Proses peralihan kuasa di Afrika Selatan hampir pasti akan berlaku dengan pengunduran Presiden Jacob Zuma.
Naib Presiden Cyril Ramaphosa mengesahkan dalam proses rundingan langsung dengan Zuma berhubung peralihan berkenaan.
Kenyataan ini adalah yang pertama mengesahkan Zuma bakal berundur, sejak tuntutan supaya beliau meletak jawatan sebelum ini.
Ramaphosa yang kini mengetuai parti pemerintah ANC memaklumkan beliau dan Zuma sudah mencapai persetujuan mengenai kaedah terbaik menyelesaikan krisis politik di negara itu.
Zuma, berusia 75 tahun berdepan dakwaan rasuah selepas sembilan tahun memegang tampuk kuasa.
Beliau berdepan tekanan supaya meletak jawatan sejak Disember lalu, selepas berlaku proses peralihan kepimpinan dalam parti ANC yang menyaksikan Ramaphosa menggantikan kedudukan beliau.
Ramaphosa dalam pada itu menyifatkan rundingan langsung dengan Zuma sebagai satu peluang untuk mencapai persetujuan tanpa menggugat kestabilan politik.
BACA: ANC tangguh mesyuarat, Presiden Jacob Zuma masih selamat
ANC sebelum ini memaklumkan pertemuan dengan Zuma membuahkan hasil dan rundingan berakhir dengan keputusan konstruktif.
Parti itu menunda mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti, yang mempunyai kuasa menentukan kedudukan Zuma ke 17 Februari depan.
Parti pembangkang bagaimanapun menuntut supaya parlimen mengadakan usul undi tidak percaya terhadap Zuma.
Parlimen pada Selasa menangguhkan ucapan tahunan presiden, atas alasan wujud gangguan tertentu.
Agensi
Wed Feb 07 2018

Naib Presiden Cyril Ramaphosa mengesahkan dalam proses rundingan langsung dengan Zuma (gambar) berhubung proses peralihan kuasa. - REUTERS/Fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

RWC 2019: Springboks mara ke suku akhir
Afrika Selatan menghuni tangga pertama Pool B selepas membelasah Kanada 66-7 dalam perlawanan Piala Dunia Ragbi 2019.

Presiden Afrika Selatan sedia berundur
Naib Presiden Cyril Ramaphosa mengesahkan Presiden Jacob Zuma setuju melakukan proses peralihan kuasa untuk menyelesaikan krisis politik negara itu.

18 maut, kereta api rempuh trak di Afrika Selatan
Nahas berlaku selepas trak berkenaan gagal berhenti ketika cuba melalui satu lintasan kereta api, menyebabkan ia dirempuh kereta api penumpang berkenaan.