Enam ekor gajah liar mati setelah terjatuh ke kaki sebuah Air Terjun Haew Narok yang terletak di Taman Negara Khao Yai, Thailand, pada Sabtu.
Terdapat dua ekor gajah lain dipercayai dalam kawanan yang sama ditemui terselamat, namun menurut pegawai taman negara berkenaan, pasukannya masih mencari jalan untuk mengeluarkan kedua-duanya dari zon bahaya.
Enam ekor yang mati termasuklah seekor anak gajah berusia tiga tahun, kata Ketua Taman Negara Khao Yai, Kanchit Srinoppawan.
Kawasan air terjun berkenaan kini ditutup buat sementara waktu.
Media tempatan melaporkan, siasatan awal mendapati insiden memilukan itu bermula daripada salah seekor atau beberapa gajah tergelincir jatuh di lokasi itu, dan cuba diselamatkan oleh kawanannya, namun berakhir dengan kematian enam ekor kesemuanya.
"Ia merupakan satu kemalangan, kami sudah selalu menyaksikan kejadian seperti ini," kata Menteri Sumber dan Alam Sekitar, Varawut Silpa-archa kepada Reuters.
Pengasas Yayasan Persahabatan Wildlife Thailand, Edwin Wiek memaklumkan kejadian serupa pernah berlaku di lokasi yang sama pada 1992.
Terdapat kira-kira 300 ekor gajah liar di taman tersebut, yang merangkumi lebih daripada 2,000 kilometer persegi hutan dan padang rumput.
Ia menjadi habitat kepada pelbagai haiwan liar, termasuk beruang, gajah dan ungka, dan merupakan destinasi popular bagi pelancong tempatan dan luar negara.
Agensi
Sat Oct 05 2019
Salah seekor gajah yang ditemui mati di kaki air lokasi air terjun tersebut. - Twitter / @EdwinWiek
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
Kematian gajah di Thailand: Tiga bangkai dikutip dan ditanam
Ketua operasi Wichai Pornleesaengsuwan dalam satu kenyataan berkata hujan lebat dan lereng bukit yang sukar menggendala operasi mengutip bangkai gajah itu.
Hujan lebat halang usaha kutip bangkai gajah
Ranger rimba terus menghadapi kesulitan untuk menghampiri sebahagian daripada bangkai itu ekoran cuaca buruk dan lerengan bukit yang sukar.
Lima lagi bangkai gajah dijumpai di Air Terjun Khao Yai, menjadikan jumlahnya 11
Hasil bantuan alat dron berjaya mengesan lima lagi bangkai gajah liar berdekatan Air Terjun Haew Narok di Taman Negara Khao Yai di Thailand Tengah.
Sedihnya... enam gajah ini mati akibat terjatuh ke kaki air terjun
Enam ekor yang mati itu termasuklah seekor anak gajah berusia tiga tahun.