SEORANG peragawati yang menimbulkan kontroversi kerana melakukan aksi lagak ngeri di Dubai minggu lalu, telah dipanggil pihak polis.
Viktoria Odintcova melakukan aksi tersebut ketika satu sesi fotografi dan video itu kemudiannya dimuat naik ke akaun Instagram dan YouTube miliknya.
Menurut kenyataan pihak berkuasa kepada media Dubai, Odintcova telah diberikan amaran agar tidak melakukan perbuatan yang sama di mana-mana lokasi di bandaraya itu.
Malah peragawati dari Rusia itu telah diminta menandatangani satu perjanjian yang membolehkan dia disaman jika melakukannya sekali lagi.
Dalam video berdurasi lebih enam minit itu, Odintcova melakukan aksi lagak ngeri dari Menara Canyan setinggi 73 tingkat, dengan hanya berpaut pada tangan seorang lelaki, dipercayai pembantunya, tanpa memakai sebarang alat keselamatan.
Laporan akhbar tempatan The National pula menyebut, Odintcova memberitahu dia bersetuju melakukan aksi itu bukan kerana publisiti, sebaliknya untuk mengatasi rasa takutnya pada ketinggian.
Dalam status yang dimuat naik bersama video dan gambar itu, Odintcova menulis kapsyen berbunyi, "Lagak ngeri dilakukan oleh profesional. Jangan cuba di rumah".
Ia mendapat kritikan ramai memandangkan wanita berusia 23 tahun itu bukan pelagak ngeri profesional dan aksi itu tidak mustahil menjadi ikutan anak-anak muda.
Madiha Abdullah
Mon Feb 20 2017
Odintcova melakukan lagak ngeri itu tanpa memakai sebarang alat keselamatan. - Foto/YouTube
Guru lelaki dicekup disyaki edar ganja
Seorang guru lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis ganja di sekitar Damansara Damai, Petaling Jaya.
Banjir: Anak selamatkan ibu hidap asma guna tangki air
Mohammad Shaher bersama rakan cari tangki air bagi mengangkut keluar ibunya, Rosliza Ibrahim yang kesejukan akibat rumah mereka dimasuki air sedalam dua meter.
Selangor rangka peruntukan khas persediaan SUKMA 2026 - Amirudin
Langkah itu bagi menampung keperluan sekiranya jumlah peruntukan RM6 juta melalui Belanjawan Selangor 2025 tidak mencukupi.
Beregu lelaki bersiap sedia hadapi kalendar 2025 - Bin Shen
Penampilan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Jelajah Dunia Akhir 2024 pada Disember jadi peluang terbaik mengenal pasti kelemahan secara terperinci.
Penunggang motosikal maut langgar pokok kelapa tumbang
Polis Daerah Besut menerima maklumat kejadian yang menimpa mangsa Muhammad Syukri Mat Hussin, 27, kira-kira 4.30 pagi.
Rumah Mampu Milik Pulau Pinang dikenali Rumah Mutiaraku mulai 2025
Ia bagi meningkatkan perasaan pemilikan rumah dalam kalangan penerima RMM dengan Rumah MutiaraKu diharap jadi mahligai kepada bakal pemilik.
Mayat lelaki tanpa identiti ditemui tepi pantai
Hasil pemeriksaan mendapati mayat yang tidak dikenal pasti identiti itu dalam keadaan terlangkup di lokasi berkenaan.
Pasaran ekuiti Malaysia dijangka stabil, catat pertumbuhan pada 2025
Malaysia mempunyai prospek yang stabil, dengan ekonominya mendapat manfaat daripada pelaburan berterusan dalam pusat data dan pembuatan.
Kerajaan optimis sasaran pelaburan SSN akan tercapai - MITI
Pada 2023, sektor semikonduktor menyumbang 82 peratus daripada RM84.5 bilion jumlah pelaburan yang diluluskan bagi projek E&E.
Hab PMKS diwujudkan di Sabah, Sarawak tahun depan - KUSKOP
Hab PMKS di Sabah dan Sarawak akan bertindak sebagai platform pusat maklumat sehenti bagi PMKS memperoleh pelbagai maklumat perniagaan.
Dah tiga kali The Rock 'meninggal dunia'...
Sebelum ini The Rock turut menjadi mangsa berita palsu apabila didakwa meninggal dunia pada 2011 dan 2014.
Lima amalan Pa'din Musa kekal hebat pada usia 42 tahun
Bagaimana Pa'din masih mampu melakukan aksi lagak ngeri yang biasanya dilakukan oleh pemain papan selaju yang jauh lebih muda.
Peragawati buat lagak ngeri dari menara 73 tingkat sudah dipanggil polis
Peragawati dari Rusia itu telah diminta menandatangani satu perjanjian yang membolehkan dia disaman jika melakukannya sekali lagi.