Perdana Menteri Britain David Cameron hari ini mengumumkan peletakan jawatannya selepas rakyat negara itu memilih untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).

Beliau sebelum ini memberi amaran United Kingdom akan mengalami kesan ekonomi yang teruk jika keluar dari kesatuan tersebut.

Cameron, bagaimanapun berjanji akan membantu menstabilkan keadaan dalam beberapa bulan ini sebelum pengambil alihan kepimpinan baru Oktober ini.



"Saya tidak rasa ia langkah yang tepat untuk saya terus menjadi kapten yang mengemudi negara ini ke destinasi seterusnya," katanya dalam ucapan di kediamannya di Downing Street, London pada Jumaat.

BACA: LAPOR LANGSUNG David Cameron letak jawatan

Hari ini, Rakyat UK/Britain telah mengundi untuk keluar dari EU dengan 52 peratus mengundi untuk keluar dan hanya 48 peratus memilih untuk kekal dalam pemilihan yang sengit.

Lapor BBC, dengan 374 daripada 382 wilayah mengundi telah membuat keputusan, sejumlah 16.8 juta mengundi untuk ‘keluar’ manakala 48 peratus atau 15.7 juta memilih untuk kekal.