Rusia mendakwa telah berjaya menguji peluru berpandu balistik rentas benua terbaharunya (ICBM), pada Jumaat apa yang disifatkan sebagai paling 'dahsyat', dari senjata 'syaitan' miliknya sebelum ini!
Kementerian Pertahanan negara itu berkata pelancaran yang dilakukan dari Plesetsk di barat laut Rusia itu bagi menguji prestasi peluru berpandu yang dinamakan Sarmat.
Sarmat bertujuan untuk menggantikan Voyevoda yang direka di zaman era Soviet dahulu,iaitu ICBM paling berat di dunia yang turut menerima jolokan peluru "syaitan".
Presiden Rusia, Vladimir Putin mendakwa tiada mana-mana negara mampu menandingi teknologi peluru berpandu terkini Rusia ketika ini.
Putin berkata Sarmat yang seberat 200 tan metrik itu mempunyai keupayaan lebih tinggi daripada Voyevoda, yang membolehkannya menyerang sasaran di mana saja di dunia.
Beliau menambah bahawa Sarmat juga membawa sejumlah besar kepala peledak nuklear, yang lebih berkuasa daripada yang ada pada Voyedova.
Beliau juga berkata ICBM baharu itu lebih pantas daripada pendahulunya, menjadikannya lebih sukar bagi musuh untuk memintasnya.
Beliau juga berkata Sarmat boleh membawa pelbagai kepala peledak yang mampu mengelakkan pertahanan anti peluru berpandu.
Bagaimanapun pihak tentera Amerika Syarikat turut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka juga mempunyai kapal terbang yang digelar "Doomsday" yang bersedia bila-bila masa untuk mengatasi dan memusnahkan peluru berpandu Rusia itu.
Agensi
Fri Mar 30 2018

Sarmat berjaya diuji untuk gantikan Voyevoda yang digelar "Syaitan".Gambar Agensi

KKM sasar turunkan prevalens bantut kepada 14.2 peratus menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk menurunkan prevalens pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun kepada 14.2 peratus menjelang 2030.
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.

Rusia kini ada Sarmat, senjata lebih 'power' dari 'syaitan'!
Presiden Rusia Vladimir Putin mendakwa dengan teknologi peluru berpandu yang dimiliki oleh Rusia ketika ini tiada mana-mana negara di dunia yang mampu memintas mereka.

Selepas 10 tahun, Jong-un akhirnya jemput Presiden Korea Selatan ke Pyongyang
Inti kandungan mesyuarat tidak dinyatakan dengan jelas tetapi ia sudah pastinya berkisar tentang hubungan diplomatik kedua-dua negara yang sebelum ini tegang.