Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dijadual mengadakan rombakan Kabinet dan barisan kepemimpinan Parti Liberal Demokratik (LDP) pada Khamis, lapor agensi berita China Xinhua hari ini.
Rombakan kabinet itu pada ketika sokongan rakyat terhadap barisan kabinet Abe mencapai paras terendah susulan beberapa skandal berprofil tinggi
"Rombakan bertujuan membentuk barisan kepemimpinan baharu yang lebih berkaliber serta untuk mengembalikan keyakinan rakyat," katanya pada mesyuarat eksekutif LDP.
Abe sendiri turut terpalit dalam skandal menggunakan pengaruhnya untuk membantu rakan menerima projek pilihan kerajaan.
Menurut sumber, Menteri Luar Fumio Kishida bakal dilantik menjadi pemimpin LDP sementara Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Taro Aso kekal.
Turut dikhabarkan kekal dalam senarai kabinet ialah Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri, Hiroshige Seko.
Susulan perletakan jawatan Tomomi Inada sebagai Menteri Pertahanan minggu lepas, Abe dipercayai mahu jawatan itu digantikan oleh seseorang yang lebih berpengalaman iaitu Itsunori Onodera.
Menurut sumber itu lagi, Menteri Keadilan Katsutoshi Kaneda bakal digugurkan bersama dengan Menteri Pelajaran Hirokazu Matsuno dan Menteri Pembangunan Semula Wilayah Kozo Yamamoto kerana dikatakan kurang menonjol dan terbabit dalam beberapa skandal.
Sementara, laporan media tempatan pula menyebut Setiausaha Agung LDP Toshihiro Nikai dan Naib Presiden Masahiko Komura mungkin berjaya mengekalkan jawatannya sebagaimana yang dimahukan Abe.
Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga berkata pada satu taklimat media, Abe merancang "melaksanakan pelbagai dasar lebih agresif bersama dengan barisan kabinet baharu".
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2017

Susulan perletakan jawatan Tomomi Inada sebagai Menteri Pertahanan minggu lepas, Abe (gambar) dipercayai mahu jawatan itu digantikan oleh seseorang yang lebih berpengalaman iaitu Itsunori Onodera. - Gambar fail

Suri rumah tanam lebih 70 jenis sayuran beri pulangan lumayan
Dia mula mencuba nasib menjinakkan diri dalam bidang tanaman ini bagi memenuhi masa lapang ketika pelaksanaan PKP.

Stor haram sorok LPG diserbu di Selama
Sebanyak 95 unit tong gas petroleum cecair (LPG) dengan nilai dianggarkan RM8,457.60 disita dalam serbuan ke atas sebuah premis.

Wanita warga emas ditahan jadi 'transporter' seludup baju sukan bernilai RM61,000
Hasil pemeriksaan telah menemui lebih 405 helai baju sukan pelbagai jenama bernilai RM61,000 dipercayai tiruan.

PGA tumpas cubaan seludup pokok durian, laici dan longan bernilai RM1.12 juta
Rampasan membabitkan lebih 1,000 anak pokok durian 'black thorn', 8,000 pokok laici dan 5,500 pokok longan dipercayai diseludup dari Thailand.

Pemukiman Menteri Ekonomi ASEAN bermula, integrasi ekonomi agenda utama
Perbincangan turut dijangka dilatari dengan ketidaktentuan geopolitik semasa serta strategi ASEAN untuk menampan impaknya kepada pertumbuhan ekonomi serantau.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 Februari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama GeeGee Ahmad & Amirul Aiman
- Penyakit sosial berlaku kerana manusia hilang adab - Sultan Perak
- Pencarian baharu MH370 bermula di Lautan Hindi
- Siasatan rasuah, tiga bekas pegawai kanan Ismail Sabri dibebaskan
#AWANIpagi #AWANInews
- Penyakit sosial berlaku kerana manusia hilang adab - Sultan Perak
- Pencarian baharu MH370 bermula di Lautan Hindi
- Siasatan rasuah, tiga bekas pegawai kanan Ismail Sabri dibebaskan
#AWANIpagi #AWANInews

Remaja lelaki pecah rekod dunia, kuasai 400 bahasa
Perjalanan luar biasa remaja ini bermula sejak kecil dengan bimbingan daripada bapanya yang merupakan seorang pakar linguistik.

Wanita Thailand hilang lebih tiga bulan ditemui mati dibunuh
Mangsa disahkan maut akibat dibunuh dengan identitinya disahkan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Israel pertimbang lanjut gencatan senjata di Gaza
Pada masa sama, perbincangan mengenai masa depan wilayah itu masih ditangguhkan.
Pesawat terbakar, 2 penumpang cedera
Menurut Jabatan Bomba Lake Worth, pihaknya berjaya memadamkan kebakaran namun pesawat tersebut musnah sepenuhnya.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole

Tinggalkan kerjaya selesa demi dakwah Islam di bumi Jepun
Jurutera kanan di sebuah syarikat di Jepun itu sanggup meninggalkan kerjayanya yang mencecah gaji lima angka, demi menyahut seruan menyebarkan agama Islam di sana.

2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.

China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.

Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.

Jepun pertimbang terima penduduk Gaza untuk rawatan - PM Ishiba
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba, pada Isnin berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menawarkan bantuan perubatan di Jepun kepada penduduk Gaza.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

Jepun lancar Roket H3 pembawa satelit navigasi Michibiki
Jepun pada Ahad melancarkan satelit navigasi Michibiki dengan menggunakan Roket H3 No. 5 dari Pusat Angkasa Tanegashima di Wilayah Kagoshima.