Sasterawan terkenal Indonesia, Sapardi Djoko Damono meninggal dunia pada jam 9.17 pagi pada Ahad, lapor CNN Indonesia.
Sapardi yang dikenali dengan sajak Hujan Bulan Juni berusia 80 tahun itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospitel Eka, Tangerang Selatan.
Wartawan veteran dan budayawan Indonesia, Goenawan Mohamad antara yang mengucapkan salam perpisahan menerusi Twitternya.
Ketua Pengarang Tempo. Arif Zulkifli turut mengucapkan salam perpisahan dan mengenang Sapardi menerusi ciapannya di Twitter.
Arif turut berkongsi bait-bait sajak karya Sapardi berjudul Pada Suatu Hari Nanti.
Terdahulu, seorang sutradara Komunitas Teater Keliling, Rudolf Puspa, dalam satu ciapan di Twitter menyatakan Sapardi jatuh sakit dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.
"Sasterawan Sapardi Djoko Damono masuk ICU di Eka Hospital. Kerja organ (fungsi) tubuh menurun. Mari kita doa kesihatannya," tulisnya.
Sapardi yang dilahirkan pada 20 Mac 1940 di Solo, Jawa Tengah itu terkenal sebagai seorang penyair besar yang banyak menyumbang karya luar biasa dalam genre puisi.
Antara karya beliau yang sangat dikenali ramai terutama khalayak sastera ialah Hujan Bulan Juni dan Sihir Hujan.
Astro Awani
Sun Jul 19 2020

Antara karya Sapardi Djoko Damomo yang sangat dikenali ramai terutama khalayak sastera ialah Hujan Bulan Juni dan Sihir Hujan. - Gambar IndonesiaKaya.com
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Sasterawan Indonesia, Sapardi Djoko Damono meninggal dunia
Sapardi yang dikenali dengan sajak Hujan Bulan Juni berusia 80 tahun itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospitel Eka, Tangerang Selatan.