Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh manakala lebih 40 lagi cedera apabila seorang penyerang bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah kelab hiburan di Istanbul ketika pengunjung sibuk meraikan sambutan tahun baharu.
Penyerang itu pada awalnya menembak seorang anggota polis dan seorang mangsa lain di pintu masuk kelab Reina, sebelum memasukinya lantas melepaskan tembakan seterusnya.
Kelab tersebut terletak di pesisiran Selat Bosphorus di daerah Ortakoy, iaitu sebuah kawasan kosmopolitan yang banyak menempatkan kelab hiburan, restoran dan galeri seni.
“Seorang pengganas dengan senjata laras panjang menembakkan peluru ke arah orang yang tidak bersalah, yang berada di situ cuma untuk menyambut kedatangan tahun baharu serta bergembira,” ujar Gabenor istambul Vasip Sahin.
Kira-kira 500 hingga 600 orang dianggarkan berada di dalam kelab tersebut sewaktu insiden berlaku pada jam 1.15 pagi waktu tempatan.
Terdapat juga pengunjung kelab yang cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam air Selat Bosphorus, sebelum diselamatkan pihak polis.
Puluhan ambulans dan kenderaan polis digegaskan ke kelab tersebut.
Reina merupakan antara kelab hiburan paling popular di Istanbul dalam kalangan orang tempatan dan juga pelancong asing.
Turki sejak beberapa bulan lalu berdepan dengan siri ancaman keselamatan yang dilaporkan berpunca daripada kumpulan militan Daish dan juga Kurd.
Agensi
Sun Jan 01 2017
Pasukan polis mengawal keadaan di lokasi kejadian sekitar kelab Reina. - Foto Reuters
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
Suspek serangan kelab malam di Istanbul Turki mengaku bertanggungjawab
Suspek lelaki yang disyaki menjadi dalang insiden letupan di sebuah kelab malam di Istanbul Turki yang meragut 39 nyawa pada malam tahun baharu telah mengaku bertanggungjawab.
Perdana Menteri terkejut berhubung insiden serangan di Istanbul
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut berhubung insiden serangan di Istanbul, Turki yang mengorbankan sekurang-kurangnya 39 orang.
Puluhan terbunuh dalam serangan bersenjata di kelab hiburan Istanbul
Seorang penyerang bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah kelab hiburan di Istanbul ketika pengunjung sibuk meraikan sambutan tahun baharu.