Penularan wabak COVID-19 dan perintah berkurung yang memberi impak besar terhadap masyarakat, sejak beberapa minggu lalu menjadi saat yang paling sukar dalam sejarah bagi negara Itali.
Begitupun, di sebalik kerumitan yang dialami warganya, terdapat beberapa perubahan positif yang dapat dilihat dalam kalangan masyarakatnya.
Berikut adalah fakta menarik tentang Itali sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan:
1. Komuniti menyanyi dari balkoni
Orang Itali memberi inspirasi kepada dunia dengan rasa semangat kemasyarakatan dan silaturahim mereka. Sebagai contoh, penduduk negara itu mengambil kesempatan untuk menyanyi dan menghiburkan diri di balkoni masing-masing pada pukul 6 petang setiap hari.
Di kejiranan tertentu yang padat namun tetap mematuhi konsep ruang penjarakan sosial, mereka menyanyi atau bermain alat muzik bersama-sama di balkoni dan teres masing-masing untuk berkongsi semangat. Salah satu contoh baru-baru ini yang paling menarik adalah seorang gitaris muda yang mempersembahkan sebuah lagu milik komposer Morricone di atas bumbung Piazza Navona.
Komuniti Itali masih bersifat berperikemanusiaan. Mereka membantu jiran mereka sebaik mungkin, dan menyumbangkan makanan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Baru-baru ini seseorang yang tidak diketahui identitinya meninggalkan 30 bungkus pasta di jalan di Rom dengan nota kecil yang berbunyi "Sekiranya anda memerlukannya, ambillah."
2. Seni dan budaya lebih mudah diakses
Banyak muzium dan galeri seni di seluruh Itali membenarkan "lawatan maya". Contohnya Muzium Vatican dan Muzium Capitoline di Rom dan Galeri Uffizi di Florence. Ekoran penularan COVID-19, jadual pameran Raphael yang dinanti-nantikan di Scuderie del Quirinale di Rom terpaksa ditutup hampir sebaik sahaja ia dibuka, namun orang ramai boleh menikmati lawatan secara dalam talian.
Terdapat banyak lagi persembahan budaya menerusi internet, termasuk video penstriman siaran langsung dari Teatro di San Carlo di Naples (rumah opera tertua di dunia), lawatan kulinari Itali menerusi Instagram, dan filem klasik Itali atas talian di arkib Cineteca Milan.
Siapa sangka rakyat di Itali boleh meraikan keindahan negara mereka walaupun dalam perintah berkurung. Para seniman di Rom ternyata menjadi semakin kreatif, dengan mencari inspirasi dalam keadaan yang luar biasa.
3. Terusan yang bersih dan haiwan memenuhi bandar Rom
Tidak hairanlah, penurunan kadar lalu lintas, perjalanan udara dan aktiviti industri menjadi sesuatu yang bermanfaat bagi alam semula jadi Itali. Tahap pencemaran udara seperti nitrogen dioksida telah menurun secara mendadak.
Alam semula jadi merebut kembali bandar-bandar. Rumput tumbuh di Piazza Navona, dan haiwan yang biasanya tersembunyi di Bukit Palatine menikmati kebebasan baru mereka, tanpa diganggu oleh pengunjung. Orang ramai mungkin tidak akan melihat burung, landak, rubah dan arnab yang 'gembira' berkeliaran sejurus keadaan kembali normal!
Pelancongan besar-besaran telah memberi kesan buruk kepada bandar dan ekosistemnya yang rapuh, tetapi sekarang bandar ini akhirnya dapat bernafas. Sistem terusan di bandar itu kini jauh lebih bersih dan ikan dapat dilihat berenang dengan jelas. Bahkan ada laporan tentang seekor itik membuat sarang dan bertelur di perhentian vaporetto.
Syahirah Hani Roslan
Sat May 09 2020
Tempoh kuarantin bagi penduduk Itali membolehkan alam sekitar 'berehat' daripada pencemaran. - Pexels.com
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.
50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.
Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.