Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn menaiki takhta pada Khamis selepas menerima jemputan secara rasmi daripada Dewan Perundangan Kebangsaan (Parlimen) untuk menjadi Raja Thailand yang baharu.
Putera Mahkota itu, 64, kini bergelar Raja Rama X atau Raja ke-10 Dinasti Chakri, menggantikan ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej, 89, yang mangkat genap 50 hari lalu pada 13 Oktober.
Gelaran baru secara rasmi baginda ialah Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun, menurut kenyataan oleh Jabatan Perhubungan Awam.
"Beta menerima jemputan itu untuk memenuhi hasrat mendiang Raja dan bagi manfaat semua rakyat Thailand," titahnya ketika menerima jemputan daripada Parlimen untuk menjadi Raja.
Pengangkatan baginda menaiki takhta secara rasmi disempurnakan selepas menerima jemputan yang disampaikan oleh Parlimen untuk baginda diisytiharkan sebagai Raja yang baharu pada istiadat penghadapan Khamis malam, kata Presiden Parlimen Pornpetch Witchitcholchai dalam ucapan menerusi televisyen semalam.
Turut hadir pada istiadat itu yang berlangsung di Dewan Ampornsathan dan disiarkan menerusi stesen-stesen televisyen negara itu, ialah Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha, pemangku raja yang juga bekas Ketua Majlis Penasihat Raja, Jen Prem Tinsulanonda dan Hakim Mahkamah Agung Weeraphol Tangsuwan.
Dalam ucapannya yang disiarkan menerusi televisyen, Prayut mengisytiharkan bahawa Thailand mempunyai seorang raja baharu menggantikan mendiang Raja Bhumibol Adulyadej dan pemerintahannya bermula pada 13 Oktober, hari ayahandanya, Raja Rama ke-9 mangkat.
Istiadat penghadapan pada Khamis untuk secara rasmi menjemput Putera Mahkota menjadi Raja baharu ialah susulan sesi khas Parlimen dua hari lepas apabila parlimen mengandungi 250 anggota mengesahkan pengangkatan baginda untuk menaiki takhta menurut perlembagaan.
Parlimen mengesahkan pengangktan Putera Mahkota sebagai raja selepas kabinet yang dipengerusikan oleh Prayut mengeluarkan pemberitahuan secara rasmi mengenai pengangkatan baginda menaiki takhta susulan mesyuarat khas di Rumah Kerajaan.
Istiadat pertabalan rasmi Raja Rama X dijangka diadakan selepas upacara kremasi diraja, mungkin lewat tahun depan, menurut Prayut.
Raja baharu itu, yang diputerakan pada 28 Julai, 1952 di Ambara Villa, Bangkok ialah yang kedua daripada empat cahaya mata mendiang Raja Bhumibol dan Permaisuri Sirikit, dan satu-satunya putera tunggal.
Baginda telah dinamakan oleh mendiang Raja Bhumibol sebagai pewaris takhta pada 28 Disember 1972 ketika berusia 20 tahun.
Raja Rama X mendapat pendidikan peringkat rendah di Sekolah Chitralada di Bangkok dan kemudian melanjutkan pengajian di kolej swasta di United Kingdom dan Australia.
Oleh kerana mempunyai minat yang mendalam dalam hal ehwal ketenteraan, baginda memasuki dan lulus dari Royal Military College of Duntroon di Canberra dan New South Wales University dalam jurusan pengajian ketenteraan.
Sebagai seorang pegawai tentera dengan Tentera Diraja Thai sejak 1975, baginda juga menjalani latihan bersama-sama anggota tentera dari Australia, Britain dan Amerika Syarikat.
Menurut media tempatan, pada tahun-tahun 1970-an sebagai pegawai muda tentera dalam Tentera Diraja Thailand, baginda sendiri mengetuai kempen menentang komunis di bahagian Utara dan Timurlaut negara itu.
Baginda juga ialah seorang juruterbang yang berkelayakan dan mampu menerbangkan jet pejuang serta pesawat pengangkut. -- Bernama
Bernama
Thu Dec 01 2016
![Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn ialah Raja Thailand yang baharu Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn ialah Raja Thailand yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/71480609743_MahaVajiralongkorn.jpg)
Gelaran baru secara rasmi baginda ialah Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun. - Foto AFP
![Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738213206_JordanHospital.jpg)
Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza
Langkah ini merupakan sebahagian daripada respons kemanusiaan Jordan terhadap krisis di Gaza.
![Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui? Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739327507_GajiMinimum.jpg)
Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?
Pasaran kerja Malaysia semakin dinamik, namun cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan, hala tuju pendidikan, dan kebergantungan kepada pelaburan asing terus memberi kesan kepada golongan muda.
“Tidak ada diskrminasi sama ada wanita mahupun lelaki” - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan berkata kenaikkan pangkat anggota wanita terbuka berdasarkan keupayaan dan peningkatan pengetahuan yang akan memberi jaminan kepada peningkatan dalam tugas dan juga pangkat anggota wanita tersebut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739329199_ATM.jpg)
Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.
![PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739327892_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac
Penyampaian perkhidmatan menggunakan sistem tersebut perlu dipercepatkan agar rakyat dapat segera menikmati manfaat.
Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,550 orang
Timbalan Menteri Pertahanan berkata Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,950 orang sehingga 31 Dis 2024
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736749898_KPMjpg.jpg)
Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.
“Bukan kita tiada laporan, kita baru lancar”-Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata akan sediakan laporan MOSTI selepas setahun pelancaran Dasar inovasi sosial.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738746504_AnwarIbrahim.jpg)
Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar
Anwar berkata perkara berkenaan perlu dibawa kepada pengetahuan Jemaah Menteri terlebih dahulu sebelum keputusan mengenainya dibuat.
“Menggalakkan inovator ambil Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM)”- Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkongsi beberapa intervansi yang dicadangkan bagi mengatasi cabaran awal yang dikenal pasti.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Raja Thailand perkenan kabinet baharu PM Paetongtarn Raja Thailand perkenan kabinet baharu PM Paetongtarn](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723964924_TBTHAIPM.jpg)
Raja Thailand perkenan kabinet baharu PM Paetongtarn
Baginda melantik 35 menteri kabinet yang dipilih oleh Paetongtarn, termasuk enam timbalan perdana menteri serta menteri lain, selepas diperkenan sebagai perdana menteri baharu.
![Thaksin Shinawatra tidak risau tentang pertuduhan kes jenayah terhadapnya Thaksin Shinawatra tidak risau tentang pertuduhan kes jenayah terhadapnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724071101_TBThaksinShinawatra.jpg)
Thaksin Shinawatra tidak risau tentang pertuduhan kes jenayah terhadapnya
Thaksin dan penyokongnya berpegang teguh kepada pendapat mereka bahawa kesemua pertuduhan terhadapnya adalah bermotifkan politik.
![Raja Thailand perkenan Paetongtarn Shinawatra sebagai perdana menteri Raja Thailand perkenan Paetongtarn Shinawatra sebagai perdana menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723802552_PaetongtarnShinawat.jpg)
Raja Thailand perkenan Paetongtarn Shinawatra sebagai perdana menteri
Paetongtarn, 37, menerima perkenan diraja secara bertulis daripada Raja Maha Vajiralongkorn dalam satu majlis di ibu pejabat Pheu Thai pada pagi Ahad, dua hari selepas dipilih oleh parlimen.
![Raja Thailand kurangkan hukuman penjara Thaksin kepada setahun Raja Thailand kurangkan hukuman penjara Thaksin kepada setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693560803_TBThaksinShinawatra.jpg)
Raja Thailand kurangkan hukuman penjara Thaksin kepada setahun
Raja Maha Vajiralongkorn perkenan mengurangkan hukuman penjara Thaksin Shinawatra daripada lapan tahun kepada setahun.
![Akademi Diraja Chulabhorn Thailand akan beli vaksin COVID-19 alternatif Akademi Diraja Chulabhorn Thailand akan beli vaksin COVID-19 alternatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621857851_Vaksinator.jpg)
Akademi Diraja Chulabhorn Thailand akan beli vaksin COVID-19 alternatif
Pengumuman di Royal Gazette pada Selasa ditandatangani oleh adik bongsu Raja Maha Vajiralongkorn, Puteri Chulabhorn.
![Raja Thailand panggil ulama Islam doa 'tolak COVID-19', tular tapi tidak benar Raja Thailand panggil ulama Islam doa 'tolak COVID-19', tular tapi tidak benar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61612580598_RAJATHAILANDDOA.jpg)
Raja Thailand panggil ulama Islam doa 'tolak COVID-19', tular tapi tidak benar
Video itu sebenarnya menunjukkan Raja Maha Vajiralongkorn dan Ratu Suthida mempengerusikan pertandingan membaca al-Quran tahunan pada tahun 2020.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51604068023_BAP.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Raja Thailand paling kaya di dunia, mengatasi Raja Arab Saudi, Sultan Brunei Raja Thailand paling kaya di dunia, mengatasi Raja Arab Saudi, Sultan Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603530374_MahaVajiralongkorn.jpg)
Raja Thailand paling kaya di dunia, mengatasi Raja Arab Saudi, Sultan Brunei
Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn dilaporkan sebagai pemerintah paling kaya di dunia, mengatasi Raja Arab Saudi, Sultan Brunei dan keluarga diraja Britain.
![Protes Thailand: Siapa pilihan Berlin... pro demokasi atau pro monarki? Protes Thailand: Siapa pilihan Berlin... pro demokasi atau pro monarki?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603733153_Bangkok.jpg)
Protes Thailand: Siapa pilihan Berlin... pro demokasi atau pro monarki?
Usaha penunjuk perasaan di Bangkok memperjuangkan demokrasi diteruskan apabila mereka berarak ke konsulat Jerman, malam Isnin.
![Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Bangkok selepas PM enggan letak jawatan Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Bangkok selepas PM enggan letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603638230_Bangkok.jpg)
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Bangkok selepas PM enggan letak jawatan
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di jalan raya di Bangkok selepas Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengabaikan permintaan mereka.