WASHINGTON:Amerika Syarikat bersetuju melanjutkan perjanjian nuklear dengan Rusia.

Jabatan Negara optimis perjanjian akan membolehkan ia terus memantau had pemilikan senjata nuklear Rusia.

Lanjutan Perjanjian Pengurangan Senjata Strategik atau START ini dibuat hanya dua hari sebelum ia tamat.

“Hasrat kami adalah untuk melanjutkan perjanjian START ini buat lima tahun lagi

“Ketika kami berunding dengan Rusia mengenai kepentingan Amerika Syarikat, kami juga boleh sentiasa peka dengan cabaran yang didepani Rusia.

“Malah ketika kami bekerjsama dengan Rusia, kami juga boleh memastikan negara itu bertanggungjawab ke atas kecuaian dan sikap mereka,” kata jurucakap Jabatan Negara, Ned Price.

START adalah satu-satunya perjanjian kawal selia pemilikan senjata nuklear Amerika Syarikat dan Rusia.

Amerika tarik diri daripada dua perjanjian nuklear di bawah pentadbiran bekas presiden Donald Trump.

START dimeterai oleh bekas presiden Barack Obama dan Presiden Dimitry Medvedev pada 2010.

Sebelum ini, Trump cuba melanjutkan perjanjian berkenaan, namun Rusia menolak kerana tidak bersetuju dengan syarat yang diberikan.