Setakat ini, sekurang-kurangnya 129 disahkan maut dalam insiden yang berlaku di enam lokasi berbeza itu.
Di laman sosial, hashtag #prayforparis menjadi trending, dengan netizen khususnya penduduk bandaraya itu berkongsi rasa terkejut dan perkembangan semasa situasi di sana.
Seorang anggota polis Perancis membantu salah seorang mangsa serangan yang cedera di luar dewan teater Bataclan. - Foto REUTERS/Philippe Wojazer
FOTO ALBUM: Serangan bersiri di Paris, sekurang-kurangnya 129 maut
Bagaimanapun, ada kalangan netizen yang mula menyedari bahawa Perancis bukan satu-satu negara yang menjadi mangsa keganasan.
Malah, setiap tahun, setiap bulan, setiap hari ada negara lain seperti Lubnan, Syria, Palestin dan Kenya yang menjadi mangsa serangan keganasan.
Menurut seorang pengguna Twitter, Mia113M, serangan Paris adalah satu jenayah besar tetapi membunuh beribu-ribu di Syria juga merupakan satu dosa yang lebih besar.
Ada yang berkata beribu-ribu nyawa turut terkorban dalam bencana alam seperti gempa bumi.
Pada 13 November, bukan sahaja serangan tembakan bersiri di Paris mengejutkan dunia, tetapi insiden lain turut berlaku di beberapa negara seperti Jepun, Mexico, Iraq dan Lubnan pada hari yang sama.
Di Jepun, satu gempa bumi berukuran 7.0 magnitud menggegarkan pesisir barat daya Jepun.
Manakala di Beirut, Lubnan sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh dalam dua serangan bom bunuh diri ISIS.
Di Baghdad, Iraq pula, kira-kira 19 orang terbunuh dalam satu serangan bom bunuh diri di sebuah masjid.
Susulan pelbagai insiden global ini, kini media sosial dibanjiri dengan hashtag #PrayForTheWorld.
Netizen kini tidak hanya berkongsi rasa sedih terhadap insiden serangan Paris tetapi berharap seluruh dunia dapat mendalami keamanan dan sikap persaudaraan.
Mereka turut berdoa untuk dunia yang lebih sejahtera serta bebas dari bencana alam dan keganasan.
FOTO ALBUM: Serangan bersiri di Paris menjadi tajuk utama akhbar seluruh dunia