Penyelam, Syachrul Anto disahkan meninggal dunia oleh Kolonel Laut (P) Isswarto.
Katanya, kerja-kerja menyelamat bagi mencari badan pesawat dan mangsa sudah dihentikan jam 4 petang waktu tempatan kerana cuaca gelap bagaimanapun Syachrul masih berada di dalam laut.
"Insiden itu berlaku jam 5.30 petang dan mangsa dikejarkan ke Rumah Sakit daerah Koja, Jakarta Utara dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Bagaimanapun, Syachrul disahkan meninggal dunia di Rumah Sakit," katanya.
Sementara itu, Facebook Yosep Safrudin, rakan kepada Syachrul turut memuatnaik status pemergian sahabatnya.
Jelasnya, dalam kalangan rakan, Syachrul memang seorang yang aktif dalam misi kemanusiaan.
"Dia baru seminggu pulang dari misi kemanusiaan membantu mangsa gempa bumi tsunami di Palu, kemudian kini berada di perairan Karawang untuk misi mencari mangsa nahas pesawat.
"Namun misi kemanusiaannya 'tewas' dan berakhir di sini," katanya.
Syachrul lebih mesra dipanggil Ayah Haji merupakan seorang penyelam berpengalaman luas dan sanggup mengetepikan pekerjaannya demi membantu misi kemanusian ini.
"Rindu gelak tawanya, kebaikannya... selamat jalan 'Ayah Anto, Om Anto, Ayah Haji'.
"Semoga Om berada dalam khusnul khotimah," katanya. - BBC Indonesia