Netizen di Paris menggunakan hashtag #PorteOuverte untuk kongsi maklumat tempat perlindungan yang selamat susulan insiden serangan di bandar raya Paris, Perancis yang mengorbankan lebih daripada 120 nyawa.

Porte Ouverte bermaksud ‘Buka Pintu’ dan digunakan bagi mereka yang boleh menempatkan orang awam yang mencari tempat yang selamat untuk tidur atau rehat.

Ia mula trending beberapa minit selepas kejadian mula dilaporkan di media massa tempatan.

BACA: Serangan bersiri Paris: Apa yang diketahui setakat ini

Lapor Reuters, hampir 400,000 tweets telah dikongsi menerusi hashtag berkenaan.

Akaun @PorteOuverteFRA turut diwujudkan agar hanya maklumat yang penting sahaja dikongsi.







Insiden berkenaan mengorbankan lebih daripada 120 nyawa dan berlaku di enam lokasi yang berbeza.

Reuters melaporkan bahawa militan IS telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya bertanggungjawab dalam serangan berkenaan