Beberapa jam lagi, jenazah legenda tinju heavyweight, Muhammad Ali akan disemadikan -- dua hari selepas upacara penghormatan terakhir yang berlangsung mulai semalam - berakhir dalam suasana pilu.
Solat jenazah 30-minit buat Allahyarham disempurnakan oleh ahli akademik terkemuka Islam-Amerika, Imam Zaid Shakir.
Majlis pengebumiannya yang akan berlangsung di sini bakal dihadiri lebih kurang 15,000 peminat ikon tinju yang menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital pada 4 Jun lalu selepas mengalami kesukaran pernafasan.
Upacara majlis pengebumian bermula jam 9 pagi, di bandar ini yang mempunyai kapasiti penduduk 600,000 orang.
Jenazah Allahyarham akan dibawa melalui beberapa lokasi ‘bersejarah’ yang menggalur kegemilangan jaguh dunia heavyweight tiga kali itu.
Lokasi laluan termasuk kediamannya ketika kecil ‘Ali Center’ iaitu kawasan kejiranan warga Afrika-Amerika yang dihuni kebanyakan warga kulit hitam di daerah tersebut.
Salah satu lokasi laluan termasuk, 'Muhammad Ali Boulevard' yang merupakan mercu tanda terakhir sebelum jenazah tiba ke kawasan perkuburan Cave Hill bagi sesi pengebumian tertutup.
Seperti diketahui, turut hadir bagi mengiringi jenazah, pelakon yang pernah memikul watak Muhammad Ali, Will Smith dalam filem biografinya berjudul 'Ali' dan juga bekas juara dunia heavyweight, Lennox Lewis.
Ada individu yang enggan mendedahkan identitinya menyatakan akan menabur kelopak bunga mawar di sepanjang laluan itu.
Ali turut dikenang dalam majlis penghormatan pengebumian pelbagai agama di sebuah arena Freedom Hall yang juga dihadiri kalangan pemimpin tempatan, VIP dan peminat.
BACA: Ribuan hadir di majlis penghormatan terakhir Muhammad Ali
BACA: Aktor Will Smith dijangka jadi pengiring keranda Muhammad Ali
Dengan jangkaan 15,500 kehadiran, pas masuk bagi sesi penghormatan itu akan diberikan setengah jam sebelum majlis pengebumian bermula. Namun, terdapat laporan mengenai pasaran gelap untuk pas masuk itu dijual secara atas talian.
Antara tetamu VIP yang hadir termasuk bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton, ahli komedi, Billy Crystal dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang menghormati Ali sebagai ‘Wira di hatiku’, seperti yang diumumkan tidak dapat menghadiri pengebumian itu, kerana menghadiri majlis graduasi anak perempuannya, Malia.
Sepanjang kariernya, beliah dianggarkan menerima 29,000 kali tumbukan daripada lawannya dan dengan itu dia dianggap manusia paling diiktiraf di dunia.
Terkenal dengan gaya menari sambil bertinju, Ali peninju pertama menang juara heavyweight sebanyak tiga kali antara tahun 1964 dan 1978.
Dilahirkan pada 17 Januari, 1942 dengan nama Cassius Clay Jr. nama berkenaan digunakan sebagai berkongsi kesengsaraan terhadap perhambaan orang kulit hitam pada kurun ke-19.
Dia kemudian menukar namanya sebaik memeluk agama Islam pada tahun 1964.
Antara kata-kata yang termasyhur dan diingati ialah mengenai dirinya iaitu: Float like a butterfly, sting like a bee. (Terapung-apung seperti rama-rama, menyengat seperti lebah")
AFP
Fri Jun 10 2016
Kolaj gambar-gambar Muhammad Ali di Muhammad Ali Center pada 9 Jun, 2016. - Foto AP/David Goldman
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
UFC 309: Jon Jones tumbangkan Miocic, kekalkan kejuaraan heavyweight
Jon Jones mempertahankan kejuaraan heavyweight UFC dengan kemenangan TKO ke atas Stipe Miocic dalam aksi UFC 309 di Madison Square Garden, New York, pada Ahad.
Kejuaraan WBC: Fury pertahan gelaran heavyweight bertemu Whyte April ini!
Pertarungan gelaran heavyweight antara Tyson Fury dan Dillian Whyte bakal berlangsung di Stadium Wembley 23 April ini.
UFC 264: Dianggap antagonis, patah kaki, McGregor bawa pulang ASD5 juta
Kesemua 24 petinju MMA bersaing dalam UFC 264 dan dibayar dengan sejumlah wang yang besar.
Kepa, De Gea perlu belajar daripada Anthony Joshua - Southall
Penjaga gol Manchester United, De Gea, turut melewati beberapa kempen sukar dan berada dalam tekanan untuk mengekalkan kedudukannya.
Lepaskan kejuaraan light heavyweight, Jon Jones bakal bertarung di heavyweight
Jaguh UFC Jon 'Bones' Jones secara rasmi telah melepaskan kejuaraan kelas light heavyweight miliknya.
UFC 252: Stipe Miocic kekal juara heavyweight, DC umum bersara
Stipe Miocic berjaya mengekalkan takhta kejuaraan dunianya selepas menumpaskan Daniel Cormier dalam aksi trilogi UFC 252 pada Ahad.
Isu gigit telinga, Holyfield sudah pun memaafkan Tyson sejak 11 tahun lalu
Peristiwa itu masih lagi segar di dalam ingatan orang ramai meskipun ia setelah sekian lama berlalu.
Holyfield ikut jejak langkah Tyson, bakal kembali ke gelanggang
Holyfield tidak beraksi sejak Mei 2011, apabila dia menumbangkan Brian Nielsen dalam perlawanan profesionalnya yang ke-57.
UFC Minneapolis: 'The Predator' ambil masa seminit tamatkan dos Santos
BEKAS pencabar kejuaraan heavyweight UFC, Francis Ngannou, 32 tahun sekali lagi beraksi cemerlang di pentas Octagon.
UFC: Brock Lesnar bersara, DC sah menentang Miocic
Juara Heavyweight UFC, Daniel Cormier akan kembali mempertahankan kejuaraannya menentang pesaing utama divisyen tersebut, Stipe Miocic.