Sebuah pesawat penumpang dari Addis Ababa, Etiopia dilapor terhempas pada Ahad.
Pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines yang dalam penerbangan ke Nairobi, Kenya itu dikatakan membawa 149 penumpang bersama lapan kru.
Kejadian dilapor berlaku pada jam 8.44 pagi waktu tempatan sejurus selepas pesawat itu berlepas dari Addis Ababa.
Susulan nahas, Pejabat Perdana Menteri Etiopia pada Ahad mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang dan kru.
“Pejabat Perdana Menteri, bagi pihak kerajaan dan rakyat Etiopia, melahirkan rasa duka cita kepada keluarga yang kehilangan tersayang dalam nahas Ethiopian Airlines Boeing 737 yang dalam penerbangan ke Nairobi, Kenya pagi ini.”
Menurut portal Flightradar24, pesawat itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta jam 10.25 pagi waktu tempatan.
Pesawat Boeing 737 MAX 8 itu didakwa baru digunakan sekitar empat bulan lalu.
Syarikat penerbangan itu, dalam satu kenyataan, menyebut operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan berhampiran lokasi nahas di bandar Bishoftu.
Astro Awani
Sun Mar 10 2019

Sebuah pesawat Ethiopian Airlines dalam penerbangan ke Nairobi, Kenya terhempas pada Ahad. -Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

'Pelanggan hilang keyakinan' - Garuda batal tempahan pesawat Boeing 737 Max 8
Garuda Indonesia mahu batal pesanan pesawat Boeing 737 Max kerana pelanggan sudah hilang keyakinan dengan tahap keselamatan pesawat itu.

Nahas Ethiopian Airlines: Kotak hitam dedah suara panik juruterbang
Juruterbang pesawat Boeing 737 Max 8 penerbangan 302 meminta kebenaran untuk berpatah balik dengan suara yang panik sejurus berlepas.

19 kakitangan agensi berkaitan PBB mangsa nahas Ethiopian Airlines
Ketua Organisasi Antarabangsa untuk Migrasi, Antonio Vitorino berkata 19 kakitangan organisasi berkaitan PBB disahkan terbunuh.

Pesawat penumpang terhempas, 157 dikhuatiri terkorban
Punca kejadian, lokasi nahas serta jumlah penumpang dan kru masih belum diketahui.

Ethiopia berkas pemimpin wilayah timur Somali yang didakwa cabul hak asasi manusia
Pentadbir wilayah itu, Abdi Mohammed Omer, telah dipaksa meletak jawatan pada 6 Ogos selepas keganasan meletus di ibu negeri wilayah berkenaan iaitu Jijiga.

Serangan bom tangan di Ethiopia, ragut satu lagi nyawa - menteri
Susulan kejadian itu, sembilan pegawai polis, termasuk ketua timbalan suruhanjaya polis Addis Ababa, ditahan yang menurut pihak berkuasa penahanan tersebut atas sebab keselamatan.