Sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala 225 lagi cedera dalam kejadian bangunan runtuh akibat gempa bumi yang melanda Hualien, tengah malam semalam.
Selain beberapa bangunan runtuh, laporan mendakwa 145 mangsa dikhuatiri masih hilang.
Pasukan penyelamat bekerja keras menyelamatkan mangsa hingga ada yang menggunakan tangan bagi mengorek timbunan bangunan tersebut.
Menurut pihak berkuasa, gempa bumi itu telah mengakibatkan kawasan sejauh 22 kilometer terjejas termasuk hospital ketenteraan.
Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud yang melanda timur Taiwan malam semalam, menyebabkan sebuah hotel runtuh.
Pihak kerajaan Taiwan memberitahu, beberapa rakyat Jepun, China, dan Republik Czech turut menjadi mangsa.
Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen, meninjau tempat kejadian dan menggesa pihak berkepentingan melancarkan operasi menyelamat dengan segera.
Beberapa jalan raya rosak teruk dan pihak kecemasan berjaya menenteramkan orang awam yang trauma.
Pengusaha restoran, Lin Ching-wen memberitahu, ketika kejadian berlaku, restorannya sedang beroperasi seperti biasa.
“Saya sempat menarik isteri dan anak-anak menyelamatkan diri selain cuba membantu orang ramai,” katanya.
Pada tahun 2016, seramai 100 mangsa terbunuh akibat gempa bumi mencecah 7.6 Skala Ritcher di Selatan Filipina.
Reuters
Wed Feb 07 2018
Seorang anggota polis mengawal sebuah bangunan yang hampir runtuh akibat gempa bumi di Hualien, Taiwan Februari 7, 2018. - REUTERS
[TERKINI] 8,417 PPS untuk mangsa banjir di seluruh negara
8,417 Pusat Pemindahan Sementara disediakan di seluruh negara bagi menghadapi Monsun Timur Laut bermula 5 November lalu yang dijangka berterusan sehingga Mac 2025.
Pengukuhan ekonomi Suku-3 letak Malaysia di landasan pertumbuhan 4.8-5.3 peratus pada 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata prestasi kukuh ekonomi Malaysia pada Suku Ketiga (S3) 2024 mencerminkan keyakinan perniagaan dan juga pengguna terhadap ekonomi Malaysia.
Peranan institusi kewangan, pembiayaan hijau di ASEAN
Platform Persidangan Perubahan Iklim (COP29) menjadi medan untuk para aktiviti menyuarakan isu yang mereka juarai. daripada kewangan iklim hinggalah krisis pęperangan di Gaza menjadi perjuangan mereka di COP29.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Ringgit meningkat semula pada Jumaat selepas mencatatkan kerugian baru-baru ini untuk ditutup lebih tinggi berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) minggu ini.
Enam modus oeprandi penipuan dalam talian paling tinggi
Jenayah penipuan dalam talian melibatkan enam modus operandi utama iaitu jenayah telekomunikasi, jenayah e-kewangan, jenayah e-dagang, 'love scam', pinjaman dan pelaburan tidak wujud merupakan kategori jenayah yang paling kerap dilaporkan setiap tahun.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Statistik kes jenayah komersial
Sebanyak 131,386 kes jenayah komersial direkodkan sepanjang tempoh 2021 hingga september tahun ini dengan jumlah kerugian RM8.03 bilion.
Tahap integriti polis masih membimbangkan - IGP
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain tegaskan, tahap integriti warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih membimbangkan walaupun peringatan dan amaran diberikan berulang kali mengenai perkara berkenaan.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh peningkatan keyakinan bahawa China akan meningkatkan langkah rangsangan ekonomi bagi menyokong ekonominya, kata seorang peniaga.
Malaysia pertimbang perkenalkan aliran TVET seawal tingkatan satu
Malaysia mempertimbangkan menurunkan had umur buat pelajar aliran TVET bagi membolehkan pelajar mencapai tahap Kemahiran dan pencapai piawaian yang diktiraf oleh pihak industri dan setaraf dengan aliran TVET diperingkat global.
Pemerdagangan manusia: Graduan IT perlu hati-hati, elak jadi mangsa - Shuhaily
Seiring perkembangan teknologi dan tawaran gaji yang menarik, golongan itu tidak terlepas daripada menjadi sasaran.
Banjir di Raub, Lipis pulih sepenuhnya
Banjir di daerah Raub dan Lipis pulih sepenuhnya selepas lapan PPS yang menempatkan 441 mangsa daripada 127 keluarga ditutup hari ini.
670 mangsa banjir di tiga negeri setakat 9.30 pagi
Seramai 670 mangsa banjir masih berada di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri setakat 9.30 pagi tadi.
Mangsa banjir di Selangor, Kedah dan Perlis meningkat, Pahang dan Perak menurun
Mangsa banjir di Pahang dan Perak mencatatkan penurunan manakala di Selangor, Kedah dan Perlis meningkat.
Air pasang besar: 20 mangsa banjir berpindah ke PPS
Kesemua mangsa termasuk dua warga emas dan seorang kanak-kanak ditempatkan di PPS Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) Kuala Perlis.
Banjir di beberapa negeri belum reda
Setakat jam 6 pagi Jumaat, 4,093 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).
Jumlah mangsa banjir di Kedah, Perlis meningkat
Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Perlis mencatatkan peningkatan, manakala beberapa negeri lain tidak menunjukkan perubahan.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
121 mangsa banjir di Perak masih berlindung di tiga PPS
Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah pada Sabtu, terdapat dua daerah yang terjejas iaitu Kerian dan Taiping.
Mangsa banjir di Kedah meningkat sedikit
Semua mangsa dari daerah Pokok Sena, Kota Setar dan Kubang Pasu itu ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS).