SELEPAS teruk dikritik, Presiden Donald Trump pada Jumaat menegaskan bahawa cadangan supaya pembasmi kuman disuntik sebagai rawatan COVID-19 hanyalah komen yang dibuat secara sarkastik.
Bercakap ketika menjawab soalan wakil media, beliau berkata: “Saya hanya menimbulkan persoalan itu secara sarkastik kepada wartawan seperti kamu, untuk lihat apa yang akan berlaku.”
Pada Khamis, beliau mengemukakan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan oleh pakar sains dan perubatan sebagai rawatan koronavirus.
Antaranya termasuk suntikan pembasmi kuman (disinfectant) yang wujud dalam produk pembersihan, seperti bahan peluntur.
Beliau turut melontarkan idea untuk memantulkan cahaya ke badan bagi menghapuskan jangkitan COVID-19.
“Saya rasa ia belum diuji lagi tetapi kamu akan mengujikannya,” kata Trump kepada pakar-pakar perubatan pada sidang media Khamis lalu.
Susulan itu, syarikat RB yang terkenal untuk produk pembasmi kuman seperti Dettol dan Lysol menegaskan bahawa produknya langsung tidak sesuai digunakan dalam badan.
Pengeluar produk pembersihan Domestos turut memberi amaran menerusi Twitter bahawa bahan peluntur itu harus digunakan dengan selamat.
Seteru politiknya, Joe Biden juga beri amaran kepada orang ramai supaya tidak menelan bahan peluntur sebagai langkah pencegahan koronavirus, menurut satu ciapan yang telah mendapat ribuan retweet.
Sebelum ini, seorang lelaki di Arizona maut akibat menelan chloroquine selepas mendengar cadangan Trump bahawa bahan tersebut boleh mencegah COVID-19.
BACA: Lelaki maut akibat ambil chloroquine untuk cegah COVID-19
Nailah Huda
Sat Apr 25 2020

Trump pada Khamis turut melontarkan idea memantulkan cahaya ke badan bagi menghapuskan jangkitan COVID-19. REUTERS/Gambar fail

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Sekadar sindiran... - Trump nafi cadang suntikan pembasmi kuman rawat COVID-19
Pada Khamis, beliau mengemukakan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan oleh pakar sains dan perubatan sebagai rawatan koronavirus.