Pasukan SAR hari ini dikerahkan ke sekitar kawasan pergunungan di kawasan pedalaman kepulauan Papua di mana dipercayai menjadi lokasi nahas pesawat Trigana Air berpandukan maklumat orang kampung yang mendakwa telah menemui bangkai pesawat malang itu.
Pesawat tersebut pada awalnya dilaporkan hilang hubungan dengan menara kawalan trafik bersama 54 penumpang sebelum jam 3 petang waktu tempatan pada Ahad selepas berangkat dari ibu kota wilayah Jayapura.
Kapal terbang ATR 42-300 itu membawa 44 penumpang dewasa, lima kanak-kanak dan lima krew dalam penerbangan yang dijadualkan selama 45 minit.
Bagaimanapun, ia hilang selepas 10 minit selepas meminta izin untuk terbang ke paras rendah dan mendarat.
Ia sepatutnya menuju ke Oksibil, iaitu sebuah petempatan terpencil di kawasan pergunungan selatan Jayapura.
Para pegawai rasmi memberitahu pada awalnya penduduk kampung di daerah Okbape di Papua melaporkan bahawa mereka menyaksikan pesawat itu terhempas.
Kementerian Pengangkutan kemudiannya berkata penduduk tempatan telah menjumpai bangkai pesawat berkenaan.
"Pesawat itu telah ditemui orang kampung. Menurut mereka, pesawat itu telah terhempas di kawasan pergunungan,” ujar Ketua Pengarah Pengangkutan Udara Kementerian Pengangkutan, Suprasetyo.
Usaha pengesahan maklumat sedang giat dijalankan namun masih belum ada khabar tentang nasib penumpang pesawat.
Pasukan mencari dan menyelamat, polis dan tentera akan bergegas ke tapak lokasi, kata jurucakap kementerian itu, JA Barata.
Selepas insiden tersebut, Trigana Air menghantar sebuah lagi pesawat ke sekitar kawasan berkenaan untuk mengesan pesawat malang tersebut namun cuaca buruk menggagalkan misi mengesan.
Pengarah Perkhidmatan Operasi Trigana Air Kapten Beni Sumaryanto memberitahu bahawa Oksibil merupakan kawasan pergunungan yang cuacanya sukar untuk diramal.
"Di situ, cuaca boleh secara tiba-tiba menjadi berkabus, gelap dan berangin tanpa sebarang amaran.
“Kami menganggap insiden ini disebabkan faktor cuaca, bukan terlebih muatan kerana peawat itu boleh membawa seramai 50 penumpang,” ujarnya.
AFP
Mon Aug 17 2015

pasukan mencari dan menyelamat mula meninjau kawasan nahas Trigana Air hari ini. - Foto AFP

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tangguh operasi mencari, beri ruang penduduk kampung cari Acap
Keputusan itu dibuat untuk memenuhi permintaan serta memberi ruang buat penduduk kampung meneruskan usaha pencarian Acap dengan cara tersendiri.

Pesawat Trigana Air dipercayai terhempas, pasukan SAR bergegas ke lokasi nahas
Pasukan SAR dikerahkan ke kawasan pergunungan di pedalaman Papua dipercayai lokasi nahas pesawat Trigana Air berpandukan maklumat orang kampung yang mendakwa telah menemui bangkai pesawat malang itu.