjatuh dari pesawat ketika rakam video muzik
Jon James McMurray, 34, dikhabarkan terjatuh ketika sedang melakukan aksi untuk muzik videonya di sayap pesawat ketika berada di udara.

Cuba tunjuk handal, akhirnya ditahan polis
Seorang lelaki ditahan polis selepas melakukan aksi lagak berbahaya ketika memandu kereta di hadapan khalayak ramai.