Sebuah syarikat penyelidikan perubatan di London menawarkan ganjaran kira-kira RM38,000 kepada sesiapa yang sanggup dijangkiti koronavirus.
Ia bagi menjalankan penyelidikan dan mempercepat proses penemuan vaksin bagi COVID-19.
Lapor portal berita 9news, mereka yang berminat akan didedahkan kepada virus itu secara sengaja dan diletakkan dalam bilik berasingan di makmal selama dua minggu, serta tidak dibenarkan mengadakan hubungan fizikal dengan orang lain.
Syarikat penyelidikan yang dikenali sebagai Hvivo itu juga berkata, sukarelawan yang berminat akan diberikan diet yang terhad.
Namun, sukarelawan bagaimanapun tidak akan dijangkiti dengan SARS-CoV-2, punca penyakit COVID-19, sebaliknya hanya diberi jangkitan koronavirus 0C43 dan 229E, iaitu sejenis koronavirus yang lebih ringan.
Terdapat banyak jenis koronavirus yang direkodkan dalam penyelidikan setakat ini dan SARS-CoV-2 dikatakan antara jenis yang paling mudah berjangkit dan membunuh hidupan.
BACA: COVID-19: 2 lagi kematian di UK
Tambah Hvivo lagi, uji kaji berkenaan akan dilakukan secara berkumpulan ke atas 24 individu.
Hvivo juga menggunakan kajian kuarantin yang dikenali sebagai "FluCamp", iaitu kajian yang kerap digunakan bagi mengkaji pelbagai virus seumpamanya.
“FluCamp adalah langkah terbaik untuk menghindarkan gangguan dan lebih fokus.
“Tidak kira individu itu masih belajar, bekerja atau kedua-duanya, FluCamp akan memberikan sukarelawan kelebihan untuk dijaga dengan baik.
“Kami menggalakkan mereka yang sihat untuk menjadi sukarelawan dan menghargai usaha kami untuk mencari penawar bagi penyakit,” kata jurucakap syarikat itu.
BACA: 110,000 orang dijangkiti COVID-19 di seluruh dunia
Bagaimanapun, jelasnya, kajian ini masih belum diluluskan oleh pengawal selia penyelidikan perubatan United Kingdom.
Pakar percaya vaksin untuk COVID-19 mungkin boleh ditemukan tahun depan.
Lebih 113,000 orang di seluruh dunia telah disahkan menghidap COVID-19 dengan lebih 4,000 disahkan meninggal dunia.
Afiq Ariffin
Tue Mar 10 2020
![Saintis UK tawar RM38,000 kepada sesiapa yang rela dijangkiti koronavirus Saintis UK tawar RM38,000 kepada sesiapa yang rela dijangkiti koronavirus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41583335016_KoronavirusCovid.jpg)
Kajian itu dijalankan bagi mempercepat proses penemuan vaksin bagi COVID-19. -Gambar hiasan
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81608387912_NoorHishamAbdullah.jpg)
COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.
![Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603601255_AgongIstanaNegara.jpg)
Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara
Pertemuan itu dijangka bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.
![Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603025397_swab.jpg)
Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin.
![COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41601728772_TBRazmanZakaria.jpg)
COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup
Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.
![Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19 Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602998994_PenjaraPenang.jpg)
Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19
Pegawai wadar itu bertugas di blok baharu yang menjaga sekumpulan banduan yang dijangkiti COVID-19 sebelum ini.
![SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41602747290_SekolahTutup.jpg)
SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup
Dua buah sekolah di Masjid Tanah, Melaka diarah tutup selepas seorang pelajar dari kedua-dua sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.
![Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19 Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41602580788_COVID.jpg)
Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19
Cawangan BSN ditutup bermula hari ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh.
![Jepun tarik balik larangan perjalanan ke Malaysia, 11 negara lain Jepun tarik balik larangan perjalanan ke Malaysia, 11 negara lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-11/41573573864_Kapalaterbang.jpg)
Jepun tarik balik larangan perjalanan ke Malaysia, 11 negara lain
Sebelas negara lain termasuk China, Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan.
![Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! - Muhyiddin Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51601981174_TanSriMuhyiddinYa.jpg)
Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! - Muhyiddin
Katanya, selepas ini hukuman kompaun akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.
![COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41601974463_DatukDrNoorHisham.jpg)
COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar
Jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini ialah sebanyak 691.