awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal maut terjatuh ke dalam sungai
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams
Penganggur ditahan pukul pemandu e-hailing guna pengunci stereng di Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senat AS undi batalkan tarif global Trump

Bernama
Bernama
31/10/2025
10:27 MYT
Senat AS undi batalkan tarif global Trump
Dewan Perwakilan AS bagaimanapun telah meluluskan peraturan yang menghalang sebarang usaha untuk menyekat tarif Trump sehingga Mac depan.
NEW YORK: Senat Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengundi untuk membatalkan darurat nasional yang dijadikan asas oleh Presiden Donald Trump dalam pelaksanaan tarif global, dengan 51 undi menyokong dan 47 menentang, lapor Xinhua.
Bagaimanapun, menurut The Washington Post, undian itu hanya bersifat simbolik kerana Dewan Perwakilan AS telah meluluskan peraturan yang menghalang sebarang usaha untuk menyekat tarif Trump sehingga Mac depan.
Sebahagian besar ahli Republikan mengundi menentang langkah itu, manakala empat daripadanya menyertai Demokrat menyokong penamatan status darurat.
Awal minggu ini, Senat turut meluluskan dua resolusi lain dengan sokongan dwipartisan bagi membatalkan tarif terhadap barangan dari Kanada dan Brazil.
Laporan The Washington Post menyatakan langkah itu menunjukkan semakin ramai anggota perwakilan AS tidak bersetuju dengan pendekatan agresif pentadbiran Trump yang menggunakan tarif untuk membentuk semula hubungan perdagangan negara itu.
Dengan mengisytiharkan darurat antarabangsa atas alasan "defisit perdagangan yang besar dan berterusan", Trump mengenakan tarif 10 peratus ke atas semua negara serta tarif tambahan "timbal balas" terhadap negara yang mempunyai ketidakseimbangan perdagangan terbesar dengan AS pada awal April lalu.
Mahkamah Agung AS dijadual mengadakan pendengaran berhubung kes tarif Trump pada 5 Nov.
Dua mahkamah rendah sebelum ini memutuskan tarif berkenaan sebagai tidak sah dan Trump telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Agung.
Menurut Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS, kerajaan AS mengutip kira-kira AS$88 bilion hasil cukai daripada tarif itu setakat Ogos.
Tax Foundation pula menganggarkan tarif berkenaan akan meningkatkan beban cukai lebih US$1,600 setahun bagi setiap isi rumah dan mengurangkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 0.5 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Senat Amerika Syarikat
#undi
#batal darurat nasional
#Donald Trump
#tarif global
#perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan