Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-ocha, yang dikenali dengan sifat tegas dan adakalanya boleh melenting secara tiba-tiba, telah melaksanakan satu taktik unik untuk mengelakkan diri daripada menjawab soalan yang tidak disenangi daripada wartawan.
Jeneral tentera itu akan meninggalkan sekeping kadbod imej dirinya dengan saiz sebenar untuk wartawan yang mahu bertanyakan soalan, lapor Reuters.
Tindakan itu bagaimanapun dikritik oleh badan hak asasi, Human Rights Watch, yang menyifatkan ketua junta tentera itu membelakangkan kritikan media, apatah lagi ketika demokrasi negara itu masih belum pulih sepenuhnya sejak tahun 2014.
Sebanyak 17 kadbod Prayuth dilihat didirikan di sekitar halaman bangunan kerajaan, masing-masing dengan gaya berbeza termasuk dengan pakaian sukan, sut rasmi dan persalinan tradisional Thai.
Pada Isnin, Prayuth memberi ucapan ringkas di pejabat rasmi sebelum kadbodnya – dengan imej memakai sut dan tali leher - dikeluarkan ‘sebagai ganti’.
Prayuth, yang dikenali dengan cara bergurau yang aneh, kemudian memberitahu wartawan untuk bertanyakan soalan kepada kadbod itu.
"Tanya kepada dia,” ujarnya sambil menunjukkan kadbod tersebut.
Tindakan Prayuth itu tidak banyak didedahkan di media, namun Human Rights Watch berkata, ia menambah senarai reaksi Prayuth yang kurang wajar kepada wartawan.
Prayuth sebelum ini kerap bercakap tanpa mengikut skrip, dan beberapa ulasannya juga kedengaran menjengkelkan.
Pada 2015, dia pernah memberi amaran kepada wartawan bahawa dia memiliki kuasa untuk menjatuhkan hukuman bunuh kepada wartawan. Dalam satu kes lain, dia pernah membaling kulit pisang kepada wartawan.
Agensi
Tue Jan 09 2018
Sebahagian daripada kadbod PM Thailand yang sedia didirikan di lokasi tertentu sekitar pejabat kerajaan. - Reuters
Pemuda tanam ubi kayu 200 tan bekalan musim banjir
Muhammad Azizan Mat Zin, 31, berkata beliau menjangkakan keseluruhan tanamannya itu akan mengeluarkan hasil lebih 200 tan ubi kayu.
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Negara barat usah ajar dunia Islam erti demokrasi, hak asasi - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan negara barat tidak perlu mengajar dunia Islam mengenai makna demokrasi, hak asasi dan kemampanan pembangunan.
Pilihan Raya UK: Parti Buruh diramal tewaskan Parti Konservatif pimpinan Sunak
Ramalan itu menganggarkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif.
[KOLUMNIS] Kontrak sosial: Antara polemik dan tanggungjawab
Tanggungjawab dalam menjayakan agenda kontrak sosial perlu dipenuhi oleh semua warganegara Malaysia.
AS kenakan larangan perjalanan terhadap dua tentera Rusia
Kerajaan Amerika Syarikat mengenakan larangan perjalanan ke atas dua pegawai tentera Rusia yang dituduh "terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia" di timur Ukraine.
Myanmar terus dibelenggu keganasan - Ketua Hak Asasi PBB
Volker Turk berkata: "tidak dapat dibayangkan bagaimana rakyat Myanmar mampu menghadapi penderitaan yang berterusan."
Kerajaan harus berhati-hati, elak khilaf politik ketika laksana agenda pembaharuan - PM
Kerajaan harus berhati-hati bagi mengelak daripada melakukan 'kesilapan politik' dalam melaksanakan agenda pembaharuan berkaitan isu hak asasi manusia.
Pencabulan hak asasi: EU laksana sekatan baharu ke atas junta Myanmar
Kesatuan Eropah (EU) melaksanakan pakej sekatan keenam terhadap junta tentera Myanmar kerana pencabulan hak asasi manusia.
Akta Kerja: Majikan perlu tambah baik hak pekerja
Tanpa mengira gaji seseorang, hak untuk hari rehat, cuti umum dan waktu kerja tertentu harus menjadi hak asasi setiap pekerja.
'Lockdown' akibat COVID-19: Protes memuncak di Shanghai, merebak ke bandar lain
Gelombang tentangan awam kini dilihat semakin besar di China, malah yang paling ketara sejak Presiden Xi Jinping berkuasa sedekad lalu.
Malaysia cadang ASEAN ubah sikap lebih tegas hadapi isu kemanusiaan di Myanmar - Saifuddin
Telah lebih setahun konsensus dicadangkan kepada Myanmar namun jumlah kematian, kemusnahan, insiden-insiden bersenjata, semakin bertambah.