Penduduk pulau ‘syurga’ peranginan Hawaii terus cemas apabila Gunung Berapi Kilauea meletus lagi pada Selasa, lantas menghamburkan gas toksik dari dua lohong baharu.
Reuters melaporkan, aktiviti terbaharu bencana raksasa itu memaksa pihak berkuasa dan penyelamat menggiatkan usaha membantu penduduk dari kejiranan kedua di Big Island berpindah ke lokasi lebih selamat.
Agensi Pertahanan Awam Hawaii mengeluarkan notis darurat yang menggesa penduduk Lanipuna Gardens di timur pulau itu meninggalkankediaman mereka serta-merta.
“Pemantau Gunung Berapi Hawaii mengesahkan dua lagi lohong baharu yang menghamburkan hawa panas dan gas beracun. Semua perlu berpindah sekarang,” ujar agensi itu yang tidak menolak kemungkinan muntahan lahar akan menyusul.
Sebelum ini, penduduk di Lelani Estates meninggalkan kejiranan itu yang sudah diselubungi sulfur selain terpaksa mencari jalan keluar yang selamat menerusi rangkaian jalan raya yang sudah merekah.
Lebih 35 kediaman dan banyak struktur bangunan serta harta benda lain sudah musnah dalam bencana itu akibat aliran lahar.
Seorang usahawan, David Nail, yang pernah menjual perniagaannya di Orange County, California semata-mata untuk bermastautin di Lelani Estates bersama isterinya yang mendeerita penyakit Parkinsons, kini pasrah dengan situasi.
Dia memberitahu, aliran lahar setinggi 20 kaki sudah menghalang pandangannya daripada melihat keadaan rumah mereka. Pasangan itu tidak pasti sama ada kediaman ‘syurga’ mereka sudah musnah sepenuhnya.
“Apa yang kami mampu lakukan hanyalah menangis sambil emmandang dari jauh,” kata Nail.
Setakat ini kira-kira 1,700 penduduk di Lelani Estates sudah dipindahkan, sementara Kilauea terus mengeluarkan lahar dari rekahan tanah.
Kawasan bencana semakin meluas dan pakar bimbang dengan kemungkinan aktiviti seismik yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
“Masih banyak magma di bawah tanah. Kadar seismik terus melonjak,” ujar Agensi Pertahanan Awam Hawaii, Talmadge Magno.
BACA: Letusan Gunung Kilauea: Kediaman musnah, penduduk diancam gas toksik dan aliran lahar
Agensi
Wed May 09 2018
Bagaikan raksasa, lahar pemusnah dilihat terhambur keluar dari rekahan tanah, dan mengalir turun dari lereng Kilauea. - Reuters
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Indonesia tingkatkan tahap amaran susulan letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Status aktiviti gunung berapi Gunung Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur telah dinaikkan daripada tahap III ke IV.
Amaran ribut petir di negeri utara, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir bagi tiga negeri di utara Semenanjung dan beberapa kawasan di Sarawak sehingga 1 tengah hari ini.
Taufan Oscar, ribut tropika Nadine ancam Bahamas, Cuba, Mexico
Oscar dinamakan sebagai ribut tropika pada awal pagi Sabtu dan menjelang tengah hari bertukar kepada taufan.
Ahli seismologi beri amaran kemungkinan letusan gunung berapi di Filipina
Gunung Kanlaon mengeluarkan kira-kira 10,449 tan sulfur dioksida dan merekodkan 55 gempa bumi gunung berapi dalam tempoh 24 jam lalu.
LLB beri amaran jangan hampiri pantai, R&R Bagan Ajam
Gabungan air pasang besar berserta hujan lebat dan ribut menyebabkan fenomena ombak besar yang menghempas kawasan tepi laut Pulau Pinang terutama di sekitar Pantai Bersih.
Gempa 6.9 skala Richter landa Tonga
Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter menggegarkan 72km barat Pangai, Tonga pada 12:29 waktu tempatan Isnin.
UNICEF beri amaran lonjakan kes mpox dalam kalangan kanak-kanak di Afrika
Varian clade Ib menimbulkan kebimbangan kerana berpotensi untuk merebak merentasi pelbagai lapisan, terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
4 maut, 34 cedera dalam insiden letupan ketika protes di Nigeria
Letupan itu berlaku di Maiduguri, bandar utama Borno semasa protes yang tercetus di seluruh negara.
Pasukan pengaman dan misi PBB beri amaran mengenai 'kebakaran besar' antara Israel dan Hizbullah
Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan memberi amaran pada Ahad mengenai "kebakaran besar" antara Israel dan Hizbullah susulan serangan maut di Bandar Majdal Shams di Bukit Golan yang d