Polis United Kingdom memaklumkan telah menemui 39 mayat dalam sebuah lori kontena di Essex, England.

Lapor BBC, pihak polis sebelum itu telah menerima satu panggilan dari unit ambulans sekitar 1.40 pagi waktu tempatan.

Ia selepas penemuan mayat terbabit di Waterglade Industrial Park di Eastern Avenue, Grays.

Pemandu lori terbabit telah ditahan.

Lelaki berusia 25 tahun itu dilaporkan berasal dari Ireland Utara dan ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh.

Laporan awal mengatakan mayat terdiri daripada 38 orang dewasa dan seorang remaja. - Foto AP


Laporan awal mengatakan mayat terdiri daripada 38 orang dewasa dan seorang remaja.

Lori terbabit dikatakan tiba dari Bulgaria dan memasuki negara itu melalui Holyhead pada Sabtu.

Lori terbabit dikatakan tiba dari Bulgaria dan memasuki negara itu melalui Holyhead pada Sabtu. - Foto AP
Menurut jurucakap polis, Supt Andrew Mariner, pihaknya sedang mengenal pasti identiti mayat namun berkata proses itu akan mengambil masa yang panjang.

Siasatan lanjut sedang dijalankan.