Berbaki dua minggu sebelum tarikh akhir Britain perlu meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) secara rasmi, Perdana Menteri Boris Johnson merayu kepada anggota Parlimen untuk menyokong perjanjian yang telah dipersetujui dengan blok itu.
Menurutnya, perjanjian yang diusahakannya itu adalah penyelesaian terbaik.
Katanya, Parlimen hanya perlu meluluskan perjanjian itu supaya Britain akhirnya boleh bergerak ke hadapan dan melupakan segala pertelingkahan akibat Brexit.
Malah, Johnson berharap perjanjian itu boleh diluluskan pada hari ini (Sabtu, 19 Okt).
"Kita mahu standard dan perlindungan paling tinggi dalam negara ini. Saya juga mahu rakan di semua pihak dalam Dewan Perwakilan ini untuk fikirkan tentang esok (Sabtu) malam, apabila kita sudah selesai dengan hal ini.
"Semua pihak akan merasa lega. Kerana, ini adalah detiknya untuk negara, dengan apa yang dilakukan, meletakkan lebih 20,000 anggota polis, memperbaiki kekurangan, melabur dalam infrastruktur dan berada pada tahap yang sama dengan seluruh United Kingdom (UK)," katanya pada Jumaat.
Parlimen akan bersidang pagi Sabtu, 19 Oktober - pertama kali sejak 3 April 1982 apabila ia membincangkan pencerobohan Argentina ke atas Kepulauan Falkland.
Johnson akan membuat pernyataan kepada penggubal undang-undang, disusuli perbahasan dan kemudian undian.
Perbahasan itu pada asalnya dijadualkan berlangsung selama 90 minit, tetapi kini tidak lagi ditetapkan had waktu.
Keputusan muktamad usul tersebut dijangka menepati sebahagian kriteria bagi mengesahkan perjanjian keluar EU.
Undang-undang kemudiannya perlu diluluskan pada 31 Oktober untuk menyelesaikan ratifikasi tersebut.
Di bawah perjanjian itu, Ireland Utara akan kekal di bawah kesatuan kastam yang sama.
Namun, masih ada beberapa barangan perlu melalui pemeriksaan kastam sebelum memasuki Ireland dan Britain.
Parti Konservatif yang dipimpin Johnson hanya memegang 288 kerusi daripada 650 kerusi di Dewan Perwakilan.
Ini bermakna, Johnson memerlukan sokongan daripada parti lain dan Ahli Parlimen bebas untuk mendapat mandat meluluskan perjanjian.
Astro Awani
Sat Oct 19 2019
Parlimen Britain akan bersidang pada Sabtu untuk membahaskan perjanjian Brexit yang diusulkan Perdana Menteri Boris Johnson. (Foto AP)
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.
Peruntukan tambahan untuk tingkat kompetensi bakal disalur kepada 28 kementerian - KPPA
Peruntukan tambahan berjumlah RM56 juta untuk latihan penjawat awam bagi peningkatan kompetensi dalam tujuh bidang tujahan baharu akan mula disalurkan kepada 28 kementerian dalam masa terdekat.
Tak sedar aksi dirakam, penyampai BBC mohon maaf kepada penonton
Seorang penyampai berita saluran BBC memohon maaf atas selepas tidak sengaja menunjukkan jari tengah ketika mula bersiaran di televisyen.
Parlimen Britain sahkan laporan Boris Johnson berbohong
Ini sekaligus memberikan satu lagi tamparan kepada kerjaya politik bekas Perdana Menteri itu.
Boris Johnson didapati bersalah kerana 'penghinaan berulang' terhadap Parlimen
Siasatan mendapati bekas perdana menteri Britain Boris Johnson "berulang kali menghina" Parlimen berikutan penafiannya mengenai skandal "partygate".
Boris Johnson letak jawatan sebagai ahli parlimen
Bekas Perdana Menteri itu akui sedih apabila mengambil keputusan letak jawatan.
Kerajaan Britain diberi lebih masa serah mesej WhatsApp Boris Johnson
Hakim memberi tempoh sehingga Khamis, menyerahkan mesej dari aplikasi WhatsApp dan diari Johnson sebagai sebahagian daripada siasatannya.
Pengerusi BBC letak jawatan selepas laporan beliau terlibat dalam pinjaman untuk Boris Johnson
Pengerusi BBC Britain meletak jawatan pada Jumaat berikutan laporan yang mendapati beliau melanggar kod kerajaan.
'Tiada bukti saya mengelirukan Parlimen' - Boris Johnson
Boris Johnson menafikan beliau sengaja mengelirukan Dewan Rakyat dalam skandal parti di pejabat Downing Street.
Boris Johnson dipilih bertanding di Uxbridge, bagi pilihan raya umum akan datang
Pilihan raya umum akan datang di United Kingdom dijangka berlangsung selewat-lewatnya pada Januari 2025.
PM UK: Boris Johnson tarik diri, Rishi Sunak calon kegemaran
Percubaan kali pertama Sunak ialah pada musim panas lalu berikutan peletakan jawatan Johnson, tetapi kalah kepada Liz Truss, yang meletak jawatan Khamis lalu.
Boris Johnson tidak akan sertai perlumbaan jadi PM
Beliau memutuskan bahawa ia adalah satu keputusan yang tidak wajar untuk berbuat demikian pada masa ini.