Isteri kepada penyelam gua Chiang Rai yang terkorban sewaktu operasi menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam gua berkongsi perasaan bangga terhadap pengorbanan suaminya.
Waleepon Gunan berkata suaminya Saman Gunan sentiasa mengingatkannya untuk menghargai orang tersayang di sekeliling kerana tidak akan tahu bila mereka mungkin meninggalkan dunia ini.
BACA: Gua Tham Luang: Ini cabaran yang harus dilalui pasukan penyelam
Dalam sebuah temu ramah bersama saluran televisyen British, BBC, Waleepon berkata beliau amat terkesan dengan kematian suaminya, namun terpaksa menunjukkan kekuatan di hadapan orang ramai kerana mahu legasi suaminya terus hidup.
"Saya menahan kesedihan kerana mahu mereka tahu saya begitu bangga dengan pengorbanannya. Beliau diangkat sebagai seorang wira kerana usahanya menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap itu.
"Sebelum ini juga suami saya amat aktif dengan kerja-kerja amal dan saya mahu beliau diingati untuk khidmatnya kepada masyarakat. Dengan rasa bangga ini saya menahan kesedihan," katanya.
Saman merupakan bekas tentera laut SEAL yang sering mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dan kemasyarakatan.
Beliau terkorban sewaktu memindahkan tangki berisi oksigen dari muka gua ke lokasi kanak-kanak itu terperangkap apabila bekalan oksigennya berkurangan menyebabkan beliau pengsan dalam perjalanan.
Saman dikebumikan dengan acara terhormat yang dibiayai oleh institusi diraja Thailand di sebuah wilayah di Bot Et.
Buat masa ini, operasi mengeluarkan kanak-kanak terperangkap sudah masuk hari ketiga selepas hampir seminggu pihak berkuasa mengepam air keluar dari gua tersebut bagi mengurangkan risiko lemas sewaktu usaha mengeluarkan kanak-kanak ini berjalan.
Setakat Isnin, lapan kanak-kanak telah berjaya dikeluarkan oleh penyelam-penyelam yang terdiri daripada sukarelawan dari seluruh dunia termasuk dari United Kingdom dan Australia.
BACA: Jika 'Tuhan Hujan' bantu kita, maka misi ini akan selesai dengan cepat
Usahawan terkenal Elon Musk turut menghantar jurutera dari dua syarikatnya, the Boring Company dan Space X, untuk membantu pihak berkuasa dalam operasi tersebut sejak minggu lalu.
Pada Isnin, Musk sendiri hadir ke Thailand bagi menghantar sebuah kapal selam mini yang diciptanya khas untuk membantu proses pengeluaran kanak-kanak itu.
BACA: 'Kapal selam mini dah sampai' - Elon Musk
Agensi
Tue Jul 10 2018

Mayat Saman Gunan ketika dibawa untuk diberi penghormatan penuh di Lapangan Terbang Chiang Rai. -Reuters
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Banjir besar landa utara Thailand
Paras air banjir dilaporkan menembusi beg pasir yang menjadi penghadang ketika hujan lebat kembali melanda utara Thailand pada Khamis.

Piala Raja Thailand: Persediaan skuad Harimau Malaya untuk misi Piala AFF, Piala Asia 2023
Kejohanan itu memberi peluang kepada pasukannya untuk membina keyakinan untuk menempuh Piala AFF dan Piala Asia 2023.

Piala Raja Thailand: Pan Gon gugur Shahrul Saad
Mohd Shahrul Saad terpaksa diketepikan dari kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Piala Raja Thailand di Chiang Mai minggu depan, kerana isu kecergasan.

PM Thai Prayuth tidak akan akur desakan letak jawatan
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha berkata beliau tidak berhasrat meletak jawatan meskipun anggota Parlimen pembangkang mendesaknya supaya berundur.

Thailand tempat 'terbaik untuk bersara' di Asia
'The Land of Smiles' menduduki tempat ke-11 dengan skor purata 72.9, meletakkannya di kedudukan teratas di Asia.

Thailand: Daftar vaksin COVID-19 berpeluang dapat cabutan bertuah perhiasan emas, anak lembu
Penduduk di Mae Chaem, sebuah daerah di Chiang Mai berpeluang memenangi anak lembu jika mendaftar untuk suntikan itu.

COVID-19: Thailand catat 9,635 kes baharu, kes harian tertinggi
Thailand melaporkan 9,635 kes COVID-19 baharu, termasuk 6,853 kes melibatkan banduan, dan 25 kematian dalam tempoh 24 jam terakhir ketika kerajaan terus berusaha membendung gelombang jangkitan ketiga.

Wartawan Myanmar ditahan di Thailand, bakal diusir pulang
Mereka dibawa ke mahkamah di Chiang Mai pada Selasa tetapi kes dilaporkan ditangguh hingga 17 Mei sehingga mereka menemui peguam.

COVID-19: Thailand pertingkat pengesanan kontak selepas tiga pelanggar kuarantin diuji positif
Tiga rakyat Thailand yang memasuki negara itu secara haram dari Myanmar dan mengelak menjalani kuarantin wajib di kemudahan negara telah diuji positif kemudiannya.

Empat pelajar MRSM menang emas pertandingan robotik antarabangsa
Empat pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengharumkan nama negara apabila merangkul dua pingat emas dalam pertandingan International Robot Olympiad (IRO) 2019 di Chiang Mai, Thailand.