Polis sedang menyiasat punca berlakunya suasana panik di stesen kereta api bawah tanah Oxford Street pada Jumaat yang kini dipercayai tercetus akibat satu pergaduhan.
Beberapa saksi memberitahu terlihat dua kumpulan lelaki bertembung di platform yang sesak dengan orang ramai ketika kejadian.
Ahli farmasi Alyssa Puddle, 25, berkata pergaduhan itu telah menyebabkan orang ramai panik dan bertempiaran lari.
"Saya berada di platform menunggu kereta api, dan keadaan sesak. Saya nampak sekumpulan 20 lelaki dari satu arah dan dua lelaki lain dari arah bertentangan,” kata Puddle sepertimana dipetik portal Mirror.
"Mereka bertembung dan pergaduhan tercetus daripada itu. Disebabkan keadaan begitu sibuk, orang ramai saling tolak menolak dan terperangkap dalam pergaduhan yang menjadi semakin besar itu,” katanya lagi.
Sementara itu, seorang lagi saksi Regan Warner berkata dia nampak seorang lelaki bertembung dengan lelaki lain di platform yang sesak itu pada jam 4.35pm.
"Mereka bertengkar, tumbukan dilepaskan ke perut, kemudian bertukar menjadi pergaduhan besar," kata Warner.
"Orang ramai berteriak cuba menenangkan mereka. Mereka bertempiaran lari, seorang wanita pengsan, kanak-kanak ketakutan dan menangis.
"Butang kecemasan ditekan. Pergaduhan berakhir dan kedua-dua kumpulan berjalan ke arah berlawanan," katanya lagi.
Dilaporkan 16 orang dikejarkan ke hospital akibat cedera ringan dengan seorang daripadanya mengalami trauma teruk pada kaki.
Pihak berkuasa pengangkutan London dalam pada tu mengesahkan Stesen Kereta Api Oxford Circus kini dibuka semula.
Stesen berkenaan ditutup petang Jumaat selepas amaran keselamatan besar-besaran dikeluarkan.
Penutupan stesen dibuat selepas polis menerima laporan berlakunya insiden tembak menembak di Oxford Circus yang menyebabkan situasi panik di kawasan berkenaan.
Namun polis mengesahkan tidak menemui suspek atau bukti tembakan dilepaskan di kawasan itu.
Astro Awani
Sat Nov 25 2017

Polis sedang menyiasat punca berlakunya suasana panik di stesen kereta api bawah tanah Oxford Street pada Jumaat yang kini dipercayai tercetus akibat satu pergaduhan. -Gambar fail

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

SPRM akan panggil semula Ismail Sabri bantu siasatan - Sumber
SPRM akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Muhamad Farkhan kecewa dituduh terlibat atur perlawanan
Petinju Muhamad Farkhan Mohd Haron kecewa dengan tuduhan sesetengah pihak menyatakan perlawananan terakhirnya menentang Jaskaran Singh dari India adalah perlawanan yang diatur.

Polis tahan 11 individu disyaki terlibat rusuhan semasa perlawanan tinju
Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah.
AWANI Ringkas: Pertambahan ahli KWSP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Guru didakwa jalin hubungan dengan murid Tahun Enam
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Dengkil disiasat polis selepas didakwa menjalin hubungan dengan anak muridnya.
Sambutan pertama ramadan di Indonesia
Indonesia mula berpuasa pada Sabtu

Kursus AI untuk pemimpin masyarakat akan dilaksanakan di Petra Jaya - Fadillah
Kursus kecerdasan buatan (AI) melibatkan pemimpin masyarakat dari kawasan Petra Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ramadan di Gaza suram, dibelenggu duka kehilangan insan tersayang
Ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang.

Polis siasat dakwaan pergaduhan punca insiden panik di Oxford Street
Beberapa saksi memberitahu terlihat dua kumpulan lelaki bertembung di platform yang sesak dengan orang ramai ketika kejadian.