Pakistan menembak jatuh dua pesawat pejuang India di kawasan genjatan senjata yang menjadi pertikaian kedua negara, Kashmir.
Perkembangan terbaharu itu sekali gus menyebabkan hubungan antara kedua jiran berkenaan kembali tegang.
Langkah itu dilakukan sehari selepas India melakukan serangan udara di kawasan sama, tindakan berani pertama negara itu dalam tempoh 50 tahun, dipercayai untuk membanteras aktiviti keganasan.
Salah seorang daripada juruterbang pesawat berkenaan turut ditahan oleh pihak Pakistan, menurut kenyataan yang di muat naik oleh jurucakap pihak tentera Pakistan, Mejar Jeneral Asif Ghafoor.
Namun pesawat pejuang India didakwa memasuki ruang udara Pakistan di Balakot meskipun sudah diberi amaran oleh pasukan tentera Pakistan.
Kali terakhir Pakistan dan India berperang singkat adalah pada 1999 di kawasan Himalaya.
Menurut agensi berita India, ANI pesawat pejuang F-16 Pakistan turut ditembak jatuh oleh India di kawasan sempadan genjatan senjata.
Serentak itu Pakistan mengantung operasi pesawat domestik ke Lahore, Islamabad dan bandar lain.
Stesen TV Pakistan, SAMAA TV pula mendedah visual pesawat pejuang negara itu menembak jatuh pesawat pejuang India di kawasan pertikaian.
Sebuah syarikat penerbangan swasta India, Vistara Airlins pula berkata, ruang udara di kawasan utara India juga ditutup dan penerbangan dari dan ke Amritsar, Srinagar, Chandigarh serta Jammu telah digantung.
Sementara itu, Pakistan menegaskan, serangan yang dilakukan disasarkan kepada kawasan bukan ketenteraan di sempadan itu dan tidak memasuki ruang udara India dan ia bertujuan menunjukkan kemampuan pertahanan negara itu.
Namun kedua negara menegaskan tidak berniat untuk melakukan sebarang ketegangan.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo dalam reaksinya pula menyokong tindakan India yang disifatkan usaha membanteras keganasan.
India dalam pada itu menegaskan serangan yang dilancarkan pada Selasa disasar ke kem militan Jaish-e-Mohammed (JeM) yang didakwa terlibat dalam serangan bom bunuh diri pada 14 Februari membunuh 40 orang di Kashmir.
Kini India telah menutup sekurang-kurangnya empat lapangan terbang di kawasan utara negara itu, termasuk di Pathankot, Leh, Srinagar, Jammu dan Amritsar, menurut kenyataan seorang pegawai kerajaan India kepada portal berita Reuters.
Kedua-dua negara itu telah berperang sebanyak tiga kali sejak kemerdekaan daripada pemerintahan kerajaan British pada tahun 1947 dan hampir berperang pada tahun 2002 selepas Pakistan melancarkan serangan militan ke parlimen India.
Ketegangan memuncak ini mendorong netizen menularkan hashtag #SayNoToWar.
Agensi
Wed Feb 27 2019
Menurut agensi berita India, ANI, pesawat pejuang F-16 Pakistan turut ditembak jatuh oleh India di kawasan sempadan genjatan senjata. - Foto Reuters
Kerajaan Jepun luluskan draf Belanjawan 2025 dengan peruntukan pertahanan tertinggi
Daripada jumlah itu, lebih 10 peratus atau 8.7 trilion yen akan digunakan untuk perbelanjaan pertahanan.
Prestasi China dalam pembangunan berkualiti tinggi 2023
Jurucakap Jabatan Statistik Negara (NBS) memaklumkan berhubung dapatan yang tercatat dalam Tinjauan Ekonomi Kebangsaan kelima dalam satu sidang media anjuran Dewan Negara di sini pada Khamis.
Perdana Menteri Singapura Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb
Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Kewangan, Lawrence Wong akan membentangkan kenyataan Belanjawan Singapura 2025 di parlimen pada 18 Feb.
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mulakan pra-perbicaraan ke atas Presiden Yoon
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memulakan sesi pra-perbicaraan pertama pada Jumaat membabitkan Presiden Yoon Suk-yeol.
Lima negeri mendominasi eksport negara pada November
Lima negeri terus mendominasi eksport Malaysia yang secara keseluruhannya menyumbang sebanyak 83.8 peratus pada November 2024.
Pasaran ekuiti Malaysia dijangka stabil pada tahun hadapan
CIMB Securities positif terhadap pasaran ekuiti Malaysia pada 2025 disokong pertumbuhan pendapatan tahun ketiga berturut-turut pada lapan peratus, dipacu sektor perbankan, pembinaan dan utiliti.
85 peratus tidak terjejas perubahan kadar tarif elektrik - TNB
Sebanyak 85 peratus pemegang akaun domestik iaitu sekitar 7.5 juta orang tidak akan terjejas dengan sebarang perubahan kadar tarif elektrik dan masih dilindungi kerajaan sehingga Jun 2025.
‘Katak’, pengkhianat rakyat gamatkan DUN Melaka
Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas hari ini gamat seketika dengan gelaran 'katak' dan 'pengkhianat'.
Penganggur menyamar polis untuk merompak dipenjara 12 tahun
Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas seorang penganggur selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merompak dua wanita Indonesia dengan menyamar sebagai polis.
Perdana Menteri Jepun Ishiba lawat Malaysia, Indonesia 9-12 Januari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia dari 9 hingga 12 Jan untuk memperkukuh kerjasama dengan negara Asia Tenggara.
Pakistan tidak mahu perang?
Jurucakap tentera Pakistan, Mejar Jeneral Asif Ghafoor menegaskan pendirian Islamabad tidak akan memilih jalan peperangan untuk meredakan ketegangan yang memuncak antara dua seteru nuklear ini.
Konflik dua kuasa nuklear India-Pakistan
Hubungan dingin Pakistan dan India kembali tegang apabila Pakistan menembak jatuh dua pesawat pejuang India di kawasan genjatan senjata yang dipertikai kedua negara, Kashmir.