Sekurang-kurangnya 70 orang dikhuatiri maut dalam serangan gas kimia di bandar Douma yang ditawan pemberontak di Timur Ghouta, Syria, pada lewat Sabtu.
Ramai dalam kalangan mangsa merupakan wanita dan kanak-kanak yang meninggal dunia akibat komplikasi pernafasan.
Beberapa badan aktivis di Syria melaporkan gas tersebut dilepaskan menerusi udara dengan menggunakan helikopter.
Kejadian ini mencetuskan kemarahan dunia tatkala kerajaan Syria nafi bertanggungjawab ke atas serangan gas kimia tersebut.
Kerajaan Syria juga menuduh pemberontak di Douma menyebarkan berita palsu tersebut.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menerusi satu entri di laman Twitter mendakwa Presiden Rusia Vladimir Putin yang bersekongkol dengan dengan Presiden Syria Bashar al-Assad terlibat dalam serangan itu.
Tuduhan turut dilemparkan kepada Iran yang didakwa menyokong perlakuan yang tidak berperikemanusiaan ini.
Trump juga mendakwa bahawa kawasan serangan telah dikepung oleh tentera Syria menyebabkan akses bantuan tidak dapat disalurkan kepada mangsa yang terlibat.
Justeru gesaan dibuat kepada pihak tentera Syria untuk membuka laluan bagi membolehkan bantuan antarabangsa disalurkan kepada kawasan dan mangsa terjejas.
Agensi
Sun Apr 08 2018

Seorang bayi kelihatan menangis susulan serangan yang didakwa gas kimia dipercayai terjadi di Douma, Syria, dalam imej pegun video yang diperolehi REUTERS pada 8 April, 2018. White Helmets/Reuters TV via REUTERS

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Tentera Rusia dakwa temui makmal senjata kimia di Douma
Alexander Rodionov berkata, pakar menemui klorin dan komponen utama yang digunakan untuk menghasilkan gas mustard di makmal pemberontak di Douma.

AS sedia serang sekali lagi
Amaran tersebut dikeluarkan selepas operasi ketenteraan membabitkan AS, Britain dan Perancis melancarkan serangan peluru berpandu yang mendakwa berjaya mengenai tiga sasaran.

Guterres khuatir dengan dakwaan terdapat penggunaan senjata kimia di Syria
Setiausaha agung itu amat bimbang dengan keganasan intensif dan berulang yang berlaku di Douma dalam tempoh 36 jam terakhir selepas berada dalam keadaan tenang.

Tentera Bashar rampas bantuan perubatan PBB
Persetujuan yang dicapai Ahad lalu dicabuli apabila lebih 70 peratus bantuan bekalan perubatan dipunggah dan dikeluarkan daripada konvoi ke Timur Ghoutah.