SACRE bleu! Jika anda ke Paris kebelakangan ini, jangan harap berpeluang untuk berlaga pipi dengan mademoiselle yang pertama anda kenali.
Jika anda tidak ditampar; lebih malang lagi, mungkin akan dimasukkan hospital sebagai pesakit COVID-19!
Jika ke United Kingdom (UK) dan negara Jerman, sentuhan bersalaman pun sudah jarang dilakukan sebagai pembuka bicara ketika permulaan perkenalan.
Perubahan etika pertemuan sedang berlaku bukan kerana peredaran zaman peradaban Eropah, tetapi kerana virus korona yang kini menjadi wabak, menimbulkan ketakutan.
Di Perancis, kebiasaan dua orang – walaupun dalam pertemuan kali pertama, menjadi kebiasaan melakukan aks la bise atau cium laga pipi.
Setiap kali bertemu, dua warga Paris akan saling berdakapan dan melagakan pipi-ke-pipi, sekali ke kiri, dan sekali ke kanan.
Kini Menteri Kesihatan Perancis Olivier Veran menyaran agar warga Perancis berhenti aksi la bise sebagai langkah mudah menyekat penyebaran virus korona.
Saranan dibuat Veran selepas Presiden Emmanual Macron `berlaga pipi’ dua kali semasa pertemuan bersama Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte di Naples minggu lalu.
Aksi ciuman itu turut ditegur pesuruhjaya kesihatan Itali Angelo Borrelli yang mahu rakyat Itali kurangkan sebarang pendedahan kepada penyebaran virus korona.
Nampak gaya, bahana virus korona mampu meredakan kehangatan talian persahabat di dua negara Eropah yang satu dunia anggap sebagai bangsa paling romantik di planet bumi ini.
Di Jerman, tersebar luas video Menteri Dalam Negeri Horst Seehofer enggan berjabat tangan dengan Chancellor Angela Merkel.
Merkel begitu `sporting’ apabila menunjuk reaksi selamba dan menerima hakikat lebih baik tidak bersentuhan bagi mengelak sebarang jangkitan kuman.
Selain bidang politik dan diplomasi, virus korona juga ada kesan di bidang sukan dan permainan – terutama bola sepak.
Pemain pasukan West Ham dan Newcastle yang beraksi dalam Liga Perdana England turut mengambil langkah mengelak penularan COVID-19.
Mereka diarah tidak bersalaman sesama sendiri atau dengan pemain lawan.
Sebaliknya, mereka digalakkan mengguna aksi fist bump di mana tangan bergenggam dihulur dan bertemu ganti salaman.
Sementara itu, pemain pasukan kriket England yang sudah bertolak ke Sri Lanka untuk perlawanan test cricket dua negara juga mengambil keputusan tidak bersalaman sama ada dengan kawan mahupun lawan.
Sementara itu, warga Wuhan mereka teknik baharu menyapa kenalan mengganti salaman apabila bertemu.
Jika dahulu, tangan dihulur, kini kaki pula yang bersilang temu. Video menunjuk aksi sapaan yang kini diberi jolokan Wuhan Shake menjadi tular dan memberi sedikit kelegaan dalam kegusaran kalangan warga Wuhan.
Razak Chik
Tue Mar 03 2020

Ahli kabinet Jerman enggan bersalaman bagi mengelak terkena wabak COVID-19. - Foto REUTERS

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Putin nafi sengaja takutkan Merkel dengan anjingnya Koni
Anjing itu berjalan menghampiri Merkel, yang kelihatan jelas tidak selesa ketika duduk di sebelah Putin.

Bekas Canselor Jerman Angela Merkel terima anugerah tertinggi negara
Merkel memegang jawatan canselor dari 2005 hingga 2021.

Jerman hentikan operasi tiga loji nuklear terakhir
Jerman menghentikan operasi tiga loji tenaga nuklear terakhirnya pada Sabtu sebagai sebahagian daripada peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui.

Canselor Jerman: Era pemerintahan Angela Merkel tamat selepas 16 tahun
Olaf Scholz secara rasmi dilantik sebagai Canselor Jerman yang baharu pada Rabu menggantikan Angela Merkel.

COVID-19: Jerman debat isu wajibkan vaksinasi
Pada Ahad, kes jangkitan koronavirus sepanjang tujuh hari lalu di Jerman meningkat ke paras tertinggi sejak wabak itu bermula untuk hari ke-14 berturut-turut.

COVID-19: Jerman bakal kenakan peraturan baharu
Peraturan baharu itu akan dibawa ke Parlimen untuk diluluskan hari ini.

COVID-19: Angela Merkel rayu rakyat Jerman segera dapatkan vaksin
Ini kerana, kata Merkel, kadar jangkitan COVID-19 di negara itu mencecah angka baharu tertinggi dengan bilangan korban turut meningkat.

Sekatan Jerman terhadap minyak sawit berdasarkan kepada maklumat palsu
Sekatan Jerman terhadap minyak sawit adalah berdasarkan kepada maklumat palsu dan secara sengaja tidak merujuk kepada fakta alam sekitar.

Parti Canselor Angela Merkel mula kempen pilihan raya secara rasmi
Parti Kristian Demokrat (CDU) yang kini dipimpin Armin Laschet berharap dapat terus mentadbir negara selepas Merkel umum mahu mengundur diri.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.