Pemilihan Charles dibuat selepas bapa Meghan, Thomas Markle terpaksa menarik diri di saat-saat akhir berikutan masalah kesihatan.
"Meghan Markle telah memohon jasa baik Putera Charles untuk mengiringinya pada majlis perkahwinan yang bakal berlangsung di Quire of St George's Chapel itu," menurut satu kenyataan dikeluarkan pejabat Harry, di Istana Kensington.
“Prince of Wales (Putera Charles) bersetuju untuk mengalu-alukan kehadiran Markle ke dalam keluarga diraja dengan mengiringi Markle (pada majlis itu),” tambah kenyataan itu lagi.

Thomas Markle menarik diri dari menghadiri majlis perkahwinan itu selepas dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan jantung awal minggu ini.
Markle dalam satu kenyataan sebelum ini turut mengesahkan, bapanya tidak dapat hadir.

Sementara itu, ibu Markle bakal menghadiri satu majlis minum the bersama nenda Harry, Permaisuri Elizabeth pada Jumaat.
Perkahwinan Harry-Markle dijangka ditonton oleh jutaan pengikut keluarga diraja Britain dari seluruh dunia.