Empat sekeluarga terkorban akibat terkena renjatan elektrik berkuasa tinggi ketika berada di sawah berdekatan kediaman mereka.
Keempat-empat korban terdiri daripada ayah Amaq Sanah, 60 tahun; ibu Inaq Sanah, 50 tahun; Hikmatullah, 35 tahun; dan Haeriyah, 37 tahun.
Menurut laporan portal kicknews.today, satu demi satu ahli keluarga itu terkorban dalam insiden menyayat hati yang berlaku di sini pada Isnin sekitar jam 11.30 pagi.
Insiden bermula apabila si ibu Inaq Sanah turun ke sawah miliknya bagi mencari siput untuk dijual di pasar.
Namun tanpa disedari, berlaku kebocoran arus elektrik di kawasan sawah berkenaan. Akibat terkena renjatan, Inaq Sanah terus rebah dan meninggal dunia.
Seorang saksi kejadian berkejar ke rumah mangsa untuk memberitahu keluarganya.
Anak mangsa Haeriyah yang bergegas ke lokasi meluru untuk mendekati ibunya, namun dia sendiri pula menjadi korban renjatan elektrik.
Melihat kakaknya yang rebah di samping si ibu, seorang lagi anak mangsa Hikmatullah pula turun untuk membantu, namun dia juga turut menjadi korban.
Bapa kepada kedua-dua anak itu yang bergegas menyelamatkan tiga ahli keluarganya yang rebah kemudian turut menerima nasib yang sama.
Difahamkan penduduk yang melihat kejadian terus mematikan arus elektrik setelah sedar berlakunya kebocoran di kawasan tersebut.
Mangsa dikejarkan ke pusat kesihatan masyarakat, namun gagal diselamatkan.
Polis dalam pada itu mengesahkan kejadian dan memaklumkan bahawa kes sedang disiasat.
Agensi
Tue Dec 26 2017
Empat sekeluarga terkorban akibat terkena renjatan elektrik berkuasa tinggi ketika berada di sawah berdekatan kediaman mereka. -Foto kicknews.today
Segera bina kolam bawah tanah, usah 'bazir' beri peruntukan mangsa banjir - Penganalisis
Prof Madya Ir Dr Mohd Fadhil Md Din berpandangan, ia terbukti apabila banyak projek kediaman dibangunkan tanpa ada tambahan saliran atau kolam tadahan baharu.
Kes bunuh Nhaveen: Mahkamah Rayuan arah 4 individu bela diri
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan empat individu untuk membela diri atas pertuduhan asal membunuh T. Nhaveen di Pulau Pinang tujuh tahun lepas.
AWANI 7:45 [13/1/2025] – Tidak Ada Sijil Halal | Bukit Aman Siasat KJ | JPJ Gempur Puspakom | Makin Buruk
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Jakim sahkan sandwic ham dan keju di UM tiada sijil halal
- Titah adendum: Dakwa dua menteri cuba sembunyi, polis siasat KJ
- Banyak sangat keciciran, kerajaan mahu wajibkan sekolah menengah
- Kebakaran di Los Angeles memburuk, korban meningkat ke 24 orang
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Jakim sahkan sandwic ham dan keju di UM tiada sijil halal
- Titah adendum: Dakwa dua menteri cuba sembunyi, polis siasat KJ
- Banyak sangat keciciran, kerajaan mahu wajibkan sekolah menengah
- Kebakaran di Los Angeles memburuk, korban meningkat ke 24 orang
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Kelantan peruntuk RM41 juta kepada PBT tahun ini
Kerajaan negeri memperuntukkan RM41 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) tahun ini termasuk bagi menggiatkan lagi kempen 'Kelantanku Bersih'.
ASEAN harus perkukuhkan amalan kemampanan untuk penuhi visi Komuniti ASEAN 2045 - Setiausaha Agung
ASEAN harus memperkukuhkan kepimpinan globalnya dalam amalan kemampanan untuk memenuhi agenda Wawasan Komuniti ASEAN 2045 yang dijangka akan dimuktamadkan semasa pengerusi ASEAN Malaysia tahun ini.
Gempa bumi 6.9 magnitud landa Kyushu Jepun, amaran tsunami dikeluarkan
Gempa bumi dengan magnitud awal 6.9 melanda wilayah Kyushu di selatan Jepun pada Isnin, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Cuba sogok anggota polis, SPRM tahan dua warga asing
SPRM menahan dua warga asing disyaki cuba memberi sogokan RM1,000 kepada anggota polis bagi mengelak ditahan atas kesalahan memandu motosikal tanpa lesen dan nombor plat tidak lengkap, semalam.
Hukuman khidmat masyarakat jika buang sampah merata-rata - Nga
Hukuman berbentuk khidmat masyarakat akan dikenakan terhadap individu yang didapati bersalah kerana membuang sampah merata-rata, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Thailand sokong visi "Keterangkuman dan Kemampanan" ASEAN-Malaysia 2025
Kementerian Luar Thailand menyatakan sokongan penuh terhadap Pengerusi ASEAN 2025 yang digalas Malaysia, menekankan ia sebagai tahun penting dalam proses pembinaan komuniti ASEAN.
MRO Aset, Kementerian Pertahanan kaji penggunaan pencetakan 3D
Kementerian Pertahanan sedang mengkaji penggunaan kaedah pencetakan 3D dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aset ketenteraan di seluruh negara.
Renjatan elektrik ragut satu demi satu nyawa empat sekeluarga
Namun tanpa disedari, berlaku kebocoran arus elektrik di kawasan sawah berkenaan. Akibat terkena renjatan, Inaq Sanah terus rebah dan meninggal dunia.