Topeng muka atau penutup mulut dan hidung adalah antara barangan yang paling popular pada musim ini.
Penggunaannya adalah untuk membantu memastikan pemakainya tidak mudah terkena jangkitan, atau, jika pemakainya sendiri yang sedang sakit, tidak menyebarkan titisan cecair menerusi batuk atau bersin.
Begitupun, agensi alam sekitar telah memberi amaran bahawa pembuangan topeng muka secara sembarangan adalah satu ancaman kepada hidupan marin dan habitat liar.
Selama berminggu-minggu, seramai 7.4 juta rakyat Hong Kong telah memakai topeng muka bagi mengelakkan wabak koronavirus, yang kini telah menjangkiti seramai 126 orang di bandar tersebut, dan mengorbankan tiga nyawa.
Malangnya, sejumlah besar topeng muka yang sudah digunakan tidak dibuang dengan betul malah banyak dibuang di kawasan luar bandar dan di laut, yang boleh menjejaskan hidupan marin.
Selain beg plastik dan sampah sarap lain, jumlah topeng muka yang dibuang sembarangan kian bertambah dan mengotorkan kawasan pantai setelah ditolak arus dan ombak.
Beberapa agensi alam sekitar yang selama ini sudahpun terbeban dengan longgokan sampah dari Tanah Besar China dan tempat lain, kini terpaksa berdepan dengan pembuangan topeng muka susulan kebimbangan wabak koronavirus.
Situasi itu juga diiringi penerimaan aduan mengenai penyebaran kuman.
“Kami hanya mendapat sumber topeng muka enam ke lapan minggu lalu dalam jumlah yang besar… Kita sekarang sedang melihat impak kepada alam sekitar," kata Gary Stokes, pengerusi sebuah kumpulan alam sekitar, Oceans Asia.
Stokes turut memberi contoh kepulauan Soko yang terpencil, terletak di selatan lapangan terbang Hong Kong yang telah lama tidak dihuni.
Menurutnya, dia menghitung sebanyak 70 topeng muka yang dijumpai di kepulauan itu terbuang pada jarak 100 meter berdekatan dengan kawasan pantai. Apabila beliau kembali ke pulau itu seminggu kemudian, angka topeng muka yang dihitung bertambah lebih dari 30 keping.
“Hal ini agak mencemaskan.” katanya.
Kawasan pantai lain juga menunjukkan situasi yang lebih kurang sama.
Hong Kong yang mempunyai populasi padat telah lama mencuba menyelesaikan masalah pelupusan plastik. Oleh kerana mereka mengamalkan budaya makan di luar, membeli makanan segera serta membungkus makanan menggunakan perkakasan plastik, semua itu menyumbang kepada kenaikan penggunaan plastik.
Daripada 6 juta tan sampah yang dihasilkan oleh populasi bandar itu, hanya sebahagian kecil dapat dikitar semula, manakala 70 peratus dari jumlah tersebut terbuang di tapak pelupusan sampah.
“Tiada siapa hendak pergi ke hutan untuk menemui topeng muka terbuang ataupun menjumpai topeng muka terpakai di kawasan pantai. Ia kotor dan berbahaya,” kata Laurence McCook, ketua Oceans Conservation di World Wildlife Fund Hong Kong.
Agensi pemuliharaan telah menganjurkan sesi gotong-royong di kawasan pantai bagi menguruskan soal longgokan sampah sarap tersebut.
"Topeng muka diperbuat dari polypropylene iaitu sejenis plastik. Plastik tidak mudah mereput,” ujar Tracey Read, pengasas kumpulan Plastic Free Seas di Hong Kong.
“Netizen menyangka bahawa mereka melindungi diri mereka, namun ia bukan saja tentang melindungi diri sendiri. Kita perlu melindungi semua orang, dengan tidak membuang topeng muka dengan betul, ia sangat mementingkan diri sendiri," tambahnya.
Agensi
Thu Mar 12 2020
Gary Stokes menunjukkan antara sampah berupa topeng muka terbuang yang mengotorkan kawasan pantai di Hong Kong. - Reuters
SEC AS saman Musk berkaitan pengambilalihan Twitter
Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat umum bahawa ia menyaman jutawan Elon Musk berkaitan pengambilalihan Twitter.
Tiba masa buka lembaran baharu di Lubnan - PM Nawaf
Jelasnya ia memerlukan pelaksanaan penuh Resolusi 1701 Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), merangkumi beberapa perkara termasuk gencatan senjata dan memastikan pengunduran penuh Israel dari setiap inci wilayah Lubnan.
Presiden ICJ Nawaf Salam letak jawatan, galas jawatan PM Lubnan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berpangkalan di The Hague mengumumkan pada Selasa bahawa presidennya, hakim Nawaf Salam telah meletak jawatan susulan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Lubnan.
Terengganu perlu lebih RM2.4 bilion atasi masalah hakisan pantai
Jumlah itu anggaran kasar dengan mengambil kira kos pembinaan yang menelan belanja antara RM5 juta hingga RM10 juta untuk satu kilometer.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
SPRM, FBI tingkatkan kerjasama banteras jenayah rasuah antarabangsa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan meningkatkan kerjasama bagi menangani cabaran dalam membanteras jenayah rasuah di peringkat serantau dan antarabangsa.
ChatGPT perkenal ciri peringatan, penjadualan tugasan berulang
Ciri ini boleh diakses oleh pengguna berbayar ChatGPT Plus dan masih dalam versi beta.
Pengurus syarikat rugi lebih RM1.6 juta akibat pelaburan kripto tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta di Ampang Jaya mengalami kerugian lebih RM1.6 juta selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan mata wang tidak wujud yang diiklankan di laman sosial Facebook.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Gerai penjaja sekitar Jalan Masjid India dinaik taraf secara berfasa - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menaik taraf kawasan gerai penjaja sekitar Jalan Masjid India di ibu kota ini secara berfasa sebagai usaha berterusan meningkatkan keindahan, kebersihan dan daya tarikan ke kawasan itu.
Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.
Trump kembali ke White House, Asia saksikan peralihan kepimpinan utama dalam 2024
Tahun 2024 menyaksikan peralihan kepimpinan besar di seluruh dunia, termasuk kepulangan bersejarah Donald Trump ke White House.
Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.
Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.